Nuffnang Advertisement

Thursday, December 26, 2019

Istanbul Part 2


Ya Allah beri lah aku kesabaran dgn follower2 di ig dan FB. Diorang mintak Kak Elly percepatkan update blog dan share itinerary di Istanbul. Tiap2 hari ada jer dm masuk utk mengingatkan Kak Elly tentang update yang seterusnya. Korang mmg blh jadi boss lah ingatkan secretary...haha. I tak marah lah, elok lah korang remind tiap2 hari kalau tak i buat2 lupa tu...muahahaha.

Ada juga yang bertanya kan budget di Istanbul. Ini Kak Elly tak blh bantu sebab setiap orang peruntukan berlainan. Macam Kak Elly sehari Kak Elly peruntukan RM400 utk makan dan transportation. Selalunya akan pakai tak sampai pun RM200 sbb budak2 tak nak makan lunch di luar. Cuma  kitaorang akan kopi2 dan makan dessert sahaja. RM400 tak termasuk duit shopping itu hanya belanja harian sahaja...gitu. Tapi di Cappadocia peruntukan belanja harian akan lebih sedikit sbb Kak Elly tak masak langsung disana. Tapi tak lebih mana pun sebab ikut package kan. Jadi breakfast, lunch dan transport mmg dah termasuk dalam package cuma dinner jer bayar sendiri.

Kak Elly bercuti selama 10 hari tapi kalau tolak flight semua dalam 8 hari lah. Tapi kat blog kali ni Kak Elly tak akan cerita dari Day 1 sampai Day 10 lah pitam nak tulis tu. Tapi tetap akan share apa yang Kak Elly lawat kat Istanbul cuma combine kan jadi padat. Senang faham dan mudah kan i jugak untuk share.




Nampak tak bulatan tu. Metro kawasan yang Kak Elly duduk ada lah di Sishane. Line hijau tu. Kemana2 korang pergi tambang akan sama 2.60 lira seorang. Jadi utk ker Hagia Sophia korang kena turun di station Vezneciler. Cuma kena berjalan agak jauh lah. Dlm 15 -20 minit. Jangan risau tak terasa pun sbb pemandangan cantik dan kiri kanan banyak kedai.

Kak Elly tak ingat nama kawasan ni tapi bila korang keluar dari Metro station tanya lah orang2 kat situ mana arah nak ker Hagia Sophia. Nanti ramai yang akan bantu. Ok...because I love my follower so much..meh lah share apa yang korang blh lawat dikawasan tu

1. Hagia Sophia - Gereja ditukar menjadi masjid. Ada bayaran masuk. 72.00 lira seorang

2. Masjid Sultan Ahmed - Bertentangan dgn Hagia Sophia (Blh solat disini)

3. Basilica Cistren - 290 meter dari Masjid Biru

4. Hippodrome - Bertentangan dgn Masjid Sultan Ahmed

5. Grand Bazaar - dari Hippodrome 15 minit jalan kaki

6. Istana Toptaki - tanya 600 meter dari Grand Bazaar. Ini adalah tapak sejarah

7. Spice Market - 15 minit dari Grand Bazaar

Jgn lah dalam masa satu hari korang lawat semua tempat ni. Take ur time. Relax2 dan bergambar sana sini. Kak Elly ambik masa jln2 sini 3 hari gak lah sbb bazaar diorang besar. Kalau korang dapat cari apartment area sini pun bagus. Kak Elly haritu dah dapat cari area sini tapi dapur agak kecik dan kebayakan takde washing machine...haha. Search sikit nama2 Kak Elly bg tu jadi korang tahu macam mana rupa building nak lawat tu nanti




Sepanjang jalan di Istanbul mmg korang akan nampak orang jual Turkish Delight. Kena pandai cari ada yang murah dan mahal. Tapi kalau untuk makan sendiri sambil jalan2 blh jer beli mana2. Tapi kalau nak bawak balik beli kat area Spice Bazaar tapi kat luar bukan kat dlm tau. Jauh lebih murah kalau beli diluar.



Hagia Sophia



Gereja yang tukar menjadi masjid. Blh nampak lah kat masjid ni nama2 para sahabat nabi dan dalam masa yang sama blh juga lihat lambang2 Gereja. Wajib masuk walaupun agak mahal harganya. 



Kat luar ni nanti ramai tour guide akan offer korang utk masuk kedalam Hagia Sophia jadi diorang akan ceritakan satu2 sejarah didalam. Kalau korang ambik tour guide ni charge akan jadi lain. Rasanya dlm 120 lira seorang. Bg yg ingin tahu tentang sejarah Hagia Sophia blh gunakan tour guide. Kitaorang tak ambik blh jer baca papan tanda yang disediakan.




Ada cerita waktu ni. Nasib baik kitaorang amik masa yang lama untuk bergambar di area ni. Lepas tu adik nak beli ice cream pulak. Jadi ambik masa dlm 15 minit utk ke Masjid belakang tu. Bila kitaorang mula berjalan jer tiba2 dgr bunyi tembakan dan blh dgr orang jerit2 suruh run. Apa lagi berlari lah kitaorang. Rupanya ada org lepaskan tembakan secara rambang. Giler wei..berapa ramai orang terjatuh sbb nak selamatkan diri. Dua2 anak Kak Elly pucat giler muka sbb bunyi tembakan tu sgt kuat. Sekejap jer polis datang bersama ambulance. Tak tentu arah lah nak kemana lepas tu.



Terus kitaorang duduk minum untuk tenangkan perasaan.




Lepas makan 'Baklava' dan minum Turkish Tea barulah kitaorg tenang dan teruskan perjalanan ker Grand Bazaar



Tempat ni sgt2 besar sbb dia berlorong2. Siapa yang minat perhiasan rumah, lampu2, pinggan2 mmg berbaloi dan murah. Tapi satu jer Kak Elly nak bgtau kalau nak beli Fridge Magnet, Carpet or table cloth jauh lebih murah kalau beli diluar bazaar. Dlm agak mahal sedikit.




Kak Elly tak beli sbb kat rumah dah tak ada tempat nak letak. Nak bg pinggan yg ada kat rumah tu kat org I terlalu sayang ya harta benda. Utk mengelakan pembaziran marilah membeli barang lain seperti gambar dibawah ni...hahah



Ramai yg tanya murah ker Carpet di Istanbul. Mmg berbaloi lah beli. Haritu mak mertua Kak Elly beli di Great Eastern Mall waktu sale dlm RM650.00 tapi beli kat Istanbul boleh dapat dalam RM200 jer. Agak2 korang akan giler tak macam Kak Elly. Tapi ni yg machine lah. Kalau yg Persian tu tetap lah ribu2.

Sejadah pun cantik2. Untuk sejadah Kak Elly mmg beli yg agak mahal dan berkuali sikit. Dlm RM180.00. Terlalu cantik lols..hahah



Ni table cloth utk 8 orang dlm RM130.00. Letup lah Raya tahun depan rumah sis. Anak2 pastikan tak duduk dimeja ya. Dikuatiri makanan akan tumpah...hahaha

Ok next entry kita cite Cappadocia pulak ya. Lepas tu baru sambung balik cite Istanbul.

Monday, December 23, 2019

Istanbul Part 1


Ya..Allah malasnya nak menulis. Macam dah cukup jer info Kak Elly bg di IG. Tapi tak sampai hati lah pulak sebab terlalu ramai mintak share itinerary di Istanbul. Part 1 ni Kak Elly akan cerita tentang details2 flight, accommodation, metro benda2 penting dulu yang korang perlu buat sebelum dtg kesini. Kalau ada typo korang ignore jer ya sbb laptop giler suka2 auto correct kan ayat ni #matakeatas. Next part baru Kak Elly share tentang tempat2 yang menarik.


Kita mulakan dulu dengan gambar yang menarik...ahaks

Kenapa Kak Elly pilih Istanbul? of course sbb belum pernah pergi lagi...haha. Actually tahun ni kitaorang decide utk ker Greece. Kak dah survey segala sudut utk kesana. Separuh itinerary dah siap pun. Budak2 semua dah setuju. Tapi after discuss back dan fikirkan soal matawang dan banyak duit yang perlu disediakan buat Kak Elly dan En Win perlu fikir beberapa kali. Lepas tu decide utk ker London lagi tapi i tak setuju. Rugi habis duit tapi pergi tempat yang sama. Lama gak lah berbincang akhirnya kitaorang pilih Istanbul setelah survey segala sudut. Kalau survey tu mmg Kak Elly lah punya kerja. Harga Flight, accommodation, harga segala package semua Kak Elly check. Akhirnya decide utk jalan sendiri tanpa menggunakan package. Paling penting matawang diorang agak sama dengan kita.

Ada beberapa package yang Kak Elly survey harga dlm RM4000+ termasuk semua dan jadual percutian sangat2 padat rasa macam tak blh bernafas tapi puas hati semua tempat semua diorang cover. Ini bagi yang tenaga banyak dan rasa rugi kalau tak dapat cover bermacam2 tempat.

Itu style Kak Elly dulu bercuti. Selagi tak pergi tempat yang best dan tak cover semua tempat i rasa satu kerugian.. Biar penat asal kan merasa. Tapi sekarang no more. Bercuti utk relax2 jer. Jalan2 sambil menikmati permandangan, tak rushing, blh bangun sesuka hati, blh tukar plan last minit, rasa tak nak pergi lantak situ lah...gitu. 

Bulan 3 Matta Fair Kak Elly dah beli flight ticket. RM2,850 seorang naik Emirates Airline. Lain2 airline agak mahal. Disebabkan nak murah transit mmg lama lah di Dubai. 6 jam mcm nak kematu bontot kitaorang. Takpe lah janji murah. Kak Elly beli dgn travel agent Holiday Tours. Kenapa beli waktu Matta Fair sbb nanti korang akan dapat mcm2 voucher. Waktu beli ticket ni diorang bg voucher tesco RM400. Kalau beli online tak dapat tu...haha. Ok settle urusan flight...next accommodation


Ini benda paling2 penting korang kena survey. Kak Elly ambik masa berhari2 membaca komen2 orang tentang penginapan. Kali ni book airbnb. Deal terus dengan owner. Ada dua bilik, 2 queen size bed, 1 toilet, Hall pun ada sofa bed, Meja makan tak ada tapi pepandai lah makan kat hall tu. Tak payah lah hidang2 sangat lah kan. Ambik jer lah nasi dan lauk letak kat pinggan makan...gitu

Apartment diorang agak kecik lah tak macam kat KL. Paling penting location kena strategic. Berdekatan dengan Metro (train), ada dapur, washing machine, bilik yang selesa, ada tempat sidai baju dan berdekatan dengan pasar...hahaha

Pastikan banyak survey. Kelemahan apartment ni tak ada lif. Jadi berangkut barang waktu nak sampai tu mmg separuh mati lah. Tangga berpusing2 tu dan kecik. Lain semua best lah. Cuma agak penat sikit jalan disini agak berbukit. Nak sampai kat station sesak gak lah nafas



Ini metro station kawasan tempat Kak Elly tinggal. Senang nak kemana2. Cuma Kak Elly perasan orang kat sini kurang friendly. Tak berapa pandai berbahasa english. Metro train ni tak ada kaunter untuk pertanyaan. Mula2 sampai kehulur kehilir kitaorang mintak pertolongan tapi agak sukar untuk dapatkan bantuan. Pastikan beli Istanbul Card di Station ni. Beli satu cukup. Top up jer bila habis. Istanbul card ni boleh pakai utk Metro, tram dan bas. Pandai2 la korang picit2 nanti machine tu. Tanya polis kat sana pun diorang tak bantu. Makesure korang dah survey awal2 tempat nak pergi jadi mintak lah bantuan sampai berjaya station apa yang kena turun...haha. Part 2 nanti Kak Elly share jugak ya. Sian korang, biarlah i bersusah payah. Korang tak perlu susah ikut jer nanti.




Ini apartment Kak Elly duduk selama 9 hari. Semalam dalam RM270.00. Tak tau korang nak search macam mana kat airbnb. Ni pun Kak Elly survey kat airbnb berhari2 dan terjumpa. Email dia info@chorahomes.com contact no: +905326704222. Korang gi lah tanya sendiri ya. Selesa utk duduk 5 orang. Kalau lebih rasanya tak sesuai.

Owner dia nama Ms Hetic. Sangat2 baik dan very2 helpful. Korang tanya apa sahaja dia akan bantu. Airport transfer semua dia blh arrange kan utk korang. Kak Elly selalu mengadu nasib dengan dia pasal tak tahu jalan. Dia akan dengan segera mendapatkan bantuan. Sgt2 rekemen tempat ni.


Bagi yang nak bercuti tapi nak jimatkan duit bawak rempah2 nak masak dari Malaysia. Kak Elly mmg semua benda bertulis dan tersusun. Kak Elly dah siap jadual makanan utk masak. Jadi tahu apa yang perlu dibawa. Bawang2 dan bahan mentah blh jer beli di Istanbul nanti. Harga sama jer macam kat sini. Beras bawak sbb diorang punya beras tak sama dengan kita punya.

Listkan juga bahan2 makanan apa nak beli di supermarket di Istanbul nanti. Ikut list tu supaya tidak ada pembaziran...hahaha.

Baju pun tak bawak banyak.  Kalau dulu bercuti berbag2 sbb nak ootd ni. Ni anak semua perempuan tukar2 jer pakai. Baju tidur pun bawak dua jer, jeans 2 sbb senang blh basuh dan pakai ulang2. Itu yang selesanya duk apartment.



Ini lah rupa makanan org Turkish selain kebab. Mmg anak2 Kak Elly tak makan lah. Diorang bukan suka mencuba sbb tu lah segala blender, periuk nasi i angkut. Biarlah org kata holiday nak berehat tak perlu masak2 makan jer kat luar. Itu korang i bukan macam tu. Naluri ibu tak sampai hati anak2 kelaparan...hahah. Bayangkan sekali makan RM100 utk sekeluarga. Kalau 3 kali dah RM300 x 9 hari. Baik masak2 kan. Duit tu blh i beli carpet...hahaha. Terpulang cara percutian masing2. Kak Elly ok jer masak tak susah pun. Of course ada jer makan2 kat luar tapi balik tetap lah masak. Pagi2 bangun dah mask 2 lauk. Sebelum keluar kitaorang makan dulu. Lunch kat luar. Kadang2 tak lunch pun budak2 suka coffee2 jer kat luar dan makan dessert. Malam makan balik lauk sama cuma kalau nak tambahan lauk goreng jer lah apa yang patut.

ok nanti sambung lagi. Kalau ada soalan korang komen jer nanti Kak Elly share sbb takut ada yang tertinggal. Next kita cite lain pulak ya...