Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 22, 2019

Permulaan yang baik untuk 2019


Simpan sini utk kenangan. Dulu tak pernah terfikir pun dapat bersua atau bercakap dengan Menteri. Paling serenok bila Menteri support dan pakai produk Fame Cosmetics. 



Filla yg mula2 jumpa YB Datuk Seri Rina, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Masa tu Fame Cosmetics join event Mara di Melaka. Aku dengan Peej ada urusan lain jadi mmg tak dapat nak join event tu. Waktu YB buat lawatan ke booth Fame sempat lah Filla menerangkan mengenai produk Fame dan kiosk2 Fame Cosmetics. Tak sangka waktu Filla explain tu ada beberapa warna yang YB sangat2 berminat.

Keesokan harinya staff terima whatsapp dari YB sendiri untuk order lip cream Fame Cosmetics. OMG...bayangkan YB order sendiri. Banyak pulak tu terus otak macam tak berfungsi sekejap....haha. Nak bg free takut salah pulak sbb kerajaan banyak procedure yang korang tak bolah bagi barang sesuka hati ya. Jadi charge lah macam biasa...haha. Lepas urusan order selesai, Kak Elly berani kan diri whatsapp YB personally. Perkenalkan diri dan ucapkan terima kasih kerana support barangan Fame. Berdebar2 tunggu YB balas. Takut juga sbb kadang2 mcm2 protokol kena lalui. Sekali lagi rasa otak tak berfungsi sbb YB balas whatsapp Kak Elly. Meloncat wei terus share dgn staff...haha.

Selang beberapa minggu waktu tgh buat kerja kat office tetiba ada whatsapp masuk. Uish biar betul YB whatsapp. Tak berkedip mata tgk nama tu. Berani kan diri baca whatsapp. YB tgh cari kiosk Fame di Sogo sbb nak beli produk Fame. Rasa nak pecut jer gi Sogo waktu tu. Tapi mmg tak sempat lah. Cepat2 call staff sogo suruh stand by. Selepas selesai pembelian YB whatsapp hantar gambar kiosk dan siap puji staff Fame dan ada juga beberapa feedback tentang produk yg YB berikan. Insyaallah YB team kami akan buat yang terbaik.   




Ahad lepas Mara ada buat seminar untuk Usahawan Belia 2019. Aku dan Peej dijemput untuk datang. Tahun lepas kitaorang berusaha habis2an untuk menyediakan paperwork yang terbaik untuk diberikan kepada Mara dan cuba terangkan hala tuju kami dalam masa 5 tahun akan datang. Jadi mmg ramai orang Mara yang kami jumpa. 

Gambar sebelah paling kanan tu YM Raja Sarimah, Pengarah Mara WP. Kitaorang kena buat presentation dgn dia lah. Perghh garang giler ya. Bukan sahaja kena berdepan dengan YM Raja tapi kitaorang juga kena berdepan dengan hampir 10 orang Pegawai Daerah. Tapi aku ngan Peej beranikan diri menjawab segala pertanyaan tentang paperwork kami. Alhamdullilah kitaorang berjaya dgn cemerlang sessi presentation dan soal jawab tu.

Mereka percaya dengan kertas kerja yg kita buat dan insyaallah tahun ni akan bermula projek secara offline dan paling tak sabar nantikan produk2 terbaru Fame Cosmetics. Insyaallah kitaorang akan kembali aktif seperti tahun sebelum2nya. Untuk stokis dan agent banyak perancangan untuk korang semua. Tahun ni kita sama2 tambahkan rezeki masing2 dgn memberi pelbagai reward, training dan paling best system yang baru akan kita jalankan.

Kak Elly dan team mengalu2kan Stokis dan agent yang baru utk join team kami. Insyaallah Kak Elly akan pilih 15 orang utk Kak Elly guide selama setahun dan ajar cara berniaga yang betul. Tapi makesure korang kena bagi full commitment. Email Kak Elly ellyirfan@gmail.com untuk yang betul2 berminat ya dan terangkan kenapa korang nak join team ni.  



Sambung balik cite pasal YB, Masa jumpa YB ahad lepas dapatlah borak2 sikit dan bg small appreciation token tanda terima kasih kami. Tapi paling best YB siap tunjuk bibir lepas tu cakap 'ni lip cream Fame'. Wow....sis terlalu bangga ya..haha. Semoga tahun ni Fame Cosmetics akan bertambah maju. Insyaallah kami janji berikan terbaik dan keluarkan lebih banyak produk lagi. 




No comments: