Nuffnang Advertisement

Friday, November 23, 2018

Travel bersama anak2


Dulu waktu budak2 kecik lagi travel senang giler. Kak Elly yang akan pack kan barang, baju dan kasut Kak Elly akan pilih dan segala benda lah Kak Elly yang akan uruskan. Budak2 ok jer dan pakai apa yang Kak Elly sediakan.

Tapi sekarang rasa nak muntah dan hantuk kepala kat dinding. Diorg siap ada list nak pakai baju apa dan gambar mcm mana nak ambik. Travel Bag tak nak share, toiletries masing2 kena ada satu sorang. Yaya cannot sentuh barang adik dan macam tu sebaliknya. Uishhh bawak anak meningkat remaja ni mencabar ya. Walaupun dah senang untuk berjalan tapi permintaan tu boleh mendatangkan darah tinggi. Ada jer permintaan. Masing2 dah pandai bergaya lengkap nak bawak segala benda. Tapi tulah masa2 macam ni lah boleh nanpak everyone so excited. Tu belum lagi shopping list #urutdada. Tapi Kak Elly cuma fikir satu jer lah rezeki ni pun datang dari anak2 juga jadi tak salah rasanya sama2 rasai. Asalkan kita tahu limit untuk kita belanjakan. Ada lebih kongsi jer bersama. Kalau tak ada duduk lah rumah diam2....gitu. 

Kalau orang tgk teruk sangat perangai kau kan manjakan anak2. Tapi hakikatnya Kak Elly tak sampai hati. Both of us siang malam agak busy dengan kerja dan kebanyakan masa diorang dirumah sebab tu every weekend Kak Elly akan luangkan masa dengan diorang breakfast or dinner. Duit boleh cari tapi kenangan macam ni hanya sekali sahaja jer. Bukan mewah kan diorang dengan segala benda tapi kepuasaan korang tu bila tengok anak2 gembira. Tapi tulah cara orang mendidik anak2 lain. 

Anak Kak Elly tak ramai dua orang jer jadi bila bercuti mmg mintak padangan diorang nak kemana. Biar diorang yang pilih sebagai parent nak tgk diorang gembira dengan percutian yang kitaorang akan rancang setiap tahun. Biar ada kenangan bila besar nanti. Yaya ada tempat yang dia nak pergi begitu juga dengan adik jadi kalau boleh Kak Elly akan cuba tunaikan. 

Kak Elly mmg dah tak blh macam orang lain bercuti berdua. Baru bincang jer dengan anak2 cakap nak bercuti dgn Papa terus kena bankang. Bawak jer lah kitaorang. Bukan kitaorang kacau pun. Kalau mama nak makan ngan papa berdua jer kitaorang blh jer duduk meja lain. Mama nak keluar malam gi jer lah kitaorang tak ikut. Nak gambar berpeluk pun kitaorang boleh ambik kan. Kau rasa......hahahahah. Tapi tulah tak sampai hati sebab diorang dah besar. Nanti up gambar anak2 tgk terus I rasa bersalah. Kalau kecik lain. Bawak balik hadiah mainan terus diorang gembira. Lagipun En Win mmg tak akan lah nak tinggalkan anak2 dia. Mungkin dah tua nanti anak2 dah bekerja baru blh honeymoon balik kot. Last honeymoon rasanya kat London kot sampai adik demam rindu. Lepas dah serik nak tinggalkan anak2 lagi.





Insyallah lagi seminuggu nak bercuti tapi sebabkan anak2 perempuan banyak permintaan Kak Elly dah siap sedia dari 2 bulan yang lalu...haha. Beli sikit2 keperluan. Now separuh dah siap pack pun. Benda penting2 dah beli. Segala urusan dah di selesaikan. Doakan semua berjalan dengan lancar nanti. Cuma satu bag jer lagi kena sediakan iaitu bag makanan...hahaha. Memang setahun sekali Kak Elly akan pastikan ada percutian keluarga. Diorang dah besar jadi tiada lagi percutiaan gi PD untuk mandi swimming pool. Jadi senang kumpul duit dan jalan jauh jer setahun sekali. Tahun depan pun, insyaallah kalau panjang umur dah tahu nak pergi mana. Selesaikan percutiaan ni dulu next baru kita fikir untuk kumpul duit balik.

Mama nak bila anak2 mama dah besar dan baca blog mama ni tahu yang mama dan papa terlalu sayangkan korang berdua. Kami akan sediakan dan berikan terbaik untuk anak2 mama dan dengan harapan juga bawak lah kitaorang holiday bila dah tua nanti....hehehehe   


Friday, November 16, 2018

Luar biasa....


Masuk jer office buka pintu staff akan menjerit ' Luar Biasa' sambil pekik macam kau nampak terlalu hebat. Ya...setiap pagi itu yang akan berlaku. Tahap bodek pekerja Fame ni terlalu hebat. Sampai aku akan tersenyum2 bila dengar perkataan tu...hahaha. Hebat cara korang bodek boss.



Alhamdullilah...walaupun diorang kaki bodek tahap melampau tapi ni lah kesayangan Kak Elly. Team work diorang sangat2 hebat. Kitaorang akan sentiasa makan lunch bersama dan akan share macam2 perkara. Bergaduh dengan husband lah, boyfriend lah, baru putus cinta lah, kisah LGBT semua kitaorang akan share. Dah macam satu keluarga besar.

Walaupun Kak Elly rapat dengan diorang tapi tetap ada limit. Diorg masih hormat Kak Elly, Peej dan Filla. Walaupun sentiasa bergelak dan tahap kutuk sampai korang boleh nangis tapi bila Kak Elly panggil masuk dalam bilik sorang2 tetap muka akan pucat. Kak Elly jenis bila masa bergurau kau boleh kutuk apa sahaja tapi time kerja bila i serious korang kena dengar.

Aku dengan Peej tak pernah anggap diri kita besar. Sentiasa bersikap terbuka dengan staff dan akan dengar pendapat diorg sbb diorang yang handle customer jadi diorang lebih tahu masalah yang dihadapi. Aku ngan Peej akan bantu mana yang diperlukan.

Cuma Kak Elly nak nasihatkan siapa team baru yang masuk Fame Cosmetics ni mental kena kental sbb cara diorng menguntuk kau boleh nangis sambil hentak2 kepala kat dinding. Tersangat pedih ya...haha



Perkara kedua yang Luar Biasa adalah I buat paper work...hahaha. Dulukan selalu tgk orang busy2 duduk depan computer buat target itu ini. Marketing plan 5 tahun akan datang. Kak Elly selalu berbisik dalam hati....perghhh hebat sangat kerja korang siap ada plan benda 5 tahun lagi. Sampai stress tgk diorang dah siapkan paperwork.

Now...Kak Elly dah buat dan sangat luar biasa bagi Kak Elly...hahaha. Of course paperwork ni dibantu oling peej dan kitaorang berjaya siapkan Kertas Rancangan Kerja yang sangat hebat.


Apa gunanya Kertas Perancangan Kerja ni korang boleh pergi mana2 agensi atau bank untuk dapatkan gran dan dana untuk bantu Rancangan Kerja yang korang bentangkan. Contoh2 agensi yang Kak Elly maksudkan adalah seperti MARA, PUNB, SME, Tekun dll. Tapi makesure Kertas Rancangan Kerja korang kena power lah. Tunjuk segala bukti dan plan tu sejajar dengan apa yang korang pernah buat. Maknanya masuk akal lah apa yang korang rancang kan. Contoh nak bukak kilang sendiri apa pengalaman yang korang ada sampai diorang blh rasa korang mmg layak buka kilang sendiri...gitu

Hebat sangat kau bercakapkan macam ahli perniagaan yang berjaya...hahahah



Perkara Luar Biasa yang ketiga adalah pembentangkan Kertas Rancangan Kerja yang kitaorg buat. Selepas korang hantar kertas kerja dekat mana2 badan agensi tak semestinya korang akan dipanggil untuk buat pembentangan. Badan2 agensi akan teliti kertas kerja yg dibuat dan kalau ok next step diorang akan datang pejabat tengok keadaan yang sebenarnya. Sambil tu diorang akan interview perkara2 yang lebih details.

Alhamdullilah Kertas Rancangan Kerja kitaorang diterima. Kak Elly dan Kak Peej dipanggil untuk pembetangan. Satu lagi diorang tak akan mention bila pembentangan akan dibuat korang kena sentiasa bersiap sedia...gitu.

Alhamdullilah waktu pembentangan tu Kak Elly dengan Kak Peej mmg yakin dengan apa yang kitaorang sampaikan dan setiap soalan yang ditujukan kitaorg dapat jawab dengan baik...cewah. Hahahaha.



Perkara Luar Biasa yang keempat. Kak Elly berjaya kuatkan semangat bersenam setiap hari. Push diri untuk menjadi lebih cergas dan bertenaga. Kerja Kak Elly ni nampak jer macam best tapi hakikatnya sangat2 stress sebab kita perlu berdepan dengan banyak perkara. Sentiasa jer dalam kepala ni kita ada gaji staff yang perlu dibayar setiap bulan dan apakah produk yang boleh buat nama Fame meletup. 2 benda ni akan sentiasa bermain di kepala dan benda2 macam ni akan buat badan korang sakit dan otak letih.

Jadi bulan August decide utk mula exercise. Buat atleast 1-2 jam sehari. Perghhh hilang sekejap rasa stress bila peluh2 menitik dan waktu dance terus goyang tak ingat dunia...haha. Kak Elly memang suka menari dan sangat enjoy dengan music. Jadi ini salah satu terapi jugak untuk Kak Elly. 



Perkara Luar Biasa yang kelima, Kak Elly berjaya turunkan berat badan dari 62kg ke 55kg. Terus rasa bangga kat diri dan rasa sangat luar biasa sebab angka 6 tu dah lama ikut Kak Elly bertahun2. Jadi rasa lah ada sikit keyakinan diri untuk kedepan. bila angka 5 ni.

Kak Elly still enjoy food cuma kurangkan ambik gula dan control makan waktu pagi dan malam. Itu jer yang Kak Elly buat dan tambah pulak dengan exercise dan akhirnya berjaya dalam masa 3 bulan. Jadi lah kan tak nak lah kurus sangat nanti nampak terlalu cengkuk dan muka panjang macam kuda pulak....hahahaha

Now cuma nak maintain jer. Tapi kalau naik balik lantak lah situ..hahaha. Pepandai lah control nanti kalau gemuk balik sebab kita sendiri tahu macam mana badan kita. Kak Elly tak nak jadi stress bila nak makan jer teringat KG akan naik...noooooo i don't like that. Naik2 lah esok pepandai lah kau jaga balik kan.




Perkara Luar Biasa yang keenam, i dah pandai chair mtg dengan hebatnya...hahaha. Belajar dari pengalaman. Kalau dulu nak bercakap pun suara mengigil2. Nak beri arahan dan warning staff pun takut. Sekarang dah tak ada rasanya dan marah dan tegur terus panggil dan cakap one to one. 

Aku boss aku berhak untuk tegur...gitu. 




Perkara Luar Biasa yang ketujuh. Berani berdepan dan berjumpa dengan orang2 besar dalam perniagaan. Serious wei benda yang tak pernah terfikir yang kitaorang akan sampai ke fasa ini. Fasa yang korang kena berdiscuss dan sharing tentang produk yang kitaorang jual. Berdepan dan bercakap dengan org penting, Badan2 Kerajaan yang berpangkat Tan Sri, Dato Seri dan Datin2.

Macam mana korang nak yakin kan dekat orang2 hebat tentang perniagaan kau yang kecil ni. Luar Biasa kan perkara ni....hahahah

Slowly lah belajar dari menjadi orang biasa ker Luar Biasa....ahaks