Nuffnang Advertisement

Tuesday, December 18, 2018

Cara uruskan percutiaan dan perbelanjaan

Actually malas giler nak tulis. Tapi sebab dah berjanji dgn korang i tabahkan hati untuk menulis...haha. Kang di kejam janji pelesu. Korang nak ikut boleh nak jadikan panduan pun boleh sebab percutiaan ni ikut kemampuan masing2.

Macam Kak Elly tulis panjang2 haritu kat IG, Suami Kak Elly mmg tak akan ambik tahu lansung tentang perancangan percutian. Kau rancang lah macam mana pun, berapa hari, negara mana dia tak ambik kisah. Dia malas fikir. Janji hujung tahun ada aktiviti. Jadi isteri2 diluar sana ada suami yang pandai arrange semua ni bersyukur lah ya...haha. Siapa yang suami macam En Win  jangan lah nak bersedih. Korang lah yang kena bertindak sebenarnya. Tak guna nak merajuk kenapa laki orang hebat laki kau tak. Eh...tak yah lah nak bandingkan. Buat sakit jiwa jer. 

Selalunya bila balik bercuti Kak Elly dah plan until percutian tahun depan pulak. Nampak macam giler tapi itu yang selalu Kak Elly buat untuk aturkan perbelanjaan. Kak Elly akan list 2-3 tempat nak pergi dan waktu ni akan bincang dgn anak2 dan suami. Kak Elly nak semua happy dan bersetuju. Percutian ni bukan sahaja untuk berehat tapi utk tgk anak2 happy sbb moment ni kita akan simpan sampai bila2. Jangan lah selfish cari tempat yang korang boleh shopping jer...hahaha. Balance kan ada tempat anak2 dan tempat korang jugak.

Bila dah dapat kata putus. Kak Elly cuba cari information sebanyak yg boleh. Especially kalau korang decide travel nak berjalan 2-3 negara. Contoh nak ker Amsterdam, Paris dan London. Ni lagi kerja giler ya. Korang kena banyak2 membaca blog tempat2 yang nak pergi, hotel/apartment, transportation, perbelanjaan dan mcm2 lagi. Tapi kalau nak pergi banyak negara selalunya Kak Elly akan ambik masa 1 1/2 tahun untuk merancang. Tak tipu ya sbb ini melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak. Jadi kali ni Kak Elly cuma nak share kalau pergi ke satu negara jer dulu ya.

Kak Elly akan banyak membaca untuk mendapatkan information sebanyak mungkin. Tempat yang cantik utk dilawati, accomodation yang strategik, mata wang, transportation dan paling penting selamat utk dilawati atau tidak. Segala information Kak Elly akan catit dekat notes. Link2 blog semua Kak Elly akan simpan utk senang refer nanti. Ini untuk yang nak berjalan sendiri ya tanpa perlu menggunakan agent. Sebelum buat keputusan kena banyak kali berfikir especially yang melibatkan cost yang banyak. Korang bukan nak bercuti seorang tapi nak bawak anak2 sekali jadi fikir ikut kemampuan bukan ikut orang. Dah puas hati dengan segala information anggaran harga flight, accommodation, transportation, harga ticket disneyland or harga2 tempat yang dilawati bila puas hati baru bentangkan perbelanjaan dekat suami....gitu. Tak boleh tak setuju ya sbb I nak survey menggila...hahaha

Antara expenses yang paling mahal adalah flight ticket kalau yang nak berjalan jauh lah. Macam mana Kak Elly dapat duit untuk beli flight ticket?? Selalunya Kak Elly akan gunakan dividen dari ASB. Duit dividen lah Kak Elly dapat berjalan kalau tak pening kepala jugak nak keluarkan duit beribu2. Bayangkan kalau gi London flight ticket RM2500 kali 4 orang dah RM10,000 kan. Jadi untuk flight ticket dah tak perlu pening kepala.

Bulan 3, Matta Fair dah survey cari ticket flight. Selalunya Kak Elly akan tgk harga MAS, KLM, Emirates, Etihad dll. Paling murah lah Kak Elly akan beli. Ok sebelum book date selalunya Kak Elly dah ada information bila anak2 concert, bila tutup sekolah, bila result PT3 akan keluar sbb Kak Elly tak nak terlepas semua benda ni jadi Kak Elly kena check sehingga dapat jawapan...gitu. Dah puas hati baru i book. Ok settled masalah flight. 

Bulan 5 Kak Elly dah start survey hotel or apartment. Maknanya dari bulan 1 - 4 Kak Elly dah start saving utk hotel. Get the information negara tu ada masalah tak kalau korang bawak makanan. Kalau tak ada masalah angkut lah segala benda kat sini.  Lantak lah org cakap kau mcm makcik bedah janji penjimatan. Kalau anak ramai tu better pilih apartment. Boleh basuh baju dan masak sekali. Makesure baca review apartment yang korang pilih. Jangan nampak cantik baca sikit2 terus book. Sebab tu korang kena banyak membaca blog jadi tahu mana lokasi yang baik utk duduk. Kak Elly memang akan keluarkan duit banyak sikit untuk apartment sbb lokasi yang Kak Elly pilih selalunya tengah bandar. Mudah utk shopping dan cari makanan. Kalau korang pilih jauh nak naik transport pun cost jugak dgn nak angkut anak2 berjalan lagi boleh buat mood ke laut. Jadi biar bayar mahal sikit tapi lokasi terbaik.

Next bulan 7 (saving dari bulan 5-7) Kak Elly akan bayar ticket disneyland or tempat2 yang korang nak berjalan yang memerlukan pembelian ticket secara online. Better bayar awal2 supaya tak stress dikemudian hari. Ingat semua perbelanjaan ni korang kena bahagi2 kan dengan suami. Kalau jenis macam En Win kaka terus terang berapa dia kena sediakan. Contoh kalau kau dah bayar duit flight, duit hotel dia plak sediakan...gitu

Bulan 10 (saving 8-10) untik duit transportation. Contoh nak kena sewa kereta, beli ticket train utk ker London (contoh), duit bas hop on (utk melawat bandar London). Jadikan settlekan apa yang perlu. Simpan dalam satu file segala yang korang dah book tu.

Rasanya 80% dah settled. Tinggal duit makan, shopping dan duit emergency. Lupa nak bgtau pulak. Bagi sesiapa yang jalan jauh jgn lupa beli insurance perjalanan. Kita tak tahu apa terjadi nanti waktu bercuti. Buatnya sakit kena masuk hospital mana nak cari duitkan. Jadi sediakan duit insurance jugak ya.

Duit belanja harian, duit makan, duit shopping dan duit emergency ini terpulang kepada masing2 sbb perbelanjaan mengikut kemampuan. Kalau mampu sediakan RM300.00 sehari jadi guna mengikut budget. Jgn lupa stand by credit card dan debit card takut duit tak cukup nanti. Selalu nya utk kawal perbelanjaan Kak Elly akan gunakan system envelope. Rasanya ramai dah tahu kan. Kalau 7 hari pergi maknanya ada 7 envelope until belanjaan harian seperti makan & transport. Shopping satu envelope dan duit emergency satu envelope...gitu. Insyaallah dengan cara ni korang mmg boleh kawal perbelanjaan.

Ini lah cara Kak Elly susun pembayaran perbelanjaan utk bercuti. Kak Elly bukan orang kaya yg bila2 boleh decide nak pergi bercuti dan Kak Elly bukan jenis orang yang bercuti secara terburu2. Kak Elly kena plan betul2 dan dapatkan segala information. Kalau tempat yang nak pergi agak mahal Kak Elly akan ambik masa yang lama. Korang kena displin simpan duit. Kalau bulan tu kena bayar makesure kena buat. Insyallah dia akan berikan satu kepuasaan. Macam Kak Elly cakap taai bercuti ikut kemampuan bukan akut org. Plan2 betul dan insyaallah korang boleh rasanya.

Rumusanya sila sediakan duit
1. Flight
2. Hotel/apartment
3. Ticket2 tempat yang dilawati
4. Transportation
5. Duit belanja harian
6. Duit Shopping
7. Duit Emergency
8. Duit Insurance


Oklah...nanti Kak Elly share information London dan Paris ya.



No comments: