Nuffnang Advertisement

Thursday, December 26, 2019

Istanbul Part 2


Ya Allah beri lah aku kesabaran dgn follower2 di ig dan FB. Diorang mintak Kak Elly percepatkan update blog dan share itinerary di Istanbul. Tiap2 hari ada jer dm masuk utk mengingatkan Kak Elly tentang update yang seterusnya. Korang mmg blh jadi boss lah ingatkan secretary...haha. I tak marah lah, elok lah korang remind tiap2 hari kalau tak i buat2 lupa tu...muahahaha.

Ada juga yang bertanya kan budget di Istanbul. Ini Kak Elly tak blh bantu sebab setiap orang peruntukan berlainan. Macam Kak Elly sehari Kak Elly peruntukan RM400 utk makan dan transportation. Selalunya akan pakai tak sampai pun RM200 sbb budak2 tak nak makan lunch di luar. Cuma  kitaorang akan kopi2 dan makan dessert sahaja. RM400 tak termasuk duit shopping itu hanya belanja harian sahaja...gitu. Tapi di Cappadocia peruntukan belanja harian akan lebih sedikit sbb Kak Elly tak masak langsung disana. Tapi tak lebih mana pun sebab ikut package kan. Jadi breakfast, lunch dan transport mmg dah termasuk dalam package cuma dinner jer bayar sendiri.

Kak Elly bercuti selama 10 hari tapi kalau tolak flight semua dalam 8 hari lah. Tapi kat blog kali ni Kak Elly tak akan cerita dari Day 1 sampai Day 10 lah pitam nak tulis tu. Tapi tetap akan share apa yang Kak Elly lawat kat Istanbul cuma combine kan jadi padat. Senang faham dan mudah kan i jugak untuk share.




Nampak tak bulatan tu. Metro kawasan yang Kak Elly duduk ada lah di Sishane. Line hijau tu. Kemana2 korang pergi tambang akan sama 2.60 lira seorang. Jadi utk ker Hagia Sophia korang kena turun di station Vezneciler. Cuma kena berjalan agak jauh lah. Dlm 15 -20 minit. Jangan risau tak terasa pun sbb pemandangan cantik dan kiri kanan banyak kedai.

Kak Elly tak ingat nama kawasan ni tapi bila korang keluar dari Metro station tanya lah orang2 kat situ mana arah nak ker Hagia Sophia. Nanti ramai yang akan bantu. Ok...because I love my follower so much..meh lah share apa yang korang blh lawat dikawasan tu

1. Hagia Sophia - Gereja ditukar menjadi masjid. Ada bayaran masuk. 72.00 lira seorang

2. Masjid Sultan Ahmed - Bertentangan dgn Hagia Sophia (Blh solat disini)

3. Basilica Cistren - 290 meter dari Masjid Biru

4. Hippodrome - Bertentangan dgn Masjid Sultan Ahmed

5. Grand Bazaar - dari Hippodrome 15 minit jalan kaki

6. Istana Toptaki - tanya 600 meter dari Grand Bazaar. Ini adalah tapak sejarah

7. Spice Market - 15 minit dari Grand Bazaar

Jgn lah dalam masa satu hari korang lawat semua tempat ni. Take ur time. Relax2 dan bergambar sana sini. Kak Elly ambik masa jln2 sini 3 hari gak lah sbb bazaar diorang besar. Kalau korang dapat cari apartment area sini pun bagus. Kak Elly haritu dah dapat cari area sini tapi dapur agak kecik dan kebayakan takde washing machine...haha. Search sikit nama2 Kak Elly bg tu jadi korang tahu macam mana rupa building nak lawat tu nanti




Sepanjang jalan di Istanbul mmg korang akan nampak orang jual Turkish Delight. Kena pandai cari ada yang murah dan mahal. Tapi kalau untuk makan sendiri sambil jalan2 blh jer beli mana2. Tapi kalau nak bawak balik beli kat area Spice Bazaar tapi kat luar bukan kat dlm tau. Jauh lebih murah kalau beli diluar.



Hagia Sophia



Gereja yang tukar menjadi masjid. Blh nampak lah kat masjid ni nama2 para sahabat nabi dan dalam masa yang sama blh juga lihat lambang2 Gereja. Wajib masuk walaupun agak mahal harganya. 



Kat luar ni nanti ramai tour guide akan offer korang utk masuk kedalam Hagia Sophia jadi diorang akan ceritakan satu2 sejarah didalam. Kalau korang ambik tour guide ni charge akan jadi lain. Rasanya dlm 120 lira seorang. Bg yg ingin tahu tentang sejarah Hagia Sophia blh gunakan tour guide. Kitaorang tak ambik blh jer baca papan tanda yang disediakan.




Ada cerita waktu ni. Nasib baik kitaorang amik masa yang lama untuk bergambar di area ni. Lepas tu adik nak beli ice cream pulak. Jadi ambik masa dlm 15 minit utk ke Masjid belakang tu. Bila kitaorang mula berjalan jer tiba2 dgr bunyi tembakan dan blh dgr orang jerit2 suruh run. Apa lagi berlari lah kitaorang. Rupanya ada org lepaskan tembakan secara rambang. Giler wei..berapa ramai orang terjatuh sbb nak selamatkan diri. Dua2 anak Kak Elly pucat giler muka sbb bunyi tembakan tu sgt kuat. Sekejap jer polis datang bersama ambulance. Tak tentu arah lah nak kemana lepas tu.



Terus kitaorang duduk minum untuk tenangkan perasaan.




Lepas makan 'Baklava' dan minum Turkish Tea barulah kitaorg tenang dan teruskan perjalanan ker Grand Bazaar



Tempat ni sgt2 besar sbb dia berlorong2. Siapa yang minat perhiasan rumah, lampu2, pinggan2 mmg berbaloi dan murah. Tapi satu jer Kak Elly nak bgtau kalau nak beli Fridge Magnet, Carpet or table cloth jauh lebih murah kalau beli diluar bazaar. Dlm agak mahal sedikit.




Kak Elly tak beli sbb kat rumah dah tak ada tempat nak letak. Nak bg pinggan yg ada kat rumah tu kat org I terlalu sayang ya harta benda. Utk mengelakan pembaziran marilah membeli barang lain seperti gambar dibawah ni...hahah



Ramai yg tanya murah ker Carpet di Istanbul. Mmg berbaloi lah beli. Haritu mak mertua Kak Elly beli di Great Eastern Mall waktu sale dlm RM650.00 tapi beli kat Istanbul boleh dapat dalam RM200 jer. Agak2 korang akan giler tak macam Kak Elly. Tapi ni yg machine lah. Kalau yg Persian tu tetap lah ribu2.

Sejadah pun cantik2. Untuk sejadah Kak Elly mmg beli yg agak mahal dan berkuali sikit. Dlm RM180.00. Terlalu cantik lols..hahah



Ni table cloth utk 8 orang dlm RM130.00. Letup lah Raya tahun depan rumah sis. Anak2 pastikan tak duduk dimeja ya. Dikuatiri makanan akan tumpah...hahaha

Ok next entry kita cite Cappadocia pulak ya. Lepas tu baru sambung balik cite Istanbul.

2 comments:

firdausi said...

its done!!! ok nexttt..:P

Alia Farhan said...

Best nyaaaaa... Murah Sgt carpet tu.. Kalau saya pun meroyan😂