Nuffnang Advertisement

Wednesday, July 18, 2018

Jangan benci cintaku


Siapa tgk cite ni. Jangan benci cintaku setiap hari Isnin - Jumaat kul 7pm. Huaaaa cite ni sangat2 menyakitkan hati sebab Kak Elly tahu ramai perempuan perampas kat luar sana perangai mcm ni...huh. Kak Elly malas nak cite yg belum tgk korang boleh baca sonopsis kat bawah ni dulu. 



SINOPSIS JANGAN BENCI CINTAKU

Perkahwinan Rafeeqa dan Shahrizal adalah aturan keluarga ketika usia Rafeeqa masih muda. Dia yang tak bersedia dengan komitmen menganggap perkahwinan itu sebagai bebanan. Lantas, Rafeeqa tidak teragak untuk melanjutkan pelajaran ke Sunderland tanpa menghiraukan perasaan suami yang mencintainya. Lima tahun kemudian, Rafeeqa kembali ke Malaysia dan menyedari dia mula merindui suaminya dan bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri yang sepatutnya. Namun, Shahrizal sudah mempunyai kekasih hati iaitu Husna dan Rafeeqa berjanji pada diri akan merebut cinta suaminya semula.

Namun tidak semudah itu, dengan kemunculan Husna di antara dirinya dan Shahrizal, Nek Pah yang tak pernah mengiktiraf kedudukannya sebagai cucu menantu dan juga Irwan yang tak habis-habis menempel untuk mendekatinya, semuanya menguji kesabaran.

****************************
ok boleh sambung marah...

Paling menyakitkan hati dalam cerita sebab perempuan nama Husna ni. Pandai korang pilih pelakon kan. Muka perempuan nampak cantik, lembut dan berhati mulia. Hakikatnya dia nak suruh Shah ni ceraikan bini dia. Korang kena tengok cara dia berlakon. Dia punya mendesak tu nak laki orang macam tak menyempat. Dia jer lah terbaik. Dia lah paling bagus #matakeatas

Bila tengok cerita ni memang tak nafikan lah banyak perempuan kat luar sana yang suka rampas laki orang berperangai macam ni. Tunjuk dia lah yang terbaik sehingga sanggup runtuh kan rumah tangga orang. Aku tak leh terima ya. Walaupun macam mana kau sayangkan laki orang tapi hakikat nya dia laki orang. Benda ni tak terjadi kat diri dia sbb tu apa yang dia buat tu akan rasa betul. Cuma kau akan rasa nanti bila kau dah bersuami dan orang rampas suami kau. Cuba lah elak ganggu kehidupan orang lain. Berapa banyak hati yang akan terluka nanti. Kebahagian tu tak akan lama mana pun. Mula2 berbunga lah tapi lama kelamaan akan hilang sbb niat kau tu nak merampas dan pikat suami orang tu dari awal tu dah salah. Kalau lelaki tu pilih atas sebab kecantikan dan kehebatan kau berpakaian seksi. Tap selama mana kau nak jaga. Kalau dia boleh jemu atau benci kat bini dia tak mustahil satu hari pun kau akan rasa benda yang sama. Lain lah laki yang kau pilih tu kaya raya boleh lah maintain cantik meletup. Tapi laki kaya lagi bahaya..hahah

Of course lah si Husna ni rasa hebat, rasa bagus sebab lelaki tu cari dia. Tapi laki ni pun gatal tak cukup satu walaupun bini kau terlalu cantik. Sekarang dah konpius sebab tak boleh buat keputusan. Dua2 kau nak. Hebat sangat nak dua2...eeee geram wei.

Paling sedih Fika ni tahu laki dia main kayu 3. Tapi dia nak pertahan kan rumah tangga sbb dia tahu dulu dia tinggalkan Shah lama untuk belajar sebab tu dia nak betulkan keadaan. Korang akan rasa stress sbb Fika ni teralu lawa dan manja untuk Shah tinggalkan.

Semua watak dalam ni kena yang buat korang akan dan stress dengan perangai Husna dan Nek Pah yang terlalu jahat. Watak mak bapak Shah teralu bodoh untuk bertindak. Semua lah menyakitkan hati paling benci Husna. Korang kena tgk watak dia mmg menjadi betul. Perampas yang terlalu jahat sebab mungkin watak dia perempuan bertudung jadi korang macam tak boleh terima kenapa perempuan bertudung ni jahat sangat. Asyik tanya jer bila nak kawin. Malu orang kampung dengan kawan2 tuduh dia perampas laki org, Jadi dia desak Shah utk ceraikan bini dia.  


Hari ni tengok mesti aku panas hati lagi....



No comments: