Nuffnang Advertisement

Wednesday, November 6, 2019

Kesian anak2


Biasa lah jiwa perempuan ni especially seorang ibu. Cepat rasa bersalah dan kesian kat anak2. Bila terdetik jer perasaan ni mula lah rasa kenapa pilih bisnes sebagai kerjaya. Bisnes ni waktu bekerja tak mengira masa. Siang malam otak bekerja. Tapi bila duduk dan berfikir balik bisnes ni lah merubah kehidupan Kak Elly. Jadi seorang yang berdikari, kental dan terlalu banyak pengalaman yang boleh dikutip. Kak Elly dan husband dua2 berniaga jadi masing kena support each others. Ada masa kita terlalu down yang sangat teruk dan waktu ni lah memerlukan husband dan anak2 berada disisi dan mintak diorang fahami situasi yang perlu ditanggung. Begitu lah jga husband. Kadang2 duk kedai coffee bercerita bisnes masing2. Jadi letih dan penat tak habis2 tentang dunia perniagaan.

Tetapi ada juga keindahan berniaga ni. Waktu bisnes untung besar dapat berkongsi rezeki dengan keluarga especially anak2. Dapatlah merubah sedikit kehidupan dari susah ke senang. Itu mmg tidak dinafikan. Cuma bila nak kearah kejayaan tu mmg banyak lah cabaran yang perlu dihadapi. 



Last 2 week anak2 exam. Waktu exam ni pulak Kak Elly terlalu busy. Selalunya bila anak2 exam Kak Elly akan duduk sama2 dgn diorang untuk buat latihan. Tengok latihan mana yang belum buat lagi. Berborak dan discuss dengan guru tuisyen mana yang diorang lemah. Tapi kali ni mmg tak dapat diorang kena berdikari sbb agak busy. Itu yang terus hati jadi hancur dan sedih.

En Win cakap Kak Elly terlalu over. Budak2 dah besar pandai lah diorang berdikari. Tahu lah diorang apa nak buat dan study nanti. Ya ker macam tu...i cannot u know.



Kak Elly dan Kak Peej sibuk kongsi ilmu dengan usahawan2 tentang online agar2 sama maju dalam perniagaan. Ini ada sedikit nasihat untuk usahawan2 semua. Bila kita keluar untuk belajar dan mencari ilmu  apabila masuk sahaja di pintu kelas buang lah segala ego, rasa bangga diri, rasa aku terbaik, aku lah hebat, aku lah berjaya. Buang segala negative dan tinggalkan semua ini diluar pintu kelas dan tutup rapat2. Masuk lah ke kelas seperti seorang yang tidak tahu apa2 agar kawan2 dikelilingi rasa selesa bersama kita. Tiada siapa bijak atau pandai didalam mencari ilmu kerana tujuan kita sama untuk belajar.



Habis kelas...weekend bantu En Win dekat booth. Selalu dia datang support Kak Elly sekarang masa untuk Kak Elly support dia pulak. Masing2 tahu tugas masing2 untuk bantu each others walaupun hakikatnya hati dan otak berada dirumah ingatkan anak2.


Selesai exhibition ada sharing bersama usahawan. Sharing tentang bagaimana susah senang nya untuk bangun dan bertapak dalam industri ni. Bagaimana kita perlu kental untuk menghadapi segala yang berlaku.

Kak Elly suka tengok orang berniaga. Tengok orang berjaya. Tak pernah ada perasaan dengki dan benci dekat sesiapa pun. Kita sama doakan yang terbaik untuk semua usahawan.

No comments: