Nuffnang Advertisement

Saturday, January 11, 2020

Istanbul Part 4


Kembali bersiaran...hebat betul sis dikecam di forum. Dia kata sis jeles dengan kehidupan orang lain. Percutian sis tak best katanya. Teruk sangat sampai kena masak waktu bercuti ala2 orang miskin katanya. Hakikat Dato' Rizalman pun masak tak ada pulak dikecam. Apa yang Kak Elly perasan pasal haters ni tak blh orang lebih dari dia mula lah ada bahan utk diumpat. Cuba keadaan org tu biasa jer macam diri dia, mmg tak ada lah dia mengata. Sejuk hati dia sbb tak ada benda dia rasa utk bersaing. Ni kalau diorang baca bertubi2 lagi lah sis dikutuk. Paling terkilan ramai jer follower ig yang dm tanya itu ini macam bersungguh nak gi Istanbul, rupanya utk dijadikan bahan kutukan dalam forum...jahat bebenar lah korang ni. Kak Elly ni beriya cuba menjawab dengan baik hati rupayan mcm syaitan yek perangai korang.

Orang fames katanya kena lah tahan kutukan. Kalau tak nak di kutuk jgn share pasal kehidupan katanya. Baik lah sis tak mampu lagi utk dikutuk jadi ambik pendekatan tak nak share sgt lah kehidupan. Kesian menambah dosa korang nanti reka2 cerita yang x betul. Ini pun terpaksa habiskan dah janji dengan org betul2 nak tahu.



Selepas balik dari Cappadocia keesokan harinya kitaorang sambung balik berjalan di Istanbul. Kali ni ker Taksim area. Taksim ni dekat jer dengan area rumah kitaorang dalam 10 minit perjalanan. Berdekatan dengan Metro Station.  Korang tanya jer mana Taksim Square nanti orang akan tunjuk tangga mana nak naik. Nampak tangga colour2 tu dah betul lah perjalanan korang tu.



Waktu ni kitaorang tak tau pun Taksim dekat dengan kawasan rumah sanggup tu naik Metro utk kesini...hahaha. Serious..apartment yang kitaorang duduk tu dekat ngan Metro, Gelata Tower dan Taksim Square. Location tempat tinggal kitaorang sangat2 bagus. Kedai nak beli makan masakan pun dekat.  Semua senang lah cuma jalan jer berbukit dan rumah bertangga.

Tempat kitaorang bergambar ni ada lah salah satu tugu peringatan pasal perjuangan. Ramai jer yang bergambar disini. Jadi moh ambik untuk dijadikan kenangan.



Taksim di agak jauh lah untuk berjalan. Tapi tak rasa penat sbb kiri kanan banyak kedai2. Cuma kalau tak larat nak berjalan balik blh jer naik tram ni.


Kalau di Grand Bazaar banyak jual barang2 perhiasan berbeza dengan Taksim Square ni. Agak moden mcm shopping mall lah tapi berbentuk kedai. Kat sini blh lah beli perfume, baju2 dan kasut. Gi bulan 12 ni untung sikit sbb sana sini sale. Ini mmg tempat anak2 Kak Elly lah utk bershopping. Bahaya ni kalau share shopping apa blh meletup forum kata eksyen.



Ini salah satu kesukaan Kak Elly. Di Istanbul ni banyak kedai2 minum macam ni. Paling popular ada Turkish Tea dalam RM4.20 gelas kecik. Tapi Kak Elly tak blh minum sbb 2 malam berturut2 gastrik pasal Tea ni.

Whole day kitaorang di Taksim ni. Makan jalan makan jalan. Betul2 rasa berehat kali ni. Tak ada rushing langsung. Tapi tak nafikan kaki mmg sangat penat dan letih. Keadaan muka bumi disini berbukit betul...hahaha. Makesure pakai kasut yang selesa. Jangan lah nak bertumit tinggi blh gelembung berair kaki korang nanti.



Next Day sambung berjalan lagi. Untung betul dah kurus ni baju blh bertukar2 dengan anak2...ahaks #silapitam



Ini lah tangga colour2 yang Kak Elly cakap tu. Blh ker Gelata Tower dan Taksim Square. 

Next tempat kitaorang pergi nak naik Cruise untuk melihat permandangan seluruh Istanbul. Untuk kitempat ni kena naik tram. Dekat jer lah tak sampai 5 minit dah sampai.



Harga 25 Lira seorang. Perjalanan dalam sejam. Serious sangat2 berbaloi sebab pemandangan terlalu cantik. Tak perasan masa berjalan dengan pantas



Hi uols....




cantikan...dah lah sejuk rasa tenang jer. Bila korang turun dari cruise ni nanti blh tgk ramai orang jual roti ikan. Macam burger lah tapi burger daging ni ikan. Kak Elly kurang suka sangat lah. Anak Kak Elly cakap lepas makan mulut mama busuk, hanyir ikan...hahaha



Next kita berjalan pula ker Spice Bazaar. Area ni dekat jer dengan Grand Bazaar


Kat sini macam2 rempah lah korang blh borong. Harga dalam ni agak mahal. Kalau nak beli makesure kat luar bazaar blh dapat diskaun dalan 30%

Tak sebesar Grand Bazaar. Tapi bersih dan cantik jer tempat ni. Satu jer Kak Elly perasan pasal Istanbul ni tak ada jerit2 yang tawar harga tu. Korang mintak murah kalau tak bagi sila lah pergi. Jarang diorang akan panggil balik.



Geram tgk benda ni wei. Mmg kena beli lah.


Turkish Delight ni mmg melambak kat sana. Tapi kalau nak beli untuk souvenir jgn beli kat dalam Spice Bazaar ni. Makesure belilah diluar bazaar korang akan terperanjat dengan perbezaan harga.




Ok nanti kita sambung lagi ya. Kali ni banyak gambar tak ambik jadi banyak jalan cerita dah lupa...hahaha. Tapi kalau korang dm nak tanya itu ni Kak Elly dah tak berani nak jawab sbb takut haters berpura2. Korang jgn komen2 cakap sabar lah apa nanti diorang akan di marah tu....muahahah



5 comments:

firdausi said...

apalah diorg ni mengutuk pasal org.. teruk betul.. baca sudahlaa.. org nak share pun dah kira baik.. tak bersyukur..

kecur liur tgk turkish deligt tu.. tapi saya suka baklava, dan satu lagi lupa dah.. yg dia guna cheese dan kacang pistachio tu.. alaaaa lupaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

eynda said...

Masa pegi spice bazaar ni dulu ramai peniaga try cakap bahasa melayu... ada sorang tu eynda lalu, dia tanya? "Malaysian?? Selamat Hari Raya..." Jenuh tahan gelak la... masa tu bulan november... raya apanyer hahaha... best betul Istanbul... rindu...

yana2605 said...

uwaaa sedih la..selalu kak elly buat entry rasa keiklasan bercerita, berkongi pengetahuan tp entry kali ni mcm terpaksa jer... sy baca pn jadi tak seronok.. jahat la haters nie..

Lovely Love.. said...

gigihnya haters kak elly kat forum ..tapi akak jgn la stop share apa2 kat blog ni..sy x join forum tp saya suka baca blog..org yg suka layan forum tu hidup xde tujuan kak elly..hahha

anaye said...

forum tu kat mana sis?? i baca blog u best je...tak rasa u riak pun...plus i bole kutip info tempat2 best tuuu