Nuffnang Advertisement

Friday, November 29, 2019

CUTI SEKOLAH


Bila cuti sekolah dah bermula rutin semakin busy lah. Pagi & petang akan masak. Paling anak2 ternanti of course lah holiday kan. Mmg ini lah janji kitaorang setiap tahun untuk bawa berjalan. Kalau dulu akan bercuti 2 kali setahun. Tapi kali ni setahun sekali jer sebab En Win bising kata kerja melambak tak blh cuti selalu #matakeatas.

Dah pesan awal2 kat anak2 tahun depan tak bercuti ya sbb Yaya SPM dan Adik PT3. Mungkin lepas SPM akan jalan dekat2 dalam Malaysia jer...hahaha. Confirm tahun depan duit banyak habis sbb home tuisyen semua. Jadi duit saving bercuti akan dihabiskan untuk pelajaran lah. Tapi mana lah tahu ada rezeki lebih tahun depan baru kita fikirkan.

Seperti biasa segala percutian ni Kak Elly yang akan uruskan. Dari A-Z mmg semua kat bahu ni. En Win cuma tahu bagi apa yang patut. Tak payah lah nak stress2 suami tak masuk campur. Hakikatnya kalau dia masuk campur buat Kak Elly lagi stress ya. Jadi i sanggup uruskan sendiri. Flight ticket, Itinerary, Accomodation, Budget duit, pakaian, makanan semua dah disediakan dalam satu file. Permintaan dia cuma tak nak direct flight jer. Lain semua suami dan anak2 akan ikut plan yang Kak Elly buat.

Ni pun sebelum cuti segala kelengkapan sekolah anak2 dah beli. Takut terbelanja lebih nanti waktu shopping habis pulak duit. Bukan blh percaya sangat nafsu shopping Kak Elly ni...hahaha. Tuisyen anak2 semua Kak Elly dah uruskan. Balik jer holiday mmg kena bersedia lah untuk belajar. Semua Kak Elly dah susun. Senang tak lah last minute baru nak fikir semua benda. Kak Elly mmg jenis akan fikir awal2 apa yang patut nak buat dan sediakan. Jadi dah tahu waktu bila nak guna duit banyak dan waktu bila blh relax.

Dalam berumah tangga ni nak tak nak kena ada ketua yang uruskan segala benda. En Win ni benda2 remeh temeh ni dia tak nak fikir pepandai lah u buat. Jaga anak dan bawak kesana sini tu mmg serahkan kat dia. Segala urusan tuisyen, bil2, lauk2 ni u fikirlah ma. Tak cukup cakap...gitu. Kak Elly jenis yang semua benda kena ambik tahu...hahaha jadi mmg elok lah i jadi ketua rumah uruskan benda. Selagi tak selesai i akan stress ya.

Sebab tu anak2 rapat dengan bapak dia. Mama dia busy macam Perdana Menteri Africa. Ligat jer fikir itu ini. Bila penat berani lah budak2 tu nak tanya itu ini...hahaha. Weekend jer hati mama lembut sikit blh borak2 dan keluar jalan2. Weekdays semua mama dah aturkan apa yang perlu buat dan kerja. Kena lah tegas sbb En Win lembut sgt ngan anak2. Tu sbb diaorang suka tu kalau mama kerja luar...hahaha. Tapi garang2 Kak Elly tetap tak sampai hati bila anak2 bodek terus hati cair. I sporting jer tapi eksyen jer buat2 garang.

Doakan lah semoga semua baik2 jer lah kan. Semoga dipermudahkan segala urusan nanti.


Wednesday, November 6, 2019

Kesian anak2


Biasa lah jiwa perempuan ni especially seorang ibu. Cepat rasa bersalah dan kesian kat anak2. Bila terdetik jer perasaan ni mula lah rasa kenapa pilih bisnes sebagai kerjaya. Bisnes ni waktu bekerja tak mengira masa. Siang malam otak bekerja. Tapi bila duduk dan berfikir balik bisnes ni lah merubah kehidupan Kak Elly. Jadi seorang yang berdikari, kental dan terlalu banyak pengalaman yang boleh dikutip. Kak Elly dan husband dua2 berniaga jadi masing kena support each others. Ada masa kita terlalu down yang sangat teruk dan waktu ni lah memerlukan husband dan anak2 berada disisi dan mintak diorang fahami situasi yang perlu ditanggung. Begitu lah jga husband. Kadang2 duk kedai coffee bercerita bisnes masing2. Jadi letih dan penat tak habis2 tentang dunia perniagaan.

Tetapi ada juga keindahan berniaga ni. Waktu bisnes untung besar dapat berkongsi rezeki dengan keluarga especially anak2. Dapatlah merubah sedikit kehidupan dari susah ke senang. Itu mmg tidak dinafikan. Cuma bila nak kearah kejayaan tu mmg banyak lah cabaran yang perlu dihadapi. 



Last 2 week anak2 exam. Waktu exam ni pulak Kak Elly terlalu busy. Selalunya bila anak2 exam Kak Elly akan duduk sama2 dgn diorang untuk buat latihan. Tengok latihan mana yang belum buat lagi. Berborak dan discuss dengan guru tuisyen mana yang diorang lemah. Tapi kali ni mmg tak dapat diorang kena berdikari sbb agak busy. Itu yang terus hati jadi hancur dan sedih.

En Win cakap Kak Elly terlalu over. Budak2 dah besar pandai lah diorang berdikari. Tahu lah diorang apa nak buat dan study nanti. Ya ker macam tu...i cannot u know.



Kak Elly dan Kak Peej sibuk kongsi ilmu dengan usahawan2 tentang online agar2 sama maju dalam perniagaan. Ini ada sedikit nasihat untuk usahawan2 semua. Bila kita keluar untuk belajar dan mencari ilmu  apabila masuk sahaja di pintu kelas buang lah segala ego, rasa bangga diri, rasa aku terbaik, aku lah hebat, aku lah berjaya. Buang segala negative dan tinggalkan semua ini diluar pintu kelas dan tutup rapat2. Masuk lah ke kelas seperti seorang yang tidak tahu apa2 agar kawan2 dikelilingi rasa selesa bersama kita. Tiada siapa bijak atau pandai didalam mencari ilmu kerana tujuan kita sama untuk belajar.



Habis kelas...weekend bantu En Win dekat booth. Selalu dia datang support Kak Elly sekarang masa untuk Kak Elly support dia pulak. Masing2 tahu tugas masing2 untuk bantu each others walaupun hakikatnya hati dan otak berada dirumah ingatkan anak2.


Selesai exhibition ada sharing bersama usahawan. Sharing tentang bagaimana susah senang nya untuk bangun dan bertapak dalam industri ni. Bagaimana kita perlu kental untuk menghadapi segala yang berlaku.

Kak Elly suka tengok orang berniaga. Tengok orang berjaya. Tak pernah ada perasaan dengki dan benci dekat sesiapa pun. Kita sama doakan yang terbaik untuk semua usahawan.