Nuffnang Advertisement

Saturday, December 15, 2018

Yaya PT3

 Tulis disini sebagai kenangan. Bila mama tak ada nanti or dah tua Yaya still can read perjalanan hidup Yaya sewaktu PT3. Bukan tujuan riak tapi lebih kepada share cara Kak Elly mendidik anak2.

Dalam pelajaran Kak Elly memang tegas. Kak Elly akan berikan yang terbaik untuk anak2 dan selebihnya adalah atas usaha mereka sendiri. En Win jenis sempoi janji tak ada D dia akan ok. Lebih bertimbang rasa dengan anak2. Tapi Kak Elly bukan jenis macam tu. Nampak jer Kak Elly ni jenis manjakan anak2. Segala permintaan Kak Elly turuti tapi ttg pelajaran Kak Elly mmg agak tegas. Setiap kali result diorg mmg takut untuk berdepan dengan Kak Elly.

Disebabkan En Win tak nak masuk kan anak2 ke asrama jadi mmg jadual belajar Kak Elly kena susun. Bila kena tuisyen, bila blh pegang handphone dan bila kena buat latihan. Kak Elly akan sentiasa monitor setiap kali ujian dari situ Kak Elly akan tahu anak2 lemah dalam pelajaran apa. Rasanya semua tahu yang dulu Yaya sangat2 lemah dalam Bahasa Melayu dan Kak Elly akan pastikan Yaya dapat guru yang terbaik utk mengajar BM. Alhamdullilah sekarang Yaya boleh membuat karangan dengan begitu baik sekali.



Yaya ni kaki tidur sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Kerja dia membuta jer. Sakit jantung ya setiap kali tolak pintu bilik tgk dia berselubung. Mata pelajaran yang paling benci adalah Sains.

Jenis kau tak boleh jerit2 suh dia belajar. Kena cakap cara nasihat. Silap cakap langsung dia tak ada mood nak belajar. Selalu ayat yang Kak Elly gunakan.

'sikit jer lagi Yaya, insyaallah Yaya akan dapat good result nanti'
'Yaya belajar satu jam jer lepas nak tidur pun mama tak marah'
'Ni mama dah letak homework, Yaya free buat tau. Kalau habis nanti bagi mama tanda tau'

gitu...ayat2 memujuk. Padahal hati Kak Elly sakit tu tgk dia terbaring jer...hahaha. Disebabkan Kak Elly alwiz monitor ujian anak2  seawal tingkatan 1, jadi Kak Elly tahu subjek apa yang dia lemah. Anak2 Kak Elly ni dari dulu kalau hantar tuisyen centre mmg tak berapa jalan sangat sbb diorang jenis malu nak bertanya. Jadi no point hantar. Jadi mmg dari dulu ambik home tuisyen biar cikgu monitor sikit. Tapi bukan semua subjek. Kak Elly akan ambik subject yg dia betul2 lemah seperti BM dan maths. Bukan murah home tuisyen ni satu jam dalam RM50.00-RM55.00. Jadi kena pastikan duit yang korang keluarkan betul2 berbaloi. Agak2 markah dia tak memuaskan dan cikgu yang ajar anak kau tu kurang bagus tukar jer sampai korang dapat betul2 yang bagus. Tapi demi anak2 Kak Elly ushakan cari duit utk bg diorang the best.




Untuk subject yang lain Kak Elly akan belikan buku latihan dan pastikan diorang buat setiap weekend. Jadual Yaya sangat padat. Waktu sekolah 6am-3pm. Balik diorang akan tidur sampai pukul 6pm. Bangun buat homework tuisyen. Pukul 8 - 10pm tuisyen. Habis tuisyen akan sambung buat kerja sekolah. Kalau tak ada homework sekolah Kak Elly akan benarkan diorang main phone selama sejam. Tuisyen mmg setiap hari kecuali hari Rabu Kak Elly bagi cuti sebab ada Koko. Sekolah dari pagi sampai ptg. Kesian sgt tu kalau paksa tuisyen jugak.



Walaupun Kak Elly kurang pandai tapi tetap berusaha tanda buku latihan anak2 dengan meniru jawapan yang dikoyak terlebih awal...haha. Bila ada kesalahan Kak Elly mintak diorang refer balik dekat buku teks sbb nak terangkan mmg Kak Elly agak kurang pandai. Jadi sesama cara jawapan sampai jumpa.

Konsep Kak Elly macam ni tau. Korang kena sentiasa tanya dan pantau kat sekolah dah belajar sampai mana dan bab mana yang dah habis. Bab2 yang dah habis tu lah korang sediakan latihan. Bukan satu buku tapi 3 buku biar soalan tu berlainan. Jadi diorang akan ingat sikit. Kak Elly mmg garanglah. Bila tanda buku siap lah korang kalau salah banyak.


Ini Kak Elly sempat snap dekat IG stories Yaya. Dengar macam2 keluhan dia. Jadi bila nampak macam tu Kak Elly akan sentiasa support dan bagi dia kata semangat sikit.

Ujian pertengahan tahun result Yaya mmg kurang cemerlang. Waktu tu dia hanya dapat 4A, 2B, 2C, 1D. Uishh giler stress tgk result dia. Waktu tu banyak kan berborak dengan dia dah kitaorang cuba selesaikan masalah satu2 dan buat time table yang baru.

Yaya decide 3 bulan sebelum PT3 dia akan bangun 4.00 pagi dan akan belajar selama 1 1/2 jam. Tugas Kak Elly akan kejutkan dan sediakan buku apa yang dia perlu baca dan latihan apa yang Yaya perlu buat. Serious wei...sangat2 kesian tapi ini permintaan dia jadi biar dia yang buat dengan rela hati tanpa ada paksaan.



Kak Elly akan siap2 buka kan bab apa yang perlu dia baca dan tanda latihan mana dia perlu buat. Betul lah kata orang 'Usaha tangga kejayaan'..'tiada jalan yang mudah utk berjaya' melainkan anak2 korang mmg jenis dilahirkan genius. Itu kalau belajar apa pun akan terus pandai. Yaya ni jenis workhard tapi kurang smart. Dia lebih suka memilih jalan susah. Tapi Kak Elly biarkan jer lah dia nak belajar macam mana pun janji dia faham.



Macam ni lah keadaan rumah lagi 2 bulan nak exam. Pastikan dia dah habiskan kesemua bab dan Kak Elly dah mula print kertas2 soalan percubaan tahun2 yang lepas dari negeri2 yang berlainan. Selebihnya Kak Elly redha sbb Kak Elly tahu dia dah berusaha bukan dia saja tapi 'kami' sama2 berusaha....hahaha.

Ada jugak subjek2 yang Yaya masih lemah. Especially sains dan kemahiran hidup. Jadi kitaorang berdua mmg target 7A sbb maths Yaya kadang2 ok dan kadang2 tak ok. Kak Elly jenis dah tunjuk kan usaha dan dah belajar sebaik mungkin, I ok dan terima sahaja keputusan nanti.



Bila nak ambik keputusan pagi tu mmg tak ada rasa stress dan takut langsung sbb Kak Elly dah bersedia utk terima apa sahaja keputusan sbb Kak Elly tahu Yaya dah berusaha sebaik mungkin. Mungkin ada kesedihan sedikit sbb kesian dan Kak Elly tahu betapa berusaha nya Yaya utk berjaya.

Alhamdullilah...syukur Ya Allah hasil usaha Yaya dia perolehi kejayaan. Saat yang paling manis bila sama2 tgk keputusan dan berpelukan.

Yaya ambik keputusan utk cari sekolah yang ada aliran 'English Literature' sangat2 suka membaca dan menulis. Walaupun Kak Elly nak dia masuk aliran sains tapi rasanya Yaya lebih tahu apa yang dia suka. Sekarang Yaya tgh belajar IGCSE. Maknanya lagi 2 tahun dia ada 2 exam yang besar. Semoga semuanya dipermudahkan nanti. Of course mama adalah penyokong yang terbaik.

Congratulations Sayang....mama bangga dengan Yaya. Next adik turn utk mama kembali menjadi singa.


No comments: