Nuffnang Advertisement

Tuesday, August 18, 2020

Madah berhelah

Amboi tajuk topik lagu Ziana Zain. Padahal tak ada kene mengena dengan benda yang diceritakan. Haritu ada lah up ayat ni kat IG, ramai pulak komen setuju. Mungkin korang pun dah tua macam Kak Elly gamaknyer...hahaha


Dah berusia ni hidup nak tenang2 jer

Kalau buat salah, mintak maaf

Kalau orang salah, maafkan

Bercakap bila perlu je

Suka tengok, tak suka pejam

Malas nak marah2 dan gaduh2 ni, jadi penat

Tak nak menyakiti dan tak nak disakiti

Paling penting HATI yang tenang.


Dulu benda yang Kak Elly sangat suka dan sayang ada handbag. Kalau anak usik blh jadi pergaduhan. Uishh berani usik lah. Semua handbag letak dalam dust bag. 2 minggu sekali buka semua tgk sambil tersenyum. Apo...padahal tengok jer bukan pakai pun. Pakai satu bag tu jer lah sbb malas nak tukar. SEKARANG anak dah remaja dah kosong rak handbag tu budak berdua tu ambik. Diorang ambik tanpa rasa bersalah dan tak tanya pun. Tahu2 cantik jer diorang susun dalam bilik. Jenama hebat2 pulak tu. Coach tak nak pulak ambik. Tapi tak ada pulak Kak Elly rasa marah. Masa dah berlalu untuk semua ni. Pakai lah korang. Mama dah tak teruja pun. Dulu kalau keluar gi KLCC atau Pavillion  perangai Kak Elly dok perhati handbag orang. Lepas tu survey harga berapa. Menakutkan bila ingat balik. Macam lahanat perangai kau kan...hahaha

Sunglasses pun melambak. Tapi benda tu budak2 kurang suka lagi. Rasanya esok2 dah masuk kolej tu mmg diorang akan belasah gak lah. Jadi simpan jer elok2 kat tepi. Nasib ada anak perempuan kan blh share2 barang dgn diorang.

Tapi ada satu benda yang Kak Elly masih sayang dan kedekut. Baju2 sulam dan tradisional kebaya. Masih perangai macam dulu2. Kalau nampak hati meloncat kegembiraan. Belum rasa nak serahkan kat anak2 lagi. Itupun Yaya dapat jugak ambik 1-2 sbb dah tak muat.


Point seterusnya..

Cepat dah maafkan orang. Walaupun hati remuk terluka tapi bila dah lembut sikit cepat2 maafkan. Malas asyik ulang2 fikir benda yang sama. Buat serabut otak dan hati jer. Kita nak marah2 berpanjangan pun rasanya tak perlu lah. Fikir positive mungkin kita pun ada salah kan. Kalau dulu blh merajuk bertahun. Sampai hidup tak tenang lah fikir kenapa dia sanggup buat aku macam tu. Marah2 pun stalk orang tu sbb nak puas kan hati kan. Giler perangai macam tu kan. Sekarang nando lah. Maafkan dan move on jer lah. Cuba lah korang buat. Mmg rasa tenang lah. 

Kalau kau tahu kau salah minta maaf lah. Tak rugi pun. Tak dapat apa dengan perasaan ego ni. Nak tunjuk aku betul, walaupun hakikatnya kau tahu kau salah tapi disebabkan ego biar aku sanggup tak kawan asal aku tak perlu minta maaf. Benda ni pun dah lama berlalu. Cepat2 selesaikan sesuatu perkara dari bermasam muka. Tapi kalau dah cuba terbaik dia tetap macam tu gak, pedulikan sbb kita tak blh expect org blh jadi mcm kita kan. Senang kan....ini dulu sanggup menjerit2 nak tegak benang yg basah walaupun hakikat kau salah ya...hahah

Bercakap / komen bila perlu.

Jangan ikut hati, ikut otak. Walaupun hati meronta2 nak tulis atau bercakap tapi tolong lah guna otak. Betul ker apa yang aku nak tulis ni. Betul ke apa aku buat ni. Kalau aku cakap atau komen tersinggung tak orang tu. Aku dah cukup bagus ke nak cakap/komen macam tu. Paling baik berdiam jer lah. Biarlah orang sekeliling yang rapat dgn dia nasihatkan. Ini orang yang kau tak kenal sibuk kondem itu ini kat FB. Baik bercakap dengan keluarga jer lah. Nasihat keluarga dulu, betulkan diri dulu sebelum kau komen2 orang yang kita tak kenalkan

Sekarang ni hayati lah setiap moment dalam hidup kita. Lebih menghargai dengan apa yang terjadi dan mula faham setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. Tak perlu nak terkejar2 ke sana sini lagi. Lebih sayang orang keliling dan banyak luangkan masa dengan mereka. Kalau dulu diumpat dan difitnah melompat nak tegak kan kebenaran. Down berhari2 sebab orang bercakap pasal kita. Senyap kat ig berbulan2 (itu aku lah...haha). Sekarang malas lah nak jelaskan. Korang nak cakap apa lantak lah situ. Hakikatnya yang benci mungkin 10 orang tapi yang suka dan sayang beratus orang kan. Kau miskin ker, kau kaya ker, kau berjaya, kau jatuh melingkup ker kalau orang yang suka bercakap ni diorang akan teruskan umpatan tu kan. Jadi tak perlu lah terasa hati.

Dah tak gemar bergossip dan bercakap pasal orang. Lebih suka tengok kejayaan orang. Diri kita pun tak berapa bagus tapi sibuk nak bercerita pasal orang. Sibuk nak cari kesalahan orang. Tak perlu rasanya benda2 ada dalam kehidupan harian kita. Baik balik lipat dan gosok baju kan...haha. Senang cerita bersikap lah lebih terbuka.

Nak cakap Kak Elly ni baik sangat tak ada lah kan. Tapi kalau boleh nak elak benda2 yang negative ni. Orang suka atau tak suka biar lah kan. Janji hati tenang...gitu



  


Friday, August 7, 2020

Exercise


Bila Kak Elly up jer pasal exercise nanti ramai akan start DM tanya mana Kak Elly beli treadmill ni. Ya Allah berpuluh kali cakap korang ni sangat2 lah pelupa...haha

Kak Elly beli treadmill ni second hand jer kat mudah.com dan korang kena pandai cari lah. Harga yang Kak Elly dapat ni RM500.00 jer. Paksa En Win beli untuk hadiah birthday. Actually prefer lari kat kawasan rumah tapi lately ni, Ya Allah banyak giler monyet dan anjing. Sis takut ya. Why tak beli yang baru? Kalau beli baru harga beribu dan Kak Elly takut jadi hangat2 taik ayam. Berlari sekejap jer dan En Win akan memekak pulak nanti. Tapi alhamdullilah sampai sekarang masih berlari dgn treadmill ni.

Tapi Kak Elly takat kelajuan 7-8 lah. Pernah cuba buat kelajuan 9 terus jantung laju dan lutut sakit. Sis dah tuo tak mampu berlari laju dan paling jauh lari 5km dan sekarang buat 3km sbb nak buat exercise lain

Selalu Kak Elly peruntukan 1 jam. 1/2 jam running, 15 minit buat dumbell sebab nak tangan tough tak bergegar bila berjalan (ahaks) dan lepas tu buat 10 minit booty shaping. Blh lah burn dlm 430 calories. Kelas target toning tu Kak Elly tak pergi dah. Bahaya ekonomi tgh down ni. Jadi kat situ jer boleh save RM400.00

Waktu PKP haritu banyak masa jadi mmg boleh lah exercise seminggu 4 kali. Hebat lah badan waktu tu...hahaha. Dapatlah turun kan berat badan. Now bila dah start kerja, sibuk lagi nak masak, kemas rumah dan berlambak kerja sampai nak tulis ni pun rasa nak muntah #matakeatas. Jadi sempatlah buat 2-3 kali seminggu. Lepas tu buat lah intermittent fasting start kul 6pm stop makan dan makan balik esoknya kul 10am. Itu jer termampu sis lakukan utk maintain kan berat 54kg ni.



Ni salah satu exercise Kak Elly suka ikut di youtube. 10-minute booty shaping workout. Dengar macam mudah kan sbb 10 minit jer. Cuba korang buat blh menggigil kepala lutut...hahaha. Menitik2 peluh wei tapi best lah macam cabar diri waktu buat ni.


Exercise ni terpaling suka. 15 minute beginner weight training dumbell. Tapi Kak Elly punya tak ada lah berat sgt dumbell tu. Setakat 2.5kg jer lah...hahaha. Itu pun berpeluh ketiak ya.

Banyak jer korang blh ikut kat youtube. Buat ikut keselesaan masing2 paling penting jgn paksa diri buat yg heavy2 tu. Takut blh cedera nanti. Korang kena tahu cara yg betul lah.

Korang tahu lah hidup Kak Elly kan berjadual jadi malas macam mana i kena bangun dan buat. Kak Elly letak dalam fikiran kalau blh balik tidur kenapa tak blh exercise kan. Rehat bila2 blh kan. Cuba peruntukan 1 jam utk exercise. Cuba cekal kan diri. Alaaa seminggu dua kali jer kot.

Benda ni i selalu nasihat kat staff tapi diorang tak nak dengar wak...haha





Letak kat sini sebagai kenangan. Gambar raya haji tahun 2020 (tahun covid). Sempatlah gi tempah baju. semua beli kat Jakel jer tahun ni. Kain semua tengah sale kan. Kali ni budak2  pilih corak sendiri cuma colour jer berbeza. Nampak tak pengaruh mak dia sbb dari dulukan pakaikan batik. Jadi corak yang diorang pilih pun berunsur batik.

Tahun ubah tradisi sikit. Mak mertua dan adik En Win yang beraya rumah kitaorang. Kak Elly masakan nasi minyak dan lauk2. Insyaallah nak jadi kan kebiasaan nanti. Raya rumah mak mertua dan Raya Haji turn rumah Kak Elly pulak. Jadi adil lah kan.


 

Friday, July 17, 2020

Sepanjang PKP


Sis penat membetulkan gambar2. Ntah apa giler setengah jer dapat center yg lain cuba berkali2 tetap ketepi jugak. Size pun dah buat extra large ada yang kecik dan ada yang besar. Lantak lah situ. Asal ada gambar korang tengok. Sambil baca sambil tengok gambar sejuk lah hati korang sikit...muahaha

Sepanjang PKP ingat banyak lah masa boleh menulis. Rupanya nak buka laptop pun Kak Elly tak berkesempatan. Jadual penuh wei. Dari minum pagi sampai makan malam bersusun jadual. Macam2 resepi Kak Elly cuba. Laki Kak Elly dan anak2 paling terkejut. Donut pun Kak Elly buat. Hebat kan. Kak Elly pun mcm tak percaya kat diri sendiri. 24 jam keluar masuk dapur. Gula melaka yang jarang guna waktu PKP berpaket2 beli sbb buat bubur lah, kuih kaswi lah...uisshh. Nasi tomato, Nasi minyak, Nasi Briyani semua Kak Elly cuba. Terangkat bontot En Win makan sbb terlalu sedap. Lepas ni confirm boleh berniaga. Bukan itu jer kepakaran Kak Elly, Cake petik jari jer buat...mati lah puji diri sendiri...hahahah

Nasib En Win terror cari barang. Jadi dia lah yang akan pergi ke pasar dan supermarket beli bahan2. Kak Elly tak boring sgt duduk rumah sbb banyak benda nak buat. Part time maid tak dapat datang time pkp jadi mmg melambak lah kerja. Cuma budak2 dan En Win mcm stress sikit sbb diorang dah biasa keluar. Itu yang bersepah rumah segala game diorang keluarkan. 









Ada juga Kak Elly share resepi kat IG jadi sama2 boleh cuba buat. Onde2 pun buat wei...kahkahakah. Now kalau orang jual kuih mahal pun Kak Elly tak akan marah sbb tahu betapa payahnyer nak buat. Nak kukus lah, nak uli lah. Lepas ni tak tahu bila akan serajin ni lagi kan.



Add caption

Walaupun 24 jam masak tapi Kak Elly tetap displin kan diri utk exercise 4 kali seminggu. Nak maintain kan 55kg tapi dah selalu ber'exercise'  turun ke 53.7kg. 

Bagus nyer waktu PKP ni baru lah Kak Elly sedar yg boleh lakukan semuanya sendiri cuma yang penting kena susun jadual supaya tak penat. Korang mesti tahukan Kak Elly kalau atur jadual mmg confirm akan ikut dengan cemerlang.

Baru lah tahu betapa bazirnyer bayar maid RM600.00 sebulan dan gi Gym dalam RM350.00 sebulan. Rupanya boleh jer buat semua tu sendiri tapi dengan syarat kena berdisplin lah. Tak guna korang nak buat semua tapi hangat2 tahi ayam. Jadi decide mmg lepas PKP ni semua buat sendiri dengan bantuan suami dan anak2. Tak susah pun rupanya. Sama jer exercise dirumah still boleh burn calories dekart 450



Korang redha jer lah gambar dah ketepi pulak...hahaha. Raya tahun ni semua pakai baju lama. Actually kain dah beli cuma tak sempat nak hantar jahit sbb waktu tu dah PKP. Nak dekat raya haritu kerajaan ada bagi kelonggaran. Boleh keluar tapi pastikan jaga SOP. Ajak lah anak2 cari baju yg dah siap cantiklah sikit untuk pakai di pagi raya. Tapi harapan sis musnah sbb rupanya anak2 masih takut nak keluar. Diorang rela hati pakai baju lama. Yaya pakai baju Kak Elly, Ameera pakai baju Yaya, En Win baju lama dan hanya Kak Elly baju baru...hahaha. Baju jer lah, kain dan tudung tetap lama.




Mungkin ramai tak tahu En Win ada perniagaan sampingan jual Mi Segera Menakmee. Dah lama jugak kitaorang jual. Tak silap last year. Cuma Kak Elly tak war2 kan sangat sbb berniaga kat IG je. Alhamdullilah sambutan ok. Korang blh visit ig @menakmee kalau nak tgk video dan gambar2. Bukan Mi Segera biasa. Menakmee ni ada serbuk santan dan menggunakan pes kari. Jadi rasanya macam mee kari nyonya. Kalau letak bahan tambahan macam telur, fish ball, sayur, kentang, ayam mmg meletup sedap. Harga agak mahal dari Mi Segera biasa sebab kita tak gunakan perencah tapi menggunakan pes kari.

Alhamdullilah waktu PKP haritu habis licin orang beli jadi ada lah income masuk walaupun duduk dirumah.



Rasanya ramai terkesan waktu PKP ni, especially peniaga online macam kami ni. Cosmetics siapa jer nak beli waktu PKP ni orang lebih prefer gunakan duit utk beli bahan mentah utk dimasak atau order2 makanan yang dah siap. Jadi dari tak ada buat apa dirumah  peej jual 'POP PEEJ' iaitu Popiah Serunding. Alhamdullilah pun laku sampai terpaksa hold order sbb tak larat nak pintal. 

Ramai Kak Elly tgk waktu PKP ni tukar bidang. Dari MUA ke jual sambal, stylish jual lunch pack, ada juga founder yang jual kuih dan macam2 lagi. Masing cuma penuhkan masa sambil2 buat tambahkan rezeki utk tambah pendapatan. 

Macam Fame sendiri ada keluarkan Disinfectant Spray utk kegunaan orang ramai. Jadi peniaga macam kami kena cepat bertindak utk tampung apa yang patut. Bayangkan 3 bulan tak beroprasi gaji pekerja, sewa kedai, bayarang bill semua kena tanggung. Jadi kena buat apa sahaja untuk tambah pendapatan.



Alhamdullilah selepas PKPB badan masih maintain walaupun sis dah taraf peniaga restaurant dirumah...muahahaha. Jgn makan hati Kak Elly gurau je.

Ramai juga DM bertanya kan kaunter Fame di Mytown. Dukacita dimaklumkan kitaorang terpaksa tutup. Tak mampu nak tanggung 3 bulan sewa dan duit pekerja. Bisnes tak jalan bayaran tetap sama jadi jalan penyelesaian kita tutup je lah dari tanggung hutang. Of course sedih sbb satu2 kaunter terbesar Fame yang ada tapi kita hanya mampu merancang kan. Korang jangan risau Fame masih ada di Play up Farenheit 88, Berjaya Time Square, IOI Mall, Genting Highland dan Sogo I City. Online pun masih boleh beli macam biasa. Di IG, Website, Shopee dan Zalora. Insyaallah coming soon ada beberapa tempat lagi akan dibuka. Masih dalama perancangan. Untuk yang nak jadi agent dan stokist kitaorang hold dulu sbb tgh cari system yang tebaik.


Add caption

Kami suami isteri dua2 berniaga. Kalau tak bekerja keras mmg duit tak masuk. Kitaorang tiada gaji bulan. Keutaman adalah untuk pekerja dapatkan gaji yang secukupnya. Sama2 cari rezeki agar semua pekerja tak di buang. Alhamdullilah masih bertahan. Bukan sesuatu yang mudah bila covid melanda ni tapi satu ujian yang sangat bermakna sbb kita kena lalui sama2 saat yg sukar ini.

Team kami kuat, team kami sentiasa ada belakang untuk sama2 berusaha. Itu yang paling penting bila sama2 lalui saat yang getir demi mencari rezeki. En Win, Kak Elly dan Kak Peej sentiasa kuat untuk staff dan alhamullilah kitaorg blh buat. Kak Elly doakan peniaga2 diluar sana sama2 kuat semangat hadapi dugaan ekonomi ini. Walaupun banyak Kak Elly baca dan lihat org buang pekerja, company terpaksa ditutup, potongan gaji hampir separuh. Kak Elly berharap sama2 kita kuat. Anggap ini ujian dari Allah dan insyaallah Allah ingin berikan yang lebih baik lagi untuk kita.



























Monday, March 9, 2020

Membaca dan hanya mampu tersenyum


Anak2 Kak Elly kalau nak cari gambar diorang sewaktu kecil atau gambar mengenai diaorang mmg akan search blog Kak Elly. Semalam bila adik google ellyinwonderland terus keluar perkataan2 kat bawah tu dan dia start buka dan baca.




Lepas diaorg baca baru budak2 ni share di whatsapp group family dan mula tanya itu ini. "kenapa diorang tulis macam tu" "betul ker mama" "kenapa diorang bercakap kat situ" "kenapa diorang kena discuss pasal mama dan auntie peej"

Bermacam2 soalan yang keluar. Kak Elly jawab 'mama glamer sbb tu mama mcm artis ada gossip gak"..hahaha
Ini lah sebabnya kenapa Kak Elly dah jarang update IG stories, update aktiviti dan update gambar2. Semua sbb anak2 dan tak mahu lah orang bercakap pasal dunia kita lagi. Banyak yang salah dari betulnya. Salahnya dari diri sendiri sebab terlalu berkongsi ttg aktiviti dan menjadi bahan bualan orang diluar sana.

Niat berkongsi selalunya di salah ertikan. Jadi utk selesaikan segalanya bukan dengan teguran atau menegakan sesuatu perkara sbb itu lebih banyak hentamkan yang akan kita terima  nanti. Jangan haraplah pandangan korang akan diterima. Jadi penyelesaikan terbaik kurangkan update agar semua mulut boleh berhenti bercakap mengenai kita. Diorang tak berdosa kita pun kurang mengamuk...hahaha

Zaman dah berubah dan kita kena terima hakikat yang orang suka ambik tahu tentang kita dan setiap perkara akan tersebar dengan cepat. Jadi kita yang kena tahu mana yang perlu dikongsi atau tidak....gitu






Wednesday, March 4, 2020

Spring Cleaning


Selalunya sebelum bulan puasa Kak Elly akan buat 'Spring Cleaning' kemas benda2 yang tak pakai. Tahun ni terlambat sikit beli kain baju kurung utk raya. Selalunya bulan 12 dah start beli sikit2 tapi tahun ni bukan tak ada mood tapi bila tgk dalam almari banyaknyer baju kurung. Bukan satu almari tapi 3 almari baju kurung. Bayangkan lah setahun buat 4 pasang seorang mmg melambak lah baju kurung. Dah lah kedekut nak jual balik sbb sayang kain cantik2 #masalahperempuan



Kak Elly terlalu sayangkan benda2 macam ni. Macam ada sentimental value jer. Especially kain2 kerawang tu. Terus rasa nak simpan dan bagi anak cucu pakai nanti. Weekend hari tu baru kemas sikit2. Keluarkan dan lipat sebab kalau gantung makan tempat sikit. Buat semua ni waktu En Win tak ada kalau tidak memekak mulut dia nanti.





Sambil keluarkan sambil geleng2 kepada. Terus rasa tahun ni buat sepasang jer lah. Lain boleh pakai balik. Tapi itu lah mulut jer bercakap. Hati ni kang nampak kain lawa terus jer beli. Macam mana ni wei...





Ni baru suku baju kurung yang disusun. Suku ya belum lagi separuh. Baju Melayu En Win dengan samping pun banyak. Dah dia pun sama naik beli berpasang2. Giler lah laki bini ni. Weekend haritu habis mengemas baju kurung jer dulu.

Semalam cuti kemas barang lain. Ada 3 bakul baju waktu Kak Elly zaman tak pakai tudung dulu. Ingat nak buat prelove nanti korang blh beli...huwaaa

Perlahan2 kemas sebab Kak Elly ada sejarah tulang belakang meletup kalau terlalu sangat buat kerja mengemas ni sbb angkat itu ini. Terjumpa 30 botol lilin. Ada yang tak pakai lagi. 28 sunglasses yang berjenama, handbag banyak yang tak pakai sbb asyik2 ulang benda yang sama. Accessories rantai, gelang, anting2 banyak wei.

Semua dah ketepikan utk anak2 pilih dulu. Tapi diorang blh tahan ya awal2 dah ambik bag2 berjemana letak bilik diorang. Tak termarah sbb Kak Elly pun tak pakai handbag2 tu. Next week kemas bilik anak2 pulak. Dah selesai semua baru panggil part time maid utk kemas dapur dan lap2 seluruh rumah buang segala habuk semua. Baru lah seronok nak sambut ramadhan.

Bila kemas macam ni barulah sedar betapa banyak pembaziran dilakukan. Kau dah kenapa kan nak beli lilin berbotol2. Itu tak lipat samping laki aku lagi yg ada berpuluh. T-shirt setinggi gunung. Sweater lagi. Belum kemas kasut lagi. Ya Allah rasa nak meletup jantung ni.

Tak nak lah membazir lagi. Bila berkemas baru tahu entah apa2 belikan. Pakai sekali lepas tu tak pakai2. Kena belajar lah doa2 bila masuk shopping jgn membazir..haha







Wednesday, February 26, 2020

Birthday 2020


Alhamdullilah...masih lagi bernafas, dilimpahkan rezeki, dikelilingi orang tersayang. Tak ada apa yang special tahun ni. Macam biasa tepat 12 malam anak2 dan suami akan nyanyi lagu birthday dan hug Kak Elly secara beramai2. Kalau dulu beriya mengharapkan kejutan dan hadiah2 dari suami dan anak2. Sekarang sendiri yang pesan tak nak apa2. Cuma nak makan bersama2 jer. En Win mmg awal2 dah bg hadiah bulan 1 haritu sbb Kak Elly nak sangat treadmill jadi dia dah belikan walaupun paksa rela waktu tu..hahaha

En Win ni kena bgtau direct jer nak hadiah apa dan nak makan kat mana sebab dia mmg tak pandai cari. Nanti entah apa2 dia beli. Pernah beberapa tahun lepas Kak Elly cakap kali ni u cari lah sendiri tempat makan untuk anniversary kita. Makesure tempat tu romantik. Ingat lagi waktu tu Kak Elly tgh menggila makan makanan Jepun. Yes!! tempat yang dia pilih sangat2 cantik dan romantik. Tapi makanan kat situ Ya Allah macam siput babi pun ada ya. Dia cari kedai Jepun yang makan dia pelik2 tu. Pernah juga dia buat kejutan makan kat Italian Restaurant. Sangat cantik dan siap ada orang main violin waktu kau makan. Lepas tu hadiah letak dalam ice cream. Nasib sis tak tercekik. Macam nak mampus aku gelak. Semua orang pandang dah lah tempat tu romantik. Sejak haritu tak yah nak harap kat dia..haha. Anak2 pun tahu ya kalau dia cakap 'Papa nak bawak tempat special' semua akan jerit 'Noooooo'.

Hari birthday Kak Elly nampak dia duduk sorang2 kat bawah tgh karang ayat untuk IG lama gak dia buat. Hati Kak Elly dah berbunga mesti best caption ni sbb lama bebenor dia tulis. Tak ada ya 5 baris jer dia tulis...hahaha



Instead of dinner kali ni Kak Elly pilih utk breakfast. Kak Elly mmg enjoy breakfast. Dinner sekarang kurang makan sikit...cewah. Macam biasa Kak Elly akan pilih tempat. Oh ya...malam sebelum birthday tu budak2 ada belikan Kak Elly topi Adidas utk pakai waktu Gym. Walaupun En Win awal2 dah bocor rahsia kata nak gi Pavillion sbb budak2 nak beli hadiah untuk u. Mengamuk anak2 aku sbb bapak dia bocor rahsia. Tapi still i terkejut lah hadiah yang diorang bagi sbb dah lama nak beli topi tu. Cuma tak ada masa jer.



Anak sulung Kak Elly, anak bongsu susah betul nak ajak bergambar



Pilihan Myhuckleberry di Damansara. Makanan sedap tapi agak mahal sikit lah for breakfast. Sekali sekala blh lah. Tiap2 weekend breakfast macam ni botak kepala laki aku...haha




Petang mother in law call ajak dinner Dim Sum, Shiela Rusly. Mmg tak tolak lah pelawaan tu. Mak Kak Elly ajak makan next week pulak kat rumah....yehaaaa

Lupa cite...pagi tu abah dengan mak call wish birthday. Lepas tu abah tanya 'Umur kau dah berapa'...43 tahun. 'ooo dah tua'. terguris hati i...hahaha



Nak review sikit restaraunt dim sum Shiela Rusly ni. Harga hampir sama denga Dolly Dim Sum. Tak berapa banyak pilihan Dim Sum dan Kak Elly rasanya lebih prefer Dolly Dim Sum rasanya. Sedap tapi tak banyak pilihan lah.



Lepas makan dim sum sambung makan cake. Ya Allah sedapanya Durian Burn Cheese Cake. Tapi sis lupa lah nama shop ni.




Esok datang office dapat kejutan dari staff pulak. Alhamdulliah dikelilingi orang tersayang. Mmg tak harap apa2 pun sbb tengah bulan kan..haha.

Ramai komen mendoakan Kak Elly, business dan keluarga. Terima kasih korang. Hanya Allah sahaja dapat membalasnya.


Friday, February 21, 2020

Ayam bertelur sebiji, riuh sekampung


Kalau zaman Kak Elly kecik2 dulu kalau ada berita tergempar atau tidak baik kalau blh keluarga akan sorokan. Diorang akan berdiam sampai sesiapa pun tak blh tanya atau ambik tahu. Berani tanya lah mmg amukan atuk aku nanti. Budak2 jangan campur urusan orang tua2.

Kalau benda2 yang tak baik ni tersebar paling ramai tahu pun satu kampung atau sampai ke telinga kampung sebelah jer. Itu pun orang sampaikan secara berbisik2. Fitnah tak lah berleluasa sangat.

Zaman sekarang satu benda berlaku satu Malaysia atau dunia blh tahu. Anak2 muda memberi pendapat tanpa guna akal fikiran maki sana sini tanpa rasa takut macam kita dulu2. Nitezen ambik tahu semua benda. Segala benda diorang akan korek. Pendapat yang dirasakan betul sehingga menimbulkan fitnah. Macam diorang berada dalam keluarga tu sehingga semua benda tahu. Kalau blh semua benda kena record tak kisah lah perkara itu blh aib kan seseorang asalkan rating tinggi dan ramai orang share. Yang tak tahu hujung pangkal mula lah maki hamun. Bila dah tahu cerita sebenar baru menyesal dan mintak maaf. Tapi macam mana tu fitnah dah disebarkan...hurmmm. Masing2 rasa pendapat mereka betul. Kau bagi lah keterangan macam mana pun aku tetap betul sbb aku lebih tahu...gitu lah rasanya perasaan mereka.

Semua benda dihujung jari. Dengan satu click atau satu video macam2 andaian orang blh buat. Kehidupan kita kanak2 dulu hanya tahu bermain dari pagi sampai petang. Hal2 orang tua biar mereka selesaikan. Berani lah cuba dengar mmg pelempang naik kemuka. Remaja sibuk bercinta tak ambik tahu hal keliling pun. Janji aku bahagia dan dapat kawin. Dunia semakin berubah dengan peredaran masa. Terlalu ramai orang yang bijak pandai. Janji puas hati dapat luahan pendapat dan orang baca serta menyokong tanpa kita tahu kebenarannya. 

Ada jer yang sekadar baca dan beri pendapat bersama kawan2 di office atau suami. Sekadar berborak memberi pandangan tapi rasanya lebih baik macam tu kot dari memaki hamun di media sosial. Tapi berdosa gak lah kalau cara kita sampaikan salah kan. Kak Elly tak cakap yang Kak Elly baik sangat lah. Kadang2 geram gak, macam kes Sajat baru2 ni. Salah tetap salah tapi tak ada i komen maki2 dia. Sekadar baca sana sini tapi dada meletup jugak lah bila baca komen...hahaha

Cite pasal pondan ni teringat dulu2. Masa Kak Elly remaja dulu kalau nak tgk pondan kena pergi lorong2 kat Chow Kit sebab pondan2 dulu keluar waktu malam jer. Siang diorang jadi lelaki lembut yang bekerja di saloon atau kedai pengantin. Cantik2 pondan2 kat lorong tu persis artis semua. Tapi nampak jer polis datang semua berkeliaran lari dengan kasut tinggi..haha

Zaman sekarang dah tak ada sorok2. Polis kat sebelah pun tak ada hal kan. LGBT ni blh jadi paparan umum dah. Kita sendiri dah tak dapat bezakan laki tu normal atau gay sebab semua sama jer. Tak blh bayangkan kehidupan yang akan datang. Kehidupan yang anak2 kita pula akan tempuhi. Masih normal atau diorang dah bertukar menjadi seperti robot...wallahuallam

Wednesday, February 19, 2020

Separuh jiwaku pergi...


Kak Elly emo sejak semalam. Mungkin sebab period kot. Tapi mmg emo tahap teruk dan nangis jer bila baca tentang kematian Ashraf. Kak Elly ikut perkembangan diorang sejak bercinta lagi. Mmg suka tengok family diorang bercuti, gambar2 yang cantik, macam mana dia layan isteri dan anak dia Noah. Rasa macam dekat jer. Tak boleh bayangkan perasaan Bunga waktu ni. Separuh Jiwa dia pergi. Jarang dengar gossip mereka berdua. Gambar2 di ig selalu buat Kak Elly tersenyum dan turut rasa bahagia. Jadi Kak Elly blh rasa betapa pedihnya dan sayupnya perasaan seorang isteri bila suami pergi secara tiba2.

Kak Elly bercinta dengan En Win sejak umur Kak Elly 17 tahun dan En Win 19 tahun. Bercinta hampir 8 tahun dan decide untuk berkawin dan sekarang kami bersama hampir 25 tahun. Hidup Kak Elly mmg sentiasa dengan suami dan anak2. Kawan2 ada tapi Kak Elly lebih lagi kepada keluarga. Kalau bercuti pun paling lama Kak Elly blh pergi selama 3 hari lebih dari tu Kak Elly akan rasa kehilangan. Kawan2 semua pelik teruk sangat bercinta dengan laki sampai sekarang kan..haha

Yes...Kak Elly tak malu untuk mengaku kitaorang masih bercinta. Segalanya masih buat bersama. Sentiasa call walaupun di office. Balik terus ke bilik cari pasangan dulu borak2 baru buat kerja lain. En Win tak blh tgk Kak Elly diam. Dia tahu mesti ada benda yang sedang bermain difikiran. Kitaorang akan share apa sahaja. Mmg tiada rahsia antara kitaorang. Kalau ada masalah di office Kak Elly akan cari suami dan mintak dia peluk kuat2 supaya Kak Elly blh rasa tenang. Kalau bergaduh pun paling lama 2 jam lepas tu akan back to normal sbb kitaorang tak blh kalau tak bercakap. Ada minat yang sama dari segi pakaian tradisional dan rumah2 lama.

Segala benda kitaorang akan share. Susah senang bersama. Buat kerja pun bersama. Dia jarang bagi Kak Elly naik grab sendiri. Dia cuba luangkan masa unuk ambik atau hantar. Kalau makan dia akan temankan. Kalau exercise dia akan duduk tepi sambil tgk handphone. Cakap jer nak makan apa, insyaallah dia akan tunaikan. Of course kitaorang berdua ada kelemahan. Tapi cuba untuk terima kelemahan masing2. Dia tulang belakang Kak Elly. Kitaorang blh duduk kedai makan berjam2 dengan berborak bermacam2 benda. Pernah susah bersama sampai duit hanya 50 sen dalam pocket tapi kitaorang ok jer sbb masing2 ada utk luahkan perasan sedih.

Dengan anak2 pun kitaorang agak rapat. Anak2 Kak Elly pun jenis share semua benda. Anak2 mmg rapat dengan En Win daripada Kak Elly. Jangan Papa dia hilang diorang akan cari dan call tanya pergi mana dan balik pukul brp. Sampai sekarang kadang2 Yaya dan adik masih makan bersuap. Anak2 lapar walaupun pukul 1 pagi dia akan keluar dan carikan makanan.

Sebab tu weekend mmg waktu kitaorang berkumpul dan luangkan masa. Seharian kitaorang akan keluar bersama. Setahun sekali akan bercuti untuk lebihkan masa bersama anak2. En Win sanggup berpenat ambik dan hantar anak kesekolah. Dari dulu tak benarkan anak dia berhimpit2 naik bus sekolah. Sayang sangat tu..haha. Dari darjah satu dan sekarang Yaya dah form 5 masih lah dia layan mcm budak2.



Jadi tak boleh bayangkan kalau salah seorang akan pergi. Mati itu pasti. Harapan Kak Elly dapatkan bahagia kan anak2 dan suami sebaik mungkin dan harap kitaorang saling memerlukan sampai bila2. Kekal seperti ini sehingga hujung nyawa.



Love

Alfatihah buat Arwah Ashraf, semoga di tempatkan dikalangan orang2 yang soleh. Untuk Bunga semoga bertabah dan banyak bersabar untuk menghadapi kehilangan ini :(

Friday, February 14, 2020

2020 banyak bertukar


Start jer budak2 sekolah tahun ni semua jadual yang bertahun2 dulu dah bertukar. Tahun ni dua2 anak exam besar. Seorang PT3 dan seorang lagi SPM. Jadi mmg kena sentiasa monitor. Setiap parent masing2 ada cara tersendiri. Kak Elly jenis akan monitor setiap kali exam. Subjek yang lemah Kak Elly akan ambik berat sikit atau sediakan tuisyen. Beli segala buku latihan. Bukan utk push anak2 tetapi pelajaran agak penting bagi Kak Elly untuk diorang teruskan cita2. If diorang dah berusaha masih lemah atleast Kak Elly puas hati sebab dapat membantu anak2. Selebihnya terpulang untuk diorang menentukan masa depan.

Sampai sekarang kalau duduk seorang Kak Elly akan terfikir 'Kenapa lah aku tak belajar pandai2 dulu. Belajar sampai keluar negara' dan benda2 macam ni Kak Elly tak nak anak2 Kak Elly akan menyesal dikemudian hari. Jgn salah anggap, Kak Elly tak cakap pun kalau tak pandai tak boleh berjaya. Rezeki orang kita tak tahu kan. Tapi Kak Elly sebagai mak ini adalah tanggungjawab Kak Elly untuk menyediakan yang terbaik untuk anak2.

Dua2 anak Kak Elly ni tak pernah ada cita2. Diorang tak tahu pun nak focus apa dan nak jadi apa. Contoh macam Yaya mmg dari dulu tak minat sains. Dia cenderung kepada kira2 dan sastera. Habis jer PT3 kitaorang duduk berbincang dan cuba cari minat yang sebenar. Now dah boleh nampak Yaya berminat kepada benda2 yang mengira. Jadi Kak Elly suggest untuk dia cuba focus kepada Account dan alhamdullilah dia sangat suka dan teruja.

Kadang2 kita sebagai parent tak boleh biarkan anak2 buat keputusan. Budak2 ni diorang tak berfikiran jauh. Jadi kalau boleh kita bantu diorang beri pendapat. Kenapa boleh dan kenapa tak boleh. Tindakan itu betul atau salah. Biar diorang buka minda. Kalau dulu Yaya tak terlintas pun kearah menjadi seorang accountant. Tapi bila Kak Ellyt cuba buka minda, alhamdullilah Yaya blh terima.

Macam adik, Kak Elly blh nampak dia kearah art, takpe kita tunggu result dia nanti baru blh decide dia cenderung kearah mana. 

Melencong kelain pulak padahal nak cerita pasal lain kan..haha. Kalau dulu balik kerja baru akan masak. Tapi sekarang Kak Elly akan bangun seawal 6 pagi untuk masakan lunch anak2. Diorang tuisyen awal jadi bagi perut diorang kenyang dulu. Ptg balik goreng2 jer apa patut utk makan malam dan now sempat lah Kak Elly lari kat Treadmill atau gi Gym.

Kalau dulu selalu jugak lah keluar malam tapi undang2 dan bertukar. Hanya dibenarkan keluar weekend sahaja. Weekdays nak dapat makan bersama pun agak susah sebab masing2 banyak urusan. Siapa lapar akan makan dulu. Jadi peraturan baru setiap Ahad semua kena bangun pagi utk breakfast dan dinner bersama. Waktu ni dapat lah sharing benda2 yang terjadi sepanjang weekdays.

Aktiviti anak2 sekarang penuh jer. Sampai rumah pun pukul 3-4 ptg, diorang rehat sekejap lepas tu akan buat homework atau latihan. Malam dah tuisyen jadi mmg kurang lah kitaorang bercakap. Weekend lah sangat2 penting utk kitaorang berkumpul, tgk wayang, tgk tv bersama. Mmg Kak Elly ternanti2 bila Sunday. Saturday selalunya Kak Elly bagi ruang anak2 utk berjumpa kawan2, tgk neflix atau baca novel.


Dah besar sangat diorang ni. So sad lah tak boleh jerit2 marah sebab kenakalan diorang. Dah tak ada adegan lari2 satu rumah sebab nak suruh diorang mandi. basuh kan rambut diorang, pakaikan baju, ikat kan rambut..hmmm rindunyerrr

Bila makin besar cara percakapan pun dah lain. Suka duduk dalam bilik. Kadang2 jer keluar dan berborak2. Itulah kerinduan seorang ibu utk melihat telatah anak2 semasa kecil. Mama doakan anak2 mama berjaya dunia dan akhirat...aamin













Friday, February 7, 2020

Idola


Setiap Jumaat Kak Elly cuba lah rajin kan diri untuk update blog. Lepas kan gian untuk menulis walaupun tak serajin dulu sampai segala gambar makanan sis ambik. Ok...jadual blog setiap Jumaat..haha

Tak sangka ramai jugak ada penyakit 'Berjadual' macam Kak Elly. Ada yang cakap bagus ada penyakit tu sbb tersusun kehidupan, ada yang gelak kan dan ada gak yang cakap kena refer doktor...haha. Selagi i tak pukul diri sebab tak ikut jadual rasanya keadaan masih terkawal. Sambung sikit lagi pasal jadual lepastu baru kita masuk topik baru. Kak Elly hidup penuh alarm jadi bila ada class,. Kak Elly selalu akan satu bilik dengan Kak Peej. Tgh tengok TV tetiba alarm Kak Elly berbunyi maknanya Kak Elly kena mandi. Terus i bangun ambik towel. Peej cukup tak faham kenapa kena sgt ikut arahan alarm. Kak Elly bukan sahaja ada alarm untuk diri sendiri, Kak Elly siapakan alarm utk peej mandi jugak. Jadi kalau dia berdegil Kak Elly akan resah tu. Sakit tau jiwa i..hahaha. Dah lah Peej tu lembab jer nak bangun mandi. Dah elok nak keluar nak berak pulak. I nebes tau sbb tak ikut masa yang i aturkan. Dia akan tahu tu i resah tu...hahaha

Ok lah stop cerita tu kita ke topik Idola pulak. Kak Elly ada satu perangai yang suka jadikan seseorang itu Idola supaya Kak Elly boleh ikut sifat positive orang2 ni. Manusia ni mmg terkenal ngan sifat malas jadi dengan ada orang2 positif ni kita akan bersemangat sikit lah nak jadi macam dia gak...gitu




Arwah Faziani Robhan

Salah seorang yang membuka mata hati Kak Elly untuk bertudung dan sedarkan Kak Elly lebih kearah kebaikan. Rezeki yg Allah berikan kepada kita adalah rezeki utk kita berkongsi dengan orang yang memerlukan. Suka jamu orang makan, bersedekah,  memberi zakat dan bermacam2 lagi kebaikan. Arwah pergi pun dibulan yang baik. Alfatihah buat Arwah Faziani. Insyaallah arwah akan sentiasa menjadi Idola Kak Elly sampai bila2. Dalam kereta sentiasa ada berpuluh telekung untuk disedekahkan dengan orang baru yang arwah jumpa. Contoh yang sangat baik untuk di ikuti. Manalah tahu satu hari jadi jutawan, insyaallah akan ikut cara dia sentiasa bersedekah.




Shiela Rusly

Suka cara dia sayangkan orang keliling. Cara dia hidangkan masakan untuk suami dan anak2. Sangat2 sempurna. Perut anak2, suami dan tetamu sangat dijaga. Hidangan yang dibuat, disediakan boleh nampak dengan pernuh kasih sayang. Suka sangat cara macam ni. Cukup dengan dessert dia akan hidangkan selepas makan. Cuma Kak Elly belum mampu buat lagi.

Kak Elly mmg suka tgk cara orang hidangkan makanan. Ada seorang auntie husband Kak Elly. Dia kalau buat nasi lemak siap bungkus dalam daun pisang, dihidangkan secara tradisional seperti dikampung2 walaupun yang hanya makan suami dan anak2 tapi sangat2 teratur. Sambal belacan letak dalam lesung batu...wah i like so much. Kalau masak western siap ada tray yg macam restaurant tu.

Pagi makesure berkumpul sama2 untuk breakfast dan dinner anak2 semua kena ada dirumah untuk makan bersama dan makanan yang dihidangkan sangat2 complete. Bestnya kalau dapat buat macam ni kan. 




Founder Bawal Exclusive (Puan Haliza Maysuri)

Dah lah kaya, cantik dan rajin masak untuk staff2 dan keluarga, Sangat pemurah menjamu kawan2 dengan makanan. Seawal 6 pagi dia dah bangun masak untuk breakfast dan lunch. Balik dari kerja masak lagi untuk dinner. Masak bukan sikit2 tau. Pergi pasar borong untuk cara sendiri bahan masakan. Terlalu kagum dan idola sis jugak.

Tak riak, tak menunjuk2. Kalau travel pun rajin jer masak. Bawak periuk nasi gak. Berbag2 rempah2 dibawak. Suka tgk cara percakapan. Tak share sangat pasal kehidupan anak2 dan suami. Biar dia sahaja kedepan. Suka sangat cara macam tu. Jadi kurang sikit fitnah2 orang sekeliling. 




Sazzy Falak

Idola utk push Kak Elly sentiasa exercise. Serious giler rajin jaga badan. Macam2 benda dia akan cuba. Kalau Kak Elly tgh terbaring bila buka IG Stories Sazzy terus i rasa hidup macam tak guna sebab asyik terbaring jer. Terus i bangun lari atas treadmill....haha. Waktu tgh malas lah kita kena push diri kita utk bangun. Kalau kita berjaya lawan sifat malas maknanya kita berjaya. Bukan senang ya nak lawan.

Jadi Kak Elly kena ada orang2 macam ni utk push Kak Elly menjadi rajin, ada positive vibes, menjadi orang yang kearah lebih baik. Hopefully sau hari nanti Kak Elly blh ikut cara2 idola diatas ni. Adalah buat sikit2 tapi belum lagi sepenuhnya. Lagi banyak kita bersedekah, tidak kedekut menjamu orang, Insyaallah lagi banyak rezeki kita akan datang.

Friday, January 31, 2020

BERJADUAL



Kalau orang lain ada penyakit OCD, Kak Elly ada penyakit 'BERJADUAL'. Siapa ada penyakit macam Kak Elly ni dia akan tahu betapa seronoknya kalau dapat tick jadual yang dibuat hari2. Tapi mental akan terseksa kalau tak dapat laksanakan. Rasanya dah berbelas tahun Kak Elly ada penyakit ni. Kehidupan Kak Elly sentiasa ada alarm dan list yang perlu dilaksanakan.

Tak tahu lah kalau ada ubat untuk penyakit ni atau ada doktor yang Kak Elly blh refer supaya kehidupan tidak terlalu mengikut jadual...hahaha. Rutin orang berjadual ni akan sama. Orang macam Kak Elly ni akan susun siap2 apa yang perlu dilakukan. Bila tulis ni rasa macam menakutkan tapi i cannot buang tabiat ni. 

Contoh Kak Elly dah ada jadual untuk masak apa dalam minggu tu, pukul brp kena bangun, pukul berapa kena sampai office, pukul berapa kena masak, pukul berapa kena mandi, pukul brp baca novel, pukul berapa solat dll...omg hidup Kak Elly penuh dengan waktu dan bila tak ikut I akan stress. Paling menakutkan. waktu buang air kecik pun ada masa...hahaha. Serious wei i tak main2. 

Itu untuk jadual harian. Kak Elly juga ada jadual utk tahunan. Apa yang perlu dilakukan hujung tahun. Bila nak book percutian, bila nak beli baju raya, bila nak hantar jahit, paling menakutkan bila masa untuk tukar bra pun ada. Orang mungkin nampak Kak Elly normal tapi Kak Elly kurang normal sikit...hahaha. Gi office Kak Elly dah ada list tu do jadi senang ikut jer nanti.

Tahun ni target Kak Elly nak penuhkan aktiviti bersukan dan Kak Elly pastikan akan lakukan. Aktiviti ni dah masuk pun dalan jadual harian.



Haritu merengek ngan En Win nak treadmill dan dia dah belikan walaupun second hand jer sbb nak beli baru takut membazir. Dia siap sound ni mesti sekejap jer u pakai. Walapun dah kawin berbelas tahun ni masih tak kenal bini dia giler. Yes!! I akan berlari kat Treadmill ni seminggu 3 kali selama sejam dan seperti biasa ini pun dah termasuk dalam jadual dan sekarang dia panggil Kak Elly perempuan giler asyik berlari jer. Paling menakutkan selagi tak lari 4km i tak akan berhenti sebab dalam jadual kena buat 4km...hahaha


Untuk target toning pun Kak Elly akan buat seminggu 3 kali. Tak nak kurus tapi badan lembik dan YES ini pun i buat mengikut jadual. Kalau tak ikut Kak Elly akan rasa stress walaupun kadang2 terasa letih tapi demi jadual Kak Elly akan tetap lakukan...kesian betul ada tabiat macam ni. 

Sekarang jadual masak Kak Elly dah bertukar. Kalau dulu masak selepas balik kerja tapi sekarang Kak Elly akan masak awal pagi jadi ptg tinggal goreng ikan, telur atau sayur sahaja. Jadi mmg ada masa untuk buat segala aktiviti ni.

Ok..Kak Elly terangkan sikit lagi bagaimana saikonyer penyakit berjadual ni. Kata lah tgh seronok borak atau tgk TV, kalau orang normal dia akan tengok TV sampai habis lepas tu baru akan buat kerja yang tertangguh. Macam Kak Elly walaupun tgh seronok tgk TV tapi bila waktu utk prepare bahan2 masak I akan bangun dan tinggalkan cerita tu. Kak Elly akan rasa bersalah kalau terus tgk TV sbb tak mengikut jadual...helpppp i takut lah.



Every week Kak Elly ada target berapa calories yang kena burn. Ini pun ada jadual ya. tak capai i blh berlari kat treadmill tanpa henti tu...haha

Ok sendri tulis sendiri stress dgn perangai sendiri. Ada ker orang penyakit macam Kak Elly ni. Sila lah komen agar Kak Elly tak rasa keseorangan.


Thursday, January 23, 2020

Pembuli dan Pemangsa


Semalam terbuka rancangan Prof. Muhaya, Astro 104 pukul 9pm kalau tak silap. Tetamu jemputan dia Sherry Ibrahim. Diorang berbincang pasal netizen2 yang suka komen benda2 yang tidak elok untuk dibaca. Menyakitkan hati dan menyebarkan berita yang tak betul. Netizen2 macam ni digelar pembuli dan pemangsa adalah orang yang menerima kutukan.

Kata Prof. kita kena kesian dekat kedua2 ini. Maknanya pembuli dan pemangsa. Pembuli sebab apa yang dicakapkan tentang orang lain itu sebenarnya dia bercakap dan menghentam diri dia sendiri. Dia tak dapat marah diri sendiri jadi dia lepaskan dekat orang lain. Dia tak dapat capai apa yang orang lain capai jadi untuk tenangkan diri, dia akan menghentam sana sini untuk mendapatkan kepuasan. Orang macam ni tak pernah rasa puas hati dengan apa yang ada disekeliling sbb dia tidak ada perasaan bahagia dalam diri. Jadi kita kena kesian kat dia dan mendoakan dia. Orang2 macam ni tak ada perasaan sebab apa yang ditulis dia tidak pernah fikir pasal perasaan orang lain. Menyebarkan sesuatu perkara sehingga menjadi fitnah atau membuka aib seseorang menjadi keseronokan bagi mereka.

Sebagai contoh dia lihat sepasang suami isteri bahagia. Netizen ini tidak mahu ambik pendekatan untuk menjadikan pasangan itu sebagai contoh malah tak sabar menunggu untuk sesuatu kesilapan terjadi supaya aib mereka blh dia buka atau menghentam dengan apa yang terjadi. Jadi kita tahu dalam diri dia sebenarnya mmg tidak bahagia. Jadi dengan menghentam orang itu dia rasa kepuasan sbb itulah yang ada dlm diri dia.  

Betul kata Prof Muhaya kita kena kesian kan pembuli2 ini. Pemangsa lagi lah kena kesian sbb orang ini lah yang akan menerima segala fitnah, aib dibuka, kutukan yang melampau tanpa ada rasa belas kasihan. Pemangsa kena kuat dan sentiasa mendoakan yang terbaik untuknya.

Terbuka hati aku bila Prof nasihat benda2 macam ni. Bayangkan artis2 ni menghadapi hentaman yang bertubi2 dari netizen. Sekarang semua benda dihujung jari. Satu kesilapan blh dikongsi ke seluruh dunia. Mungkin belum kena dekat batang hidung sendiri jadi kita tidak rasa bersalah untuk aib kan orang. Think positif dan doakan terbaik agar kita tak jadi pembuli.

Nasib baik Prof tak buka talian...nak juga tanya soalan

"Macam mana pula dengan orang yang dia suka diri dihentam, buat perkara2 yang blh orang bercakap supaya diri dia sentiasa diperkatakan"

Tapi aku dapat rasakan Prof akan jawab itu Mental atau sakit jiwa..hahaha 

Friday, January 17, 2020

Apa dah jadi yek....


Bila dah semakin berusia ni terasa lah banyak perbezaan kat diri Kak Elly ni. Korang bayangkan seorang yang penggila handbag, tahun lepas Kak Elly tak beli langsung. Last beli waktu gi London haritu.Padahal melambak jer kat airport Dubai hari tu. Kak Elly tgk gitu2 jer. Handbag yang ada pun Kak Elly dah tak pakai sangat. Cari yang selesa lepas tu tak bertukar2. Sunglasses, wallet semua tak ada hati nak tukar dan beli.

Dah kurang suka share pasal personal life, business pun akan melalui business Ig jer. Prefer share dengan orang2 yang terdekat sahaja dan bukan lagi secara terbuka. Jadi takut ada perasaan riak yang ditonjolkan. Nak share tempat makan pun i takut orang cakap berlagak kaya. Padahal dulu tak rasa pun macam tu. Kenapa yek? faktor usia ker yang buat Kak Elly macam ni.

Rasa lebih tenang share dengan circle yang kecik, circle yang tak ada rasa dengki, benci dan tak cakap belakang. Tak ada orang salah sangka dengan apa yang kita buat dan walaupun tujuan kita baik sebenarnya. Bukan sebab kecaman tapi mmg dah rasa benda sejak Kak Elly mula bertudung. Kalau dulu gambar dapat like banyak punya lah happy sekarang tak ada like pun Kak Elly dah tak rasa apa langsung. 

Orang yang suka, orang yang benci semua ada di follower IG dan FB kita. Jadi tak selesa bila ada perasaan marah dan benci tapi masa yang sama masih tgk apa aktiviti kita. Slowly Kak Elly akan kurangkan update. Tak semua orang suka tgk kejayaan dan kegembiraan kita. Tapi pada masa yang sama orang idola kan kita untuk berjaya. 

Lebih selesa dan sibuk kan diri dengan aktiviti gym, masak, kerja, keluarga. Sekali sekala blh lah share kalau ada benda yang blh mendatang kebaikan..hahaha. Selesa dgn kesibukan sekarang. Setakat pandang dan lihat dari jauh lah aktiviti korang semua.

Selalu borak dengan Peej dan budak2 pejabat. Dunia media sosial tak macam dulu. Sekarang sangat2 menakutkan. Orang blh naik kan kita dan sekelip mata diorang blh pijak2 kita. Tak puas hati up di media sosial, marah2 dan buka aib orang, perli sana sini. Uish...cukup lah dunia macam tu. Mungkin orang yang tak ramai follower tak akan rasa tapi macam Kak Elly ni orang dah agak kenal jadi mmg wujud lah orang suka dan tak suka...haha 

  Insyaallah...kalau rindu menulis sekali sekala Kak Elly akan update di blog. Terima kasih lah banyak dm bagi kata sokongan. Kak Elly ok jer cuma rasa nak slow sikit bermedia sosial ni. Anak2 pun kurang selesa Kak Elly update pasal diorang. Tapi blh jer dm Kak Elly kalau nak tanya insyaallah Kak Elly akan reply :)

Tuesday, January 14, 2020

Istanbul Part 5


Bila check balik gambar2 kat handphone mmg banyak Kak Elly tak ambik. Pemalas betul bila dah tua2 ni. Ambik 1-2 keping jer sebagai kenangan. Tak macam dulu semua sudut ambik untuk ceritakan kat blog supaya korang mudah faham bila Kak Elly ceritakan nanti.

Tahun ni bercuti rasa sedih jer sebab tgk anak2 semakin membesar. Sejak umur diorang 3 tahun kitaorang travel bersama. Tak pernah tinggal diorang sekali pun. Pernah lah kitaorang berdua gi London tinggalkan anak2 selama 2 minggu. Dua2 jatuh sakit dan demam panas sbb rindu. Lepas tu mmg serik nak tinggalkan diorang.

Kalau dulu selalu ada istilah sekali sekala kena ada masa honeymoon berdua. Tapi bila fikir balik anak2 dah besar diorang tak kacau pun. Lantak lah mak bapak aku nak jalan berpeluk ker, nak keluar makan dinner berdua ker diorang tak pernah kacau dan tak menyusahkan pun. Jadi tak ada sebab untuk tinggalkan diorang bila bercuti.

Tahun ni dua2 ada exam besar. Seorang SPM dan seorang lagi PT3. Buat masi ni tak buat perancangan gi mana2 lagi sebab nak focus dulu dekat diorang. Banyak nak guna duit untuk home tuition. Dulukan mana yang penting. Dah settle exam mungkin jalan dekat2 jer just bg diorang release tension sbb penat belajar. Tapi Kak Elly tak nak fikir lagi part lagi. 

Tahun depan tak tahu schedule macam mana pulak kan. Yaya dah habis sekolah kalau ada rezeki dapat lah belajar mana2. I so sad..why cepatnya besar.



Masjid Suleymaniye

Tempat wajib untuk korang lawati jugak. Cantik sangat permandangan disini. Istanbul ni mmg korang kena jadikan list tempat untuk pergi. Segala benda senang especially part makanan, tempat untuk bersolat, selamat dan mata wang tak tinggi.

Nasib Kak Elly decide nak datang sini. Kalau tak dah sampai Greece kitaorang..haha. Next tempat yang sangat Kak Elly nak gi adalah Morroco. Tunggu lah kalau ada rezeki nanti.


Sebelum masuk area masjid ni kiri kanan adalah makam tokoh2 agama.



Makesura bila sampai sini korang kena makan area ni. Sambil tgk pemandangan masjid korang boleh tgk permandangan di Istanbul juga. Sambil makan dengar suara orang mengaji. Ya Allah tenang jer rasa.

Ada beberapa tempat di Istanbul yang ada dalam list tapi Kak Elly tak lawati sebab malas...hahaha. Miniture dan Pierra Cotti. Kalau korang ada masa gi survey tempat ni. Masing2 kepenatan jadi nak bergerak perlahan jer..haha. Nasib lah kitaorang stay 10 hari jadi bertenang lah sikit.



Ini permandangan dari tempat makan tadi. Korang gi waktu matahari nak terbenam lagi cantik. Kitaorang lepak kat sini 2 kali just nak lihat pemandangan kat sini. Food dia biasa jer lah tapi jangan risau tak mahal pun.



Lelaki hujung tu anak kawan gym i. Dah menetap 3 tahun kat Istanbul. Dia lah bawak kitaorang tempat ni. Kalau tak mmg tak jumpa tempat makan ni.



Ok emo balik tengok gambar ni. Dah besar dan tinggi kan diorang ni. Anak yang tak pernah menyusahkan kalau travel. Tak pernah merungut walaupun berjam2 dalam flight. Ikut jer schedule yang Kak Elly aturkan. Cuma agak menggila kalau nampak kasut. Yaya dah pandai ambik handbag Kak Elly kalau berjalan. Itu i stress ya. Pilih yang mahal jer utk pakai...haha

Bila masing2 ada kehidupan sendiri nanti harap ada masa untuk kitaorang berdua yang semakin tua ni...haha. Mama tetap akan jadi tour guide jika diperlukan. Yaya nak sangat belajar Overseas. Semoga cita2 Yaya tercapai dan kitaorang pun blh berjalan nanti. Adik masih tak tahu nak buat apa. Nanti kita fikirkan sama2 ya.


Ini lah permandangan dalam masjid. Korang blh jer solat kat sini. Kalau hari Jumaat mmg ramai lah akan datang.



Menjadi seorang anak, isteri, ibu dan boss ni bukan perkara yang senang. Semua beban terletak dibahu ni. Jadi bila ada suara2 sumbang yang bercakap benda yang tidak betul dengan mudah kita akan menjadi marah. Kak Elly hidup tak mengharap pujian hanya berkongsi pengalaman untuk dijadikan guideline. 

Kalau dulu seorang blogger mmg mengharapkan follower yang ramai like yang banyak supaya senang utk dapat job2 dari company2 yang besar. Tapi sekarang itu bukan keutamaan Kak Elly lagi. Sekarang lebih prefer keep circle yang kecik supaya lebih aman fikiran.



Tempat ni pun kena masuk kan dalam list korang ya. Gelata Tower dekat jer dari kawasan apartment tempat Kak Elly tinggal. Korang boleh jer naik tower ni sampai atas utk lihat permandangan. Kak Elly tak sure naik tangga atau ada lif kat dalam tu...haha. Beratur agak panjang utk naik Tower ni. Sebelum korang sampai Tower ni dlm perjalanan banyak kedai souvenir cantik2 dan murah. Jalan agak berbukit sedikit tapi puas hati.
  


Macam Kak Elly cakap di Part 4, Taksim dan Gelata Tower berdekatan jer. Jadi bila pergi Taksim jalan jer sampai hujung blh jumpa Gelata Tower. Tanya jer orang2 kat situ.

Menu kat atas ni kitaorang makan di Restaurant Taksim. Tapi kena tipu lah. Waktu tanya waiter tu cakap 65 lira. Jadi mati2 lah ingat harga 65 lira utk hidangan ni. Rupaya 65 lira seorang ya dia charge. Dekat 300 lira jugak kitaorang kena...huh. Tapi sedap lah siap bungkus bawak balik yang tak habis tu.





Berakhir lah kisah perjalanan Kak Elly di Istanbul dan Cappadocia. Sorry sangat tak dapat nak share banyak sbb kali ni tak ambik banyak gambar dan info pun tak berapa lengkap. Tapi jangan lah korang risau. Kalau sesat jalan tanya jer sbb tempat pelancongan diorang semua berdekatan jer.

Kak Elly doakan yang ingin kesini dimakbulkan. Pastikan beli flight ticket dulu. Takpe transit lama2 asal kan dapat yang murah. Oman Air rasanya paling murah. Jadi pastikan survey dulu sebelum pergi ya :)

Saturday, January 11, 2020

Istanbul Part 4


Kembali bersiaran...hebat betul sis dikecam di forum. Dia kata sis jeles dengan kehidupan orang lain. Percutian sis tak best katanya. Teruk sangat sampai kena masak waktu bercuti ala2 orang miskin katanya. Hakikat Dato' Rizalman pun masak tak ada pulak dikecam. Apa yang Kak Elly perasan pasal haters ni tak blh orang lebih dari dia mula lah ada bahan utk diumpat. Cuba keadaan org tu biasa jer macam diri dia, mmg tak ada lah dia mengata. Sejuk hati dia sbb tak ada benda dia rasa utk bersaing. Ni kalau diorang baca bertubi2 lagi lah sis dikutuk. Paling terkilan ramai jer follower ig yang dm tanya itu ini macam bersungguh nak gi Istanbul, rupanya utk dijadikan bahan kutukan dalam forum...jahat bebenar lah korang ni. Kak Elly ni beriya cuba menjawab dengan baik hati rupayan mcm syaitan yek perangai korang.

Orang fames katanya kena lah tahan kutukan. Kalau tak nak di kutuk jgn share pasal kehidupan katanya. Baik lah sis tak mampu lagi utk dikutuk jadi ambik pendekatan tak nak share sgt lah kehidupan. Kesian menambah dosa korang nanti reka2 cerita yang x betul. Ini pun terpaksa habiskan dah janji dengan org betul2 nak tahu.



Selepas balik dari Cappadocia keesokan harinya kitaorang sambung balik berjalan di Istanbul. Kali ni ker Taksim area. Taksim ni dekat jer dengan area rumah kitaorang dalam 10 minit perjalanan. Berdekatan dengan Metro Station.  Korang tanya jer mana Taksim Square nanti orang akan tunjuk tangga mana nak naik. Nampak tangga colour2 tu dah betul lah perjalanan korang tu.



Waktu ni kitaorang tak tau pun Taksim dekat dengan kawasan rumah sanggup tu naik Metro utk kesini...hahaha. Serious..apartment yang kitaorang duduk tu dekat ngan Metro, Gelata Tower dan Taksim Square. Location tempat tinggal kitaorang sangat2 bagus. Kedai nak beli makan masakan pun dekat.  Semua senang lah cuma jalan jer berbukit dan rumah bertangga.

Tempat kitaorang bergambar ni ada lah salah satu tugu peringatan pasal perjuangan. Ramai jer yang bergambar disini. Jadi moh ambik untuk dijadikan kenangan.



Taksim di agak jauh lah untuk berjalan. Tapi tak rasa penat sbb kiri kanan banyak kedai2. Cuma kalau tak larat nak berjalan balik blh jer naik tram ni.


Kalau di Grand Bazaar banyak jual barang2 perhiasan berbeza dengan Taksim Square ni. Agak moden mcm shopping mall lah tapi berbentuk kedai. Kat sini blh lah beli perfume, baju2 dan kasut. Gi bulan 12 ni untung sikit sbb sana sini sale. Ini mmg tempat anak2 Kak Elly lah utk bershopping. Bahaya ni kalau share shopping apa blh meletup forum kata eksyen.



Ini salah satu kesukaan Kak Elly. Di Istanbul ni banyak kedai2 minum macam ni. Paling popular ada Turkish Tea dalam RM4.20 gelas kecik. Tapi Kak Elly tak blh minum sbb 2 malam berturut2 gastrik pasal Tea ni.

Whole day kitaorang di Taksim ni. Makan jalan makan jalan. Betul2 rasa berehat kali ni. Tak ada rushing langsung. Tapi tak nafikan kaki mmg sangat penat dan letih. Keadaan muka bumi disini berbukit betul...hahaha. Makesure pakai kasut yang selesa. Jangan lah nak bertumit tinggi blh gelembung berair kaki korang nanti.



Next Day sambung berjalan lagi. Untung betul dah kurus ni baju blh bertukar2 dengan anak2...ahaks #silapitam



Ini lah tangga colour2 yang Kak Elly cakap tu. Blh ker Gelata Tower dan Taksim Square. 

Next tempat kitaorang pergi nak naik Cruise untuk melihat permandangan seluruh Istanbul. Untuk kitempat ni kena naik tram. Dekat jer lah tak sampai 5 minit dah sampai.



Harga 25 Lira seorang. Perjalanan dalam sejam. Serious sangat2 berbaloi sebab pemandangan terlalu cantik. Tak perasan masa berjalan dengan pantas



Hi uols....




cantikan...dah lah sejuk rasa tenang jer. Bila korang turun dari cruise ni nanti blh tgk ramai orang jual roti ikan. Macam burger lah tapi burger daging ni ikan. Kak Elly kurang suka sangat lah. Anak Kak Elly cakap lepas makan mulut mama busuk, hanyir ikan...hahaha



Next kita berjalan pula ker Spice Bazaar. Area ni dekat jer dengan Grand Bazaar


Kat sini macam2 rempah lah korang blh borong. Harga dalam ni agak mahal. Kalau nak beli makesure kat luar bazaar blh dapat diskaun dalan 30%

Tak sebesar Grand Bazaar. Tapi bersih dan cantik jer tempat ni. Satu jer Kak Elly perasan pasal Istanbul ni tak ada jerit2 yang tawar harga tu. Korang mintak murah kalau tak bagi sila lah pergi. Jarang diorang akan panggil balik.



Geram tgk benda ni wei. Mmg kena beli lah.


Turkish Delight ni mmg melambak kat sana. Tapi kalau nak beli untuk souvenir jgn beli kat dalam Spice Bazaar ni. Makesure belilah diluar bazaar korang akan terperanjat dengan perbezaan harga.




Ok nanti kita sambung lagi ya. Kali ni banyak gambar tak ambik jadi banyak jalan cerita dah lupa...hahaha. Tapi kalau korang dm nak tanya itu ni Kak Elly dah tak berani nak jawab sbb takut haters berpura2. Korang jgn komen2 cakap sabar lah apa nanti diorang akan di marah tu....muahahah