Nuffnang Advertisement

Wednesday, February 19, 2020

Separuh jiwaku pergi...


Kak Elly emo sejak semalam. Mungkin sebab period kot. Tapi mmg emo tahap teruk dan nangis jer bila baca tentang kematian Ashraf. Kak Elly ikut perkembangan diorang sejak bercinta lagi. Mmg suka tengok family diorang bercuti, gambar2 yang cantik, macam mana dia layan isteri dan anak dia Noah. Rasa macam dekat jer. Tak boleh bayangkan perasaan Bunga waktu ni. Separuh Jiwa dia pergi. Jarang dengar gossip mereka berdua. Gambar2 di ig selalu buat Kak Elly tersenyum dan turut rasa bahagia. Jadi Kak Elly blh rasa betapa pedihnya dan sayupnya perasaan seorang isteri bila suami pergi secara tiba2.

Kak Elly bercinta dengan En Win sejak umur Kak Elly 17 tahun dan En Win 19 tahun. Bercinta hampir 8 tahun dan decide untuk berkawin dan sekarang kami bersama hampir 25 tahun. Hidup Kak Elly mmg sentiasa dengan suami dan anak2. Kawan2 ada tapi Kak Elly lebih lagi kepada keluarga. Kalau bercuti pun paling lama Kak Elly blh pergi selama 3 hari lebih dari tu Kak Elly akan rasa kehilangan. Kawan2 semua pelik teruk sangat bercinta dengan laki sampai sekarang kan..haha

Yes...Kak Elly tak malu untuk mengaku kitaorang masih bercinta. Segalanya masih buat bersama. Sentiasa call walaupun di office. Balik terus ke bilik cari pasangan dulu borak2 baru buat kerja lain. En Win tak blh tgk Kak Elly diam. Dia tahu mesti ada benda yang sedang bermain difikiran. Kitaorang akan share apa sahaja. Mmg tiada rahsia antara kitaorang. Kalau ada masalah di office Kak Elly akan cari suami dan mintak dia peluk kuat2 supaya Kak Elly blh rasa tenang. Kalau bergaduh pun paling lama 2 jam lepas tu akan back to normal sbb kitaorang tak blh kalau tak bercakap. Ada minat yang sama dari segi pakaian tradisional dan rumah2 lama.

Segala benda kitaorang akan share. Susah senang bersama. Buat kerja pun bersama. Dia jarang bagi Kak Elly naik grab sendiri. Dia cuba luangkan masa unuk ambik atau hantar. Kalau makan dia akan temankan. Kalau exercise dia akan duduk tepi sambil tgk handphone. Cakap jer nak makan apa, insyaallah dia akan tunaikan. Of course kitaorang berdua ada kelemahan. Tapi cuba untuk terima kelemahan masing2. Dia tulang belakang Kak Elly. Kitaorang blh duduk kedai makan berjam2 dengan berborak bermacam2 benda. Pernah susah bersama sampai duit hanya 50 sen dalam pocket tapi kitaorang ok jer sbb masing2 ada utk luahkan perasan sedih.

Dengan anak2 pun kitaorang agak rapat. Anak2 Kak Elly pun jenis share semua benda. Anak2 mmg rapat dengan En Win daripada Kak Elly. Jangan Papa dia hilang diorang akan cari dan call tanya pergi mana dan balik pukul brp. Sampai sekarang kadang2 Yaya dan adik masih makan bersuap. Anak2 lapar walaupun pukul 1 pagi dia akan keluar dan carikan makanan.

Sebab tu weekend mmg waktu kitaorang berkumpul dan luangkan masa. Seharian kitaorang akan keluar bersama. Setahun sekali akan bercuti untuk lebihkan masa bersama anak2. En Win sanggup berpenat ambik dan hantar anak kesekolah. Dari dulu tak benarkan anak dia berhimpit2 naik bus sekolah. Sayang sangat tu..haha. Dari darjah satu dan sekarang Yaya dah form 5 masih lah dia layan mcm budak2.



Jadi tak boleh bayangkan kalau salah seorang akan pergi. Mati itu pasti. Harapan Kak Elly dapatkan bahagia kan anak2 dan suami sebaik mungkin dan harap kitaorang saling memerlukan sampai bila2. Kekal seperti ini sehingga hujung nyawa.



Love

Alfatihah buat Arwah Ashraf, semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Untuk Bunga semoga bertabah dan banyak bersabar untuk menghadapi kehilangan ini :(

1 comment:

A's Mum said...

Allahuakbar Kak Elly... Nak menangis saya baca coretan kak elly. Saya pun masa tahu Ashraf meninggal dunia macam tak percaya je.. Terus terbayang muka wife & anak dia dan dalam masa yang sama saya pandang wajah suami saya.. Memang sedih & x boleh nak cakap apa2 masa tu... Bila fikirkan anak-anak lagilah sedih huhuhu... Bila kita dibesarkan dan terbiasa suami dan anak-anak sentiasa disisi memang akan rasa sangat kehilangan bila berjauhan. Kita sangat mementingkan ikatan yg akrab diantara mereka. Sebab saya selalu fikir hidup ini tak lama. Allah beri peluang untuk kita berkasih sayang jadi gunalah peluang ini sebaiknya. Kebahagiaan harus dicari bersama-sama dengan pasangan, barulah rumahtangga harmoni dan anak-anak pun hidup dalam kasih sayang.. Harap kita semua diberi kekuatan dalam menjalani kehidupan ini dan sentiasa bersyukur dengan apa yang kita ada sekarang....