Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 2, 2019

Pelbagai Dugaan


Terasa pulak nak menulis hari ni. Ingat2 lupa cara nak upload gambar..haha. Blogging adalah dunia Kak Elly. Disini lah Kak Elly dikenali dan disinilah Kak Elly luahkan segala cerita dan celoteh2 tentang kehidupan seharian. Tapi tu lah sejak dah ada IG dan FB ni kebanyakan gambar dan cerita prefer share disitu jer.

Dalam masa 6 bulan pelbagai dugaan dan benda yang berlaku dalam hidup bertukar sekelip mata. Benda yang tak pernah terduga terjadi dalam hidup begitu cepat.

Bermula dengan penarikan diri Filla dari Fame Cosmetics memberi tamparan hebat buat aku dengan Peej. Tapi kitaorang terpaksa redha dan terima keputusan Filla dengan hati yang terbuka. Banyak DM yang kami terima yang sayangkan kami bertiga tapi korang juga kena faham situasi kami dan masing2 mempunyai perjalanan dan kehidupan masing2. Cakap2 belakang dari terlalu banyak. Pelbagai andaian tentang kami. Rasanya tak perlu untuk kitaorang jelaskan mengapa dan kenapa. Insyaallah Kak Elly dan Peej akan meneruskan perniagaan ini.

Alhamdullilah...branding Fame Cosmetics agak kuat dan berjalan seperti biasa dan banyak juga permintaan dari company2 luar untuk bekerjasama dengan Fame Cosmetics.  Tahun ni mmg target untuk focus offline dan insyaallah kita nak cuba utk export juga. 

Jadi takut nak cerita lebih tentang company sbb kita tak tahu niat orang diluar. Persaing terlalu ramai jadi kami ambik pendekatan untuk tidak terlalu kedepan dan bercerita tentang perniagaan buat masa ini. Biar lah ia bergerak secara perlahan dan rezeki yang dapat blh dikongsi bersama.



Let's cerita pasal sis pulak. Dulu waktu mula2 nampak Peej pakai tudung Kak Elly siap cakap 'Aku tak rasa akan pakai tudung lah Peej' Uishh...bila ingat balik giler berani aku cakap macam tu.

Allah Maha Berkuasa, Maha merubah sesuatu itu sekelip mata sahaja. Ingat lagi bulan puasa selesai solat hajat tiba2 ada satu perasaan sayu yang datang. Perasaan yang mengingatkan dosa2 yang kita lakukan macam filem pulak dia tunjuk kan satu2 kesalahan yang pernah Kak Elly lakukan. Serious sangat2 takut dan sampai bengkak2 mata menangis. Keesokan harinya Kak Elly dah sematkan dalam hati untuk berubah.

Orang yang pertama Kak Elly bagitau of course lah husband. Agak terkejut tapi dia terima dengan positive. Slowly beli tudung dan cari baju2 menutup aurat. Alhamdullilah...Raya Haji hari pertama Kak Elly berhijab. 

Kenapa Kak Elly letak gambar kat atas tu sbb ada tangan En Win tengah betulkan tudung Kak Elly dan waktu tu rasa sangat2 sweet. Gambar tu hari kedua Kak Elly memakai tudung.



Next chapter....Kak Elly dan Peej jadi tenaga pengajar. Why??? tiba2 jadi tenaga pengajar pulak kan. Lain sungguh bidang dalam perniagaan. Of course lah ada sebab kan.

Last year Kak Elly ada pergi kursus anjuran Mara. Dari situ kitaorang perhatikan ramai juga usahawan2 yang kurang pakar dalam dunia online. Perniagaan bagus tapi kurang pendedahan cara yang betul dan dunia online dan kitaorang faham tak semua orang ada duit untuk belajar. Jadi Kak Elly dan Peej kedepan sama2 bantu usahawan2 kita. Dengan pengalaman yang ada Kak Elly dan Kak Peej akan share sebaik yang boleh agar sama2 berjaya didalam perniagaan.



1st class. Seramai 30 orang usahawan. Uishh...berdebar sangat. Tapi Kak Elly dan Peej berjaya selesaikan tugas dengan cemerlang. Alhamdullilah...ilmu dikongsi bersama.



Setelah penat otak dan tenaga selama beberapa bulan ni. Kak Elly dan team ambik keputusan untuk bercuti dan first percutian Kak Elly memakai tudung. Agak mencabar tetapi sis berjaya istiqamah...hahaha

Percutian yang sangat2 fun dan lupa sekejap dunia perniagaan. Tergelak non stop dan rasanya dah lama tak tidur pukul 4 pagi setiap hari. Tergelak sampai perut keras tu sbb asyik membahan sesama sendiri. Jangan lah buat kesilapan mmg korang akan dikutuk bertubi2. Nanti kalau free buat entry pasal percutian yek.

Now dah back to reality dan kembali bekerja. Doakan Kak Elly rajin menulis ya....




No comments: