Nuffnang Advertisement

Tuesday, March 12, 2019

Perubahan


Tahun ni rasanya banyak betul perubahan kat diri. Bukan main 3 kali seminggu ada rutin sihat kan diri. Alhamdullilah sejak gi Gym dari bulan 9 tahun lepas sis masih aktif sampai sekarang. Kalau dulu hangat2 taik ayam kalau pergi pun sekadar nak bergambar jer...hahaha tapi sekarang lebih menjaga kesihatan. Kalau dulu lantak situ lah nak makan apa pun tapi sekarang sikit berjaga. Dah semakin berusia ni kena jaga2 takut banyak penyakit nanti. Terasa hebat sangat tu. Tapi serious lah kalau stress tempat kerja dapat buat gym sejam terus rasa lega walaupun rasa nak mati waktu buat tu. 

Paling ketara birthday tahun ni. Kalau dulu berdebar nak sambut birthday. Asyik ingatkan husband dan kawan2, makesure kena bawak makan tempat best2, makesure ada hadiah tapi tahun ni macam tak berapa excited. Cukup sekadar family dan kawan2 ingat. Bergaduh2 tak bagi Filla ngan Peej beli kan hadiah. Prefer makan2 dengan staff tersayang jer. Tu lah makin berusia makin banyak perubahan yang Kak Elly rasa.

Anak2 dah semakin membesar. Mula berfikiran jauh tentang pelajaran anak2. Mana nak hantar diorang nanti. Simpanan cukup ker tidak...uishh macam2 dalam fikiran ni.

Kehidupan kurang ceria macam dulu. Makin banyak benda yang difikirkan. Business, keluarga, anak2, staff dan mcm2 lagi lah. Nasihat Kak Elly siapa nak masuk bidang perniagaan ni sebagai satu kerjaya fikir masak2 ya. Korang akan kurang rehat dan otak kena ligat berfikir. Tipu lah kalau cakap tak penat. Kadang2 boleh murung....haha

Kadang2 rindu nak jumpa kawan2 sekolah. Rindu nak gelak sampai terjatuh tu. Tapi nasib baik kat office ni staff semua kelakar. Ceria gak lah hidup sis...haha. Kerja kat sini kena banyak bertabah sbb masing2 mulut puaka. Membahan orang jer kerjanya. Tapi paling sedih percutian dgn keluarga pun masih belum dapat decide lagi #sedihbetul

Tak sangka bidang perniagaan ni penat dia lebih teruk dari kerja biasa. Badan dan otak kau terlalu penat. Macam2 nak kena fikir. Ingat dulu jual barang kalau laku terus kaya macam Dato Vida...hahaha. Rupanya mcm2 benda kena buat. Paling letih bila kau ada staff yang kau kena fikir gaji utk diorang. Jadi mmg 24 hours kena fikir macam mana nak luaskan rezeki ni supaya kongsi bersama. Office rental, income tax, api, air, marketing, kwsp, insurance tu semua kena pastikan cukup setiap bulan. Kena fikir macam mana nak capai target. Kalau tak capai macam mana nak keluarkan produk baru. Tu yang kalau tengah bulan target masih belum capai terus rasa down, kena push macam2 benda supaya duit boleh masuk.

Sebab tu korang tgk Dato Aliff tu walaupun dia dah kaya tapi tetap buat marketing sana sini. nak maintain kan business ni mmg susah.  Macam Fame sendiri branding kitaorang dah agak kuat tapi nak maintain tu kena fikir itu ini. 

Korang bayangkan sekarang kita ada agent, stokist, dropship,  Physical Store di Sogo, MyTown, Farenheit88, Berjaya Times Square, Paradigm Johor, IOI Mall, I City, Shaftsbury Cyberjaya yang perlu dijaga. Duit masuk dan keluar macam air gak tu. Kena betul2 handle. Korang bayangkan kan kitaorang mmg zero dalam bidang perniagaan jadi kena bekerja keras utk belajar itu ini. Berniaga ni mmg perlukan kan guru. Tak cukup belajar dari pengalaman sahaja. Bila tulis ni terus mata kuyu...hahaha

Tak nak tulis lah sis kembali stress...hahaha. Padahal nak cite pasal perubahan tetiba pasal kerja pulak #muntahhijau