Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 22, 2019

Permulaan yang baik untuk 2019


Simpan sini utk kenangan. Dulu tak pernah terfikir pun dapat bersua atau bercakap dengan Menteri. Paling serenok bila Menteri support dan pakai produk Fame Cosmetics. 



Filla yg mula2 jumpa YB Datuk Seri Rina, Menteri Pembangunan Luar Bandar. Masa tu Fame Cosmetics join event Mara di Melaka. Aku dengan Peej ada urusan lain jadi mmg tak dapat nak join event tu. Waktu YB buat lawatan ke booth Fame sempat lah Filla menerangkan mengenai produk Fame dan kiosk2 Fame Cosmetics. Tak sangka waktu Filla explain tu ada beberapa warna yang YB sangat2 berminat.

Keesokan harinya staff terima whatsapp dari YB sendiri untuk order lip cream Fame Cosmetics. OMG...bayangkan YB order sendiri. Banyak pulak tu terus otak macam tak berfungsi sekejap....haha. Nak bg free takut salah pulak sbb kerajaan banyak procedure yang korang tak bolah bagi barang sesuka hati ya. Jadi charge lah macam biasa...haha. Lepas urusan order selesai, Kak Elly berani kan diri whatsapp YB personally. Perkenalkan diri dan ucapkan terima kasih kerana support barangan Fame. Berdebar2 tunggu YB balas. Takut juga sbb kadang2 mcm2 protokol kena lalui. Sekali lagi rasa otak tak berfungsi sbb YB balas whatsapp Kak Elly. Meloncat wei terus share dgn staff...haha.

Selang beberapa minggu waktu tgh buat kerja kat office tetiba ada whatsapp masuk. Uish biar betul YB whatsapp. Tak berkedip mata tgk nama tu. Berani kan diri baca whatsapp. YB tgh cari kiosk Fame di Sogo sbb nak beli produk Fame. Rasa nak pecut jer gi Sogo waktu tu. Tapi mmg tak sempat lah. Cepat2 call staff sogo suruh stand by. Selepas selesai pembelian YB whatsapp hantar gambar kiosk dan siap puji staff Fame dan ada juga beberapa feedback tentang produk yg YB berikan. Insyaallah YB team kami akan buat yang terbaik.   




Ahad lepas Mara ada buat seminar untuk Usahawan Belia 2019. Aku dan Peej dijemput untuk datang. Tahun lepas kitaorang berusaha habis2an untuk menyediakan paperwork yang terbaik untuk diberikan kepada Mara dan cuba terangkan hala tuju kami dalam masa 5 tahun akan datang. Jadi mmg ramai orang Mara yang kami jumpa. 

Gambar sebelah paling kanan tu YM Raja Sarimah, Pengarah Mara WP. Kitaorang kena buat presentation dgn dia lah. Perghh garang giler ya. Bukan sahaja kena berdepan dengan YM Raja tapi kitaorang juga kena berdepan dengan hampir 10 orang Pegawai Daerah. Tapi aku ngan Peej beranikan diri menjawab segala pertanyaan tentang paperwork kami. Alhamdullilah kitaorang berjaya dgn cemerlang sessi presentation dan soal jawab tu.

Mereka percaya dengan kertas kerja yg kita buat dan insyaallah tahun ni akan bermula projek secara offline dan paling tak sabar nantikan produk2 terbaru Fame Cosmetics. Insyaallah kitaorang akan kembali aktif seperti tahun sebelum2nya. Untuk stokis dan agent banyak perancangan untuk korang semua. Tahun ni kita sama2 tambahkan rezeki masing2 dgn memberi pelbagai reward, training dan paling best system yang baru akan kita jalankan.

Kak Elly dan team mengalu2kan Stokis dan agent yang baru utk join team kami. Insyaallah Kak Elly akan pilih 15 orang utk Kak Elly guide selama setahun dan ajar cara berniaga yang betul. Tapi makesure korang kena bagi full commitment. Email Kak Elly ellyirfan@gmail.com untuk yang betul2 berminat ya dan terangkan kenapa korang nak join team ni.  



Sambung balik cite pasal YB, Masa jumpa YB ahad lepas dapatlah borak2 sikit dan bg small appreciation token tanda terima kasih kami. Tapi paling best YB siap tunjuk bibir lepas tu cakap 'ni lip cream Fame'. Wow....sis terlalu bangga ya..haha. Semoga tahun ni Fame Cosmetics akan bertambah maju. Insyaallah kami janji berikan terbaik dan keluarkan lebih banyak produk lagi. 




Friday, January 4, 2019

Happy New Year 2019


Selalunya awal tahun orang sibuk cite pasal resolution masing2. Rasanya tahun ni malas nak buat resolution. Tahun 2018 banyak gak tercapai tapi dalam masa yang sama blh garu kepala sbb duit banyak habis. Tu yang tahun ni kena simpan balik duit duduk diam2 kita bangkit balik  resolution tahun 2020...hahaha. 



2018 haritu resolution nak rumah ala2 Rizalman dapat sipi2 tu...hehehe. Keluarkan duit buat renovation dan beli perabot. Besar jugak lah renovation tu segala pintu semua tukar lepas tu pening tengok duit keluar macam air. Tapi bila tgk hasil terus puas hati. Actually banyak jer benda nak buat tapi tahan diri. Buat pelan2 lah. Mungkin akan berjaya sebijik macam rumah Rizalman pada tahun 2035...hahahaha.

Bilik air Kak Elly sekarang sangat menakutkan dah macam rumah tinggal. Sebelah letup cantik dan sebelah lagi simen jer. Lantak lah duit dah tak cukup nak buat. Konon2 nak letak jacuzzi tapi tak tahu lah bila agaknya. Dinding pun banyak kosong, frame pun akak tak mampu nak beli..haha

Hujung tahun haritu dah lah banyak pakai duit beli barangkan sekolah tetiba washing machine rosak. Bila waktu spin jer terhenti. Terpaksa pulak keluarkan dan perah sendiri. Elok jer dah hantar baiki ingat selamat lah boleh simpan duit. Eh...tetiba pulak atap bocor sbb paip pecah...uishh rasa nak meletup dada aku. Habis plaster ceiling hitam sebab bekas air bocor tu. Lantak lah situ tunggu duit terkumpul baru lah cat balik. Macam2 hal betul kan.

Tahun 2018 ingatkan nak bawak mak dan abah bercuti pun tak dapat lagi sebab diorang dah tak larat nak berjalan sangat. Insyaallah akan kita cuba bawak tahun ni.

Lagi satu 2018 berjaya berzumba. Sampai sekarang ni masih bertabah pergi jadi tak perlu ada resolution utk yang ini kita kekalkan sahaja lah. Turunkan berat badan pun berjaya tapi tak tahu sampai bila kekal lah...hahah

Berjaya juga capai impian tengok Yaya berjaya dalam PT3 dan Yaya jugak berjaya masuk kesekolah yang di idamkan. Rasanya banyak2 resolution 2018 ini lah kenangan yang tak boleh dilupakan. Kepuasan tu rasa sangat2 berbaloi. 

Impian target business 2018 banyak tak tercapai. Tapi hujung2 tahun 2018 banyak kenangan manis. Harap tahun 2019 target yg 2018 akan tercapai lah kan.





Ini pun salah satu resolution 2018 yang dapat dicapai. Penat cari duit utk realisasi impian ni. Sebijik handbag pun tak dapat beli sebab nak kumpul duit punya pasal. Tapi berbaloi dan sangat best lah sbb dapat bercuti dengan keluarga.

Tu yang tahun ni tak ada dah resolutian mengarut2 lagi. Simpan duit utk kembali kan kedudukan yang asal. Mungkin akan menjadi sedikit kedekut tahun ni. Baju raya akan sepasang sahaja (harap berjaya). Tiada percutian pertengahan tahun. Hanya hujung tahun sahaja. Itupun tgh mencari lagi tempat yang sesuai. Adalah 2-3 tempat dalam kepala. Depend on budget approval...haha.

Harapan 2019 semoga semua dipermudahkan. Dari segi business, keluarga, ibu bapa agar semuanya elok2 jer. Banyak tekanan 2018 dari segi business. Harap 2019 dapat menuju kejayaan. Tak nak letak target terlalu tinggi kita ikut apa yang dirancangkan dan semoga semuanya terlaksana lah. Mungkin akan mula business jual kain pulak tapi masih belum ada perancangan sebab masa mencemburui ku...haha

Sama2 doakan 2019 semua berjalan dengan lancar dan tercapai lah impian semua...aamin