Nuffnang Advertisement

Thursday, January 2, 2020

Cappadocia Part 3


Kembali bersiaran. Ok kita sambung part bercuti di Cappadocia. Kalau di Istanbul Kak Elly tak ambik langsung tour guide tapi di Cappadocia decide ambik Package. Seorang RM900.00. Harga termasuk return Flight, Return airport transfer, Accommodation, Breakfast, Lunch dan Tour. Ini untuk harga 2 hari 1 malam. Tapi bila dah sampai sana rasa ruginya amik semalam. To be honest Kak Elly tak survey langsung pasal Cappadocia. Macam mana tempat dia, apa tempat yang menarik. Cuma yang Kak Elly nak tgk sangat Hot Air Balloon dan duduk di Hotel Cave (hotel gua) sambil menikmati permandangan. Sbb itu ambik package semalam jer.

Huaaaaa rupanya terlalu cantik wei. Kak Elly seorang yang suka tgk pemandangan. Keindahan tempat ni tak dapat nak gambarkan. Tapi tulah Kak Elly tak serajin dulu. Kalau dulu zaman rajin berblog sikit2 ambik gambar utk up. Tapi sekarang omg dah tak ada kerajinan tu...hahahah. 

Sebelum lupa Kak Elly ada juga compare2 harga package utk di Cappadocia so far Aku dan Istanbul paling murah. Blh check kat FB untuk dapatkan contact no.



Makesure korang request agent duduk di Cave hotel. Rugi duduk hotel biasa kalau datang ker Cappadocia. Ya Allah permandangan di Cave hotel ni sgt cantik. Depan sikit dari hotel ni ada satu restaurant Arab yg blh nampak permandangan sambil makan dan minum. Boleh tgk hot air ballon sekali kat sini. Malam tu kitaorang dinner kat restaurant tu. Tak tahu nak gambarkan, malam pun cantik wei permandangan.



Kak Elly ambik 2 bilik. Of course anak2 dan adik Kak Elly duduk bilik lain. Memang dari kecik lagi kalau duduk hotel mmg jarang duduk bersama2 anak. Kang nak mandi sama2 camne...hahaha.

Tak ada lah lebih kepada keselesaan. I don't like ya bercuti tapi berhimpit2 tidur. Dah lah anak perempuan semua dah besar camne nak duduk satu bilik kan. Kalau book apartment pun ambik yg ada 2-3 bilik jadi tak gaduh2 semua dapat bilik.



Sangat selesa dan agak besar.

Di Cappadocia mmg tak masak langsung. Bawak beg kecik jer travel di sini. Semua barang2 tinggal di apartment Istanbul. Tak kuasa nak angkut barang2 lepas tu masuk balik apartment. Bayar jer lah kan. Siapa yang dah lama baca blog Kak Elly mmg dari dulu akan tahu yang Kak Elly akan masak bila bercuti dimana2 (Overseas). Serik waktu bercuti di Italy sbb untuk dapatkan makanan halal agak susah dan makanan sangat2 mahal. Lepas tu mmg decide kemana kitaorang pergi akan masak. Jepun, Paris, Amsterdam, Swiss, Hong Kong semua tempat mmg angkut makanan. Perut kena jaga. Lantak lah org nak cakap kau kampung ker, kedekut ker, angkut bermacam2. Hanya kita sahaja tahu apa yang perlu dibuat waktu bercuti. Ikut keselesaan masing2. Kalau rasa nak bercuti nak berehat tak nak masak2 ni, no hal just prepare jer duit lebih sikit...gitu. Tapi kalau i honeymoon of course Kak Elly pun decide tak akan masak. Tapi kalau anak ramai tu fikir2 kan lah...hahaha



Day 1 ada beberapa tempat yang kitorang lawat seperti

Ihlara Valley  
Selime Monastry
Underground City
Pigeon Valley

Korang cuba google tempat2 ni. Kak Elly just menikmati pemandangan bersama anak2. Adalah beberapa keping gambar ngan keluarga. Jadi tak dapat nak share banyak kat sini.



Day 1 tu agak frust sikit. Sepatutnya kitaorang ketempat Hot Air Balloon utk bergambar. Tapi haritu tak ada sebab angin terlalu kuat. Frust giler lah. Itu ada lah salah satu tujuan kitaorang ker Cappadocia. Harapan semoga hari esok angin tak akan kuat lah. Nak juga ketempat tu baru rasa sempurna cuti di Cappadocia.

Ada juga DM kenapa tak pergi ker Bursa dan Pamukkale. Bursa tempat salji mmg awal2 anak Kak Elly tak nak pergi. Diorang ada bad experience waktu di Swiss. Cuaca terlalu sejuk sampai kaki dan tangan semua sakit jadi bila sebut jer pasal snow terus mejerit tak nak.

En Win tak nak rushing percutian kali ni. Just nak berehat dan berjalan2 di sekitar Istanbul. Insyaallah ada duit blh jer dtg lagi dan gi melawat tempat2 lain pulak. Dah tua2 ni tak larat nak berkejar2 sana sini. 

Korang boleh dm 'Aku dan Istanbul' berapa harga package untuk cover semua tempat tu. Faham juga ada separuh orang akan rasa rugi kalau dah sampai Istanbul tapi tak melawat semua tempat.




Cantik kan Cappadocia ni


Macam lukisan pemandangan kat sini. Berkejar2 kitaorang nak bergambar. Ramai tanya siapa yang selalu ambik gambar kitaorg sekeluarga. Adik Kak Elly ikut trip ni. Dia mmg akan ikut kemana sahaja kitaorang pergi. Cuma adik Kak Elly ni very privacy sikit. Dia tak suka org tahu sgt pasal dia. Jadi kita hormat cara dia lah. Dia tak suka orang tanya2 nanti. Tak macam kakak dia suka bercerita...hahaha



Day 2

Ini hotel tempt kitaorang duduk. Permandangan superb. Terus anak2 merayu nak stay semalam lagi. Tak boleh nak ooi, flight dah book. Insyaallah kami akan datang kesini lagi. Untuk stay lebih lama.



Breakfast giler banyak diorang sediakan. Mmg sangat2 puashati dgn package ni.




Us

Tetiba rasa seperti orang kata yang duduk hotel mahal. Sambil makan sambil menikmati keindahan pemandangan...gitu.



Bila anak2 dah besar cara travel pun dah lain. Tak penat macam dulu. Dah pandai uruskan diri. Cara travel pun dah lain tak perlu nak ke Disneyland lagi. Tapi bahaya sbb dah pandai shopping. Seronok dapat barkongsi jacket ngan anak2. Duduk makan sambil berborak macam2 benda. Paling best diorang pandai ambik gambar yang cantik2...hahah

Cepat betul masa berlalu. Dulu berkejar2 suh diaorang mandi, pakaikan baju tebal, suapkan makan, 24jam ke kedai mainan. Alhamdullilah dapat lalui semua tu.






Day 2 tour

Uchisar Castle
Avanos Pottery Shop
Goreme Open Air Museum
Devrent Valley
Pasabag



Wow...belakang ada love 


Alhamdullilah...hajat kitaorg nak tgk hot air balloon tercapai. Cantik sgt sbb balloon ni akan naik serentak dan bermacam2 colour. 

Uishhh ramai tanya kenapa tak naik Air Hot Balloon. Kak Elly mmg tak nak naik sbb gayat. Anak2 pulak kalau mak bapak dia tak nak diorg pun tak nak naik. Ramai dm cakap rugi lah tak naik. I tak rasa rugi pun sbb mmg tak rasa nak naik cuma nak tgk jer permandangan.

Siapa nak naik harga seorg USD215.00 berapa jam kat atas tu tak berapa sure. Terpulang kat masing2. Ikut kemampuan dan kehendak...gitu




Dapat bergambar kat bawah pun sis dah bersyukur..hahah





Apa yang Kak Elly nak share kat sini kalau pergi Istanbul jgn lupa masukkan Cappadocia dalam list korang. Satu kerugian besar kalau tak datang kesini. Flight hanya 45 minit shj. Wajib datang tau!!





3 comments:

firdausi said...

Subahanallah.. lawo tempat ni...

ok.. nextttt!!!

:P

Umi Nazrah said...

subhanallah. cantik sangat. tengok gambar dan terus membayangkan diri kami ada kat sana ^_^

Nur Aishah said...

CANTIK! smua pun cantik. kak elly cantik. anak2 cantik. view cantik.. all pun nak cantik je! pls kak elly, jadi tebal and kebal dgn kecaman. tak mati dek keji org kata. almarhum nik aziz sebaik2 orang tu pun, ramai haters. abaikan. rugi kak dok ikut kat depa.. ramaiiii lg yg suka nak baca, nak tau... walau tak kenal in person, tapi tiba2 kdg rasa mcm.. "kwn i ceritakan kan"..terus iktiraf kwn.. hahah. from reading rasa mcm rapat.. take care kak..