Nuffnang Advertisement

Friday, December 21, 2018

Paris & London 2018


Hi ouls...seperti yang dijanjikan Kak Elly akan share serba sedikit information mengenai percutian Paris dan London. Kak Elly tak akan bagi terlalu details percutian kali ni sbb segala information mengenai Paris & London Metro korang boleh tanya jer kat kaunter dan ramai akan bantu...hahaha. Paling penting korang kena tahu tempat yang nak dituju.

Kali ni Kak Elly memilih penerbangan Oman Air. Perjalanan 7 jam lepas tu transit di Muscat selama 3 jam dan sambung balik dari Muscat ker Paris 7 jam. Tempat duduk ok selesa. Tapi makanan dalam flight tak berapa sedap sangat. Etihad lagi sedap rasanya...hahaha. Next nak cuba Emirates pulak.

Kalau ikutkan hati, memang tak nak dah pergi Paris ni. Termasuk percutian tahun ni dah 3 kali ker Paris. Tak ada rasa excited sangat nak pergi sbb Kak Elly mmg kurang suka Paris. Rakyat diorang kurang friendly. Kau tanya diorang tak akan layan ya. Kena sentiasa berhati2 sbb terlalu banyak pick pocket. Banyak tempat yang hancing...haha. Tapi tak di nafikan bangunan diorang cantik2. Shopping barang2 branded agak murah lah. Bagi yang belum pergi rasanya korang boleh jer singgah Paris just to get experience dan lihat keindahan Paris tapi dinasihatkan jangan pergi terlalu lama. Rasanya 4 hari 3 malam cukup kot. Tapi mesti korang pelik kan asyik complain pasal Paris tak best yang pergi jugak kenapa kan...haha. Ini semua pasal adik lah nak sangat pergi Disneyland, Paris. Rasa tak adil sebab Yaya nak pergi Harry Potter kat London tapi bila adik nak gi Disneyland takan aku nak reject pulak permintaan dia. Jadi kenalah bersikap adil.



Kat Paris, Kak Elly tak duduk apartment just duduk hotel jer. Ambik 2 bilik. Mmg sejak anak umur 5 tahun kitaorang akan duduk berasingkan. Ambik connecting. Selesa sikit duduk 2 bilik. Lagipun hotel2 kat London or Paris ni mmg kecik jadi tak boleh nak selit2 duduk sekali.

Kenapa Kak Elly pilih Art Hotel ni. Salah satu sebab depan hotel Paris Metro senang lah nak gi mana2, 10 minit jer jalan untuk ke Eiffel Tower, belakang hotel ni juga ada tempat2 shopping dan ada banyak restaurant arab yang halal. Jadi sangat2 lah strategik...gitu. Disebakan Eiffel Tower terlalu dekat boleh lah korang ulang 80 kali untuk tangkap gambar jika korang tak puas hati dengan gambar yang diambik blh pergi jer balik. Bawak anak2 ni mmg menguji kesabaran sikit. Ada jer complain bila bergambar.





Paris, Disneyland. Makesure korang beli ticket online awal2. Kak Elly beli ticket dengan transfer sekali. Senang ambik kitaorang depan hotel. Naik Metro agak susah jugak. Tapi blh jer kalau korang pilih utk ambik Metro. Perjalanan ambik masa dalam 40 minit dari Hotel ker Disneyland.Korang boleh pilih samada ada nak pergi Disneyland Park or Walt Disney Studio. Kak Elly pilih dua2 sekali.

Ini pendapat Kak Elly. Kak Elly dah pernah pergi Disneyland, Hong Kong dan Tokyo. Rasanya Disneyland, Paris paling tak best sangat2. Pernah buat survey dan ramai cakap Disneyland Paris paling worst dalam dunia. Tapi tetap tak nak percaya...hahaha. Parade/ Pertunjukan watak2 Disney tak banyak dan tak panjang langsung. Kalau gi Disneyland, Tokyo bersepah2 watak snow white, cinderella, mickey mouse dll yang korang boleh tangkap gambar. Paris Disneyland tak nampak bayang ya. Sebab tu tak ada satu gambar watak pun kitaorang share kat IG. Tak ada makanan halal or ada mungkin kitaorang tak jumpa. First time budak2 nak balik awal. Pukul 3pm kitaorang decide nak balik. Kalau kat Tokyo dulu kul 10pm pun masih kat situ.



Jadi seronok bergambar jer lah. Ini pendapat Kak Elly jer tau kalau korang nak pergi blh jer cuba. Pengalaman orang lain2 kan. Permainan macam biasa mmg akan beratur panjang lah. Kena tunggu sampai sejam pun ada. Mungkin juga mood tak ada waktu ni sebab terlalu sejuk. Jadi korang survey dan decide ya.



Macam Kak Elly cakap kan tadi hotel dan Eiffel Tower terlalu dekat jadi mmg ulang alik jer lah tengok besi ni...haha. Kira view waktu ni terlalu hebat lah sampai suruh anak tangkap gambar 15 kali...hahaha



Ni juga salah satu tempat fames di Paris...Musee Du Lourve. Bangunan sangat2 cantik dan korang boleh beli ticket kat sini utk masuk ker Museum. Luar Museum ni jalan dalam 10 minit dah ada tempat shopping. Untuk ketempat ni korang tanya jer kat Metro ni macam mana nak gi tempat ni...hahaha



Ini lah dinamakan percutian. Dulu kalau bercuti Kak Elly akan sibuk nak pergi semua tempat dan akhirnya kepenatan. Now...no more lawat sikit2 jer janji puas hati dan lebihkan bersantai. Tak nak bercuti tapi sebenarnya penat. Tgk gambar ni....hmmm besarnya anak2 Kak Elly. Senang betul bawak berjalan cuma akan pening bahagian shopping lah.




Gi Paris tak makan benda2 ni mmg rugi lah. Korang akan menyesal ya...hahaha. Kak Elly asyik ulang2 jer kedai ni.



#ootd setiap hari di lif. Hebat bukan..hahaha. Melayu dapat pakai baju sejuk mmg perangai macam ni. Rasa terlalu lawa ni...kahkahkah


Arc De Triomphe

Wajib pergi jugak sebab fames ngan branded item dan syurga shopping. Tapi actually melambak jer kedai shopping kat sini. Paris ngan London ni senang jer lah. Korang google jer tempat pelancongan di Paris akan keluar tempat2 menarik. Senang bukan...


Kak Elly bercuti kat Paris tak lama pun cuma 4 hari 3 malam. Waktu kat Paris haritu menakutkan sikit sebab ada rusuhan. Tu yang rasa tak sabar sangat gi London.

Dari Paris ke London, Kak Elly naik Euro Train. Pesanan sila book 3 bulan sebelum pergi sbb ticket akan murah. Kalau korang book dekat2 nak pergi harga akan melambung tinggi. Ni pun book online jer.


Di London Kak Elly duduk apartment tiga bilik. Makesure kalau korang book request ground floor sbb apartment tu tak ada lif. Tempat ni sangat2 best. Ada supermarket Halal, melambak Restaurant Halal kawasan ni. Ada Tesco, Malaysian Hall pun dekat. Rekemen sangat kalau korang cari Apartment kat London. Kalau fully booked korang key in jer apartment Bayswater melambak jer ada.


Jalan 10 minit jer dah Metro. Ada 2 Metro Station kat sini Bayswater dan Queenway. Pekerja kat sini sangat2 membantu. Jangan risau cakap jer nak gi mana diorang akan bgtau line apa yang korang kena ikut. Sumpah tak akan sesat...hahaha 



Makesura beli Osyter Card ni. Jadi nak kemana-mana guna jer card ni. top up jer kalau habis. Korang boleh beli kat mana2 station Metro. Lebih berbaloi dan agak murah lah. Tapi diingatkan transport kat sini pun agak mahal jugak lah. 5 orang dan seminggu perjalanan dalam RM1200.00 lah habis utk card ni sahaja.




Dah pernah ke London sebanyak 3 kali dan tak akan pernah jemu. London sebuah negara yang sangat2 cantik, shopping murah, tenang dan orang2 sana sangat baik dan sangat membantu. Disebabkan ini kali ketiga kitorang pergi jadi decide tak perlu melawat London Bridge, London Tower, Big Ben semua tu. Just lepak2 dan berjalan2 jer kali ni. Kalau first time pergi mmg korang wajib melawat tempat2 pelancongan lah.



Rasanya Primark ni salah satu tempat yg fames orang Malaysia shopping. Terlalu murah ya. Baju tidur cuma 3 pound jer. I cannot. Masuk jer dalam Primark kitaorang semua berpecah. Janji tunggu kat kaunter 1 1/2 jam kemudian. Perghhhh...sekali tengok budak2 seorang 2 trolley penuh. Yaya shopping jean dekat 6 helai. Terlalu murah baru dlm 8 pound macam tu. Adik belasah barangan Harry Potter. Akak sibuk beli baju tidur seksi jer...kahkahkah. 2 hari repeat datang sini. 

Makesure korang masuk Foot Locker kat sana. Ya Allah...kasut sport 30 pound jer. Sekali lagi kitaorang semua menggila...haha. Tak terkata En Win hura hara melayan 3 orang perempuan...hahaah



On the way nak pergi studio Harry Potter. Agak jauh dalam 40 minit perjalanan. Naik train jer lah. Senang macam biasa tanya jer kat staff train tu...haha

Peminat Harry Potter wajib pergi. Tersangat2 lah best kat sini. Ticket makesure beli online sebab kat sini diorang mmg tak ada jual ticket. Tak ada ticket maknanya tak boleh masuk ya. Sampai kat station ada Bus menanti akan bawak korang ker Studio ni. Kak Elly yang tak tahu cerita Harry Potter pun teruja bila sampai sini. Paling2 teruja adalah Yaya sbb ini pilihan dia. Ya Allah lama giler ya dia bergerak. Punya lah terlalu suka tgk pameran tu satu2.



'Butterbeer' tapi bukan lah beer yang mabuk tu...haha. Minuman ni fames dalam cite Harry Potter. Sebelum gi Harry Potter studio ni wajib gi Primark dulu untuk beli baju2 Harry Potter utk pakai kat sini dan jauh lebih murah lah. 



Portobello Market. Omputih punya Flea Market dan rumah2 sini sangat cantik utk bergambar. Kelam kabut aku anak beranak pilih colour pintu utk bergambar. Tapi kalau gi weekend terlalu ramai kat sini. Tapi wajib kena pergi.


Candem Market pun best macam Flea Market juga, Tapi tempat dia sangat2 besar dan jual bermacam2 barangan kulit dan bag semua sangat2 cantik.

Jangan lupa gi jugak Stadium Wanbley (factory outlet) pun berbaloi jugak utk shopping.

Kak Elly tak dapat share banyak tempat melawat kali ni. Mmg pergi utk berehat2 dan shopping jer. Ok lah kan share sikit2 uols. Ok semoga reader2 dapat lah information sikit2 kan.


No comments: