Nuffnang Advertisement

Thursday, May 16, 2019

Budak Tik Tok

Uish...giler lama tak menulis. Bersawang blog sis. Blog ni pun terkejut tiba2 tuan dia datang menaip. Kak Elly bukan lah nak membawang bulan ramadhan ni. Terasa nak meluahkan apa yang Kak Elly rasa dan apa yang menganggu fikiran Kak Elly 2-3 hari ni.

Ini semua pasal kes Aliff Aziz ngan seorang budak 16 tahun tu. Terus lah stalk ig budak dengan Aliff  tu (makcik bawang juga kan) tapi sekadar tengok jer lah. Kak Elly bukan jenis yang suka tinggalkan komen sana sini. So far mmg tak pernah lah nak tgk ig2 remaja ni. Tgk ig anak2 jer lah dan pantau kegiatan mereka. Ig kawan2 anak pun Kak Elly tak pernah pun nak terjah. Bila tengok jer ig scandal Aliff tu terus jantung Kak Elly sakit.

Takutnya wei. Lepas tu terus tgk ig kawan2 dia pulak. Betambah sakit jantung. Lepas tu tgk tik tok yang diorang buat terus Kak Elly berdoa tanpa henti2...hahaha. Tak berani nak cerita panjang atau share benda2 yang diorang buat sbb Kak Elly ada anak perempuan. Kang sibuk jaga hal anak orang padahal anak sendiri kita tak tahu apa jadi. Kak Elly ada 2 ada yang nak meningkat remaja. Bila tgk benda2 mcm ni terus nasihat diorang. Tunjuk kan diorang benda2 yang tak elok dan kesan yang terjadi bila kita upload sesuatu benda tu sesuka hati. Jangan malu kan mama dan papa.

Tgk tik tok budak2 tu sekadar ingatan dan beri kesedaran. Kita sama2 lah doa supaya budak2 tu tersedar. Tgh remaja ni mmg ingat nak seronok jer lah. mak bapak marah belakang cerita janji seronok kan. Nasib zaman Kak Elly tak ada tik tok, ig dan FB ni semua. Entah2 Kak Elly pun buat...hahaha. 

Terus teringat zaman dulu. Tak dinafikan Kak Elly mmg nakal. Gi disco, pakai seksi, lepak ngan kawan2 sampai tgh malam. Tapi tak ada lah tahap sampai ambik ganja atau dadah. Abah ngan mak bagi kebebasan tapi Kak Elly sendiri tahu limit jahat tu sampai blh tahap mana jer. Abah dah pesan awal2 jgn sampak 'kau conteng arang kat muka abah' itu yang Kak Elly pegang sampai bila2.

Zaman dah berubah. Sekarang semua benda kita kena tunjuk dan pamerkan. Sampai dah tak ada privacy kat diri sendiri. Sama lah zaman blog dulu. Sanggup bawak camera sana sini semata2 nak share makan kat kedai mamak...hahaha. Ada baik dan buruknya. Kita sendiri kena tahu dan menilai tujuan apa kita nak share sesuatu benda. Jangan lah sampai benda2 atas katil nak tunjuk tu dah tahap parah tu. 

Budak2 ni walaupun remaja tapi diorang tak matang lagi. Tahu nak seronok dan tunjuk kat kawan2 diri tu cool dan happening. Nak salah kan ibu bapa pun tak boleh gak. Buat nya parents yang tak tahu apa itu ig dan fb macam mana nak pantau kan. Susah nak cakap benda2 ni. Ada juga ibu bapa tahu pasal media sosial tapi manalah diorang tahu yang anak mereka create nama2 yang pelik kat ig mmg tak akan jumpa lah kan. Cuma apa yang ibu bapa boleh buat pantau dengan siapa anak kita berkawan. Warning siap2 apa yang boleh dan apa yang tak boleh. Ambik tahu jugak nama kawan2 anak dan no telefon diorang. Jangan lepas macam tu sahaja. Takut lah sekarang ni macam2 boleh terjadi.

Sama2 lah berdoa supaya anak2 kita dijauhi perkara2 yang tak baik. Dikelilingi kawan2 yang baik dan diberikan kejayaan dunia dan akhirat.