Nuffnang Advertisement

Friday, November 23, 2018

Travel bersama anak2


Dulu waktu budak2 kecik lagi travel senang giler. Kak Elly yang akan pack kan barang, baju dan kasut Kak Elly akan pilih dan segala benda lah Kak Elly yang akan uruskan. Budak2 ok jer dan pakai apa yang Kak Elly sediakan.

Tapi sekarang rasa nak muntah dan hantuk kepala kat dinding. Diorg siap ada list nak pakai baju apa dan gambar mcm mana nak ambik. Travel Bag tak nak share, toiletries masing2 kena ada satu sorang. Yaya cannot sentuh barang adik dan macam tu sebaliknya. Uishhh bawak anak meningkat remaja ni mencabar ya. Walaupun dah senang untuk berjalan tapi permintaan tu boleh mendatangkan darah tinggi. Ada jer permintaan. Masing2 dah pandai bergaya lengkap nak bawak segala benda. Tapi tulah masa2 macam ni lah boleh nanpak everyone so excited. Tu belum lagi shopping list #urutdada. Tapi Kak Elly cuma fikir satu jer lah rezeki ni pun datang dari anak2 juga jadi tak salah rasanya sama2 rasai. Asalkan kita tahu limit untuk kita belanjakan. Ada lebih kongsi jer bersama. Kalau tak ada duduk lah rumah diam2....gitu. 

Kalau orang tgk teruk sangat perangai kau kan manjakan anak2. Tapi hakikatnya Kak Elly tak sampai hati. Both of us siang malam agak busy dengan kerja dan kebanyakan masa diorang dirumah sebab tu every weekend Kak Elly akan luangkan masa dengan diorang breakfast or dinner. Duit boleh cari tapi kenangan macam ni hanya sekali sahaja jer. Bukan mewah kan diorang dengan segala benda tapi kepuasaan korang tu bila tengok anak2 gembira. Tapi tulah cara orang mendidik anak2 lain. 

Anak Kak Elly tak ramai dua orang jer jadi bila bercuti mmg mintak padangan diorang nak kemana. Biar diorang yang pilih sebagai parent nak tgk diorang gembira dengan percutian yang kitaorang akan rancang setiap tahun. Biar ada kenangan bila besar nanti. Yaya ada tempat yang dia nak pergi begitu juga dengan adik jadi kalau boleh Kak Elly akan cuba tunaikan. 

Kak Elly mmg dah tak blh macam orang lain bercuti berdua. Baru bincang jer dengan anak2 cakap nak bercuti dgn Papa terus kena bankang. Bawak jer lah kitaorang. Bukan kitaorang kacau pun. Kalau mama nak makan ngan papa berdua jer kitaorang blh jer duduk meja lain. Mama nak keluar malam gi jer lah kitaorang tak ikut. Nak gambar berpeluk pun kitaorang boleh ambik kan. Kau rasa......hahahahah. Tapi tulah tak sampai hati sebab diorang dah besar. Nanti up gambar anak2 tgk terus I rasa bersalah. Kalau kecik lain. Bawak balik hadiah mainan terus diorang gembira. Lagipun En Win mmg tak akan lah nak tinggalkan anak2 dia. Mungkin dah tua nanti anak2 dah bekerja baru blh honeymoon balik kot. Last honeymoon rasanya kat London kot sampai adik demam rindu. Lepas dah serik nak tinggalkan anak2 lagi.





Insyallah lagi seminuggu nak bercuti tapi sebabkan anak2 perempuan banyak permintaan Kak Elly dah siap sedia dari 2 bulan yang lalu...haha. Beli sikit2 keperluan. Now separuh dah siap pack pun. Benda penting2 dah beli. Segala urusan dah di selesaikan. Doakan semua berjalan dengan lancar nanti. Cuma satu bag jer lagi kena sediakan iaitu bag makanan...hahaha. Memang setahun sekali Kak Elly akan pastikan ada percutian keluarga. Diorang dah besar jadi tiada lagi percutiaan gi PD untuk mandi swimming pool. Jadi senang kumpul duit dan jalan jauh jer setahun sekali. Tahun depan pun, insyaallah kalau panjang umur dah tahu nak pergi mana. Selesaikan percutiaan ni dulu next baru kita fikir untuk kumpul duit balik.

Mama nak bila anak2 mama dah besar dan baca blog mama ni tahu yang mama dan papa terlalu sayangkan korang berdua. Kami akan sediakan dan berikan terbaik untuk anak2 mama dan dengan harapan juga bawak lah kitaorang holiday bila dah tua nanti....hehehehe   


No comments: