Nuffnang Advertisement

Friday, October 19, 2018

Kursus yg jadikan akak remaja balik



Siapa follow ig Kak Elly dan tgk ig stories korang mesti dah tahu 3 bulan berturut2 Kak Elly dan Kak Peej join Kursus Mara. Ramai jugak yang DM tanya macam mana nak join kursus ni. Kak Elly kurang pasti sebab kitaorg pergi atas jemputan Mara. Mungkin korang call Pejabat Mara dan tanya tentang kursus2 yang Mara sediakan.

Bulan August, Seminar ni PD selama 5 hari, September di Bentong, Pahang pun 5 hari dan bulan October di KL selama 3 hari. 

Kitaorang ni dah biasa pergi kursus. Tapi kursus yang selalu kitaorang pergi tu semua peserta agak serious. Mungkin sebab masing2 founder dan bayaran yang dikenakan agak mahal jadi diorang agak serious dan bab mencari ilmu ni.


Kursus yang Mara sediakan mmg sangat2 best dan ilmu yang kitaorang dapat sangat2 membantu dalam bidang perniagaan. Korang bayangkan selama ni kalau dapat audit report Kak Elly cuma tgk Sales setahun dan untung bersih jer...hahaha. Now dah boleh baca keseluruhan audit report. Dah boleh soal budak acct dengan bangganyer.

Serious berniaga ni bukan boleh buat suka2. Bukan sebab nak cari duit lebih jer. Orang jual produk kau pun nak jual produk. Dulu macam ni ini lah sikap kitaorang. Asal untung lepas bayar semua expenses dan boleh rolling duit tu dah kira hebat sangat. Tapi itu bukan cara perniagaan yang betul. Memang angan2 selalunya untuk berjaya keperingkat Antarabangsa tapi macam mana korang nak capai semua tu.

Marketing, iklan FB, Copywriting semua korang boleh belajar tapi jangan lupa asas dalam perniagaan. Korang kena kuat kan tapak dibawah baru korang boleh buat seterusnya. Di Mara kami di ajar macam mana nak buat Kertas Rancangan Kerja dengan betul. Rancangan perniagaan 3 tahun akan datang. Dari situ korang boleh ikut target sales yang ingin korang capai setiap bulan ataupun setiap tahun. Korang kena ada rancangan kerja dulu sebelum mulakan sesuatu. Kena ada target sasaran supaya focus marketing korang dilakukan dengan betul.

Insyaallah adanya Kertas Rancangan Kerja yang baik korang boleh dapatkan bantuan dari Kerajaan2 yang sediakan dana2 atau gran untuk membantu peniaga2 melayu...gitu

Memang kitaorang belajar banyak benda lah dengan kursus ini. Selama 3 tahun baru lah tersedar betapa banyaknyer kesilapan yang kitaorang lakukan.




Macam Kak Elly cakap tadi tempat2 kursus yang kitaorang pergi semuanya peserta agak serious. Tapi kursus di Mara ni terus akak rasa remaja....hahaha. Giler2 sangat perangai budak2 ni. Macam ala2 zaman di Collage. Mula2 kitaorang agak malu lama2 baru boleh join dengan perangai masing2. Bila time sukan bukan main bersungguh2 budak2 ni join. Sampai takut tengok semangat nak menang tu.

Dalam class pun macam tu jugak ada jer benda nak membahan orang tapi bila suruh bercakap kat depan masing2 muka pucat ya...haha. Cikgu bagi homework mmg tak buat lah. Lepas tu sibuk jalan sana sini. Seperti biasa aku ngan Peej pelajar cemerlang semua latihan siap. Kitaorang sangat cool. Kalau zaman college kira kitaorang bijak lah tapi cool dan semua orang nak kawan tu...hahaha

Lepas tu aku ngan Peej jahat tgk ada kumpulan lain lepas tu bisik2 'ini kalau time sekolah tak boleh join kita ni sbb terlalu gedik'...'budak lelaki yang ni boleh join kita sebab pandai dan cute'...hahaha. Berangan jer kan.

Padahal semua ok jer. Kitaorang mmg suka berangan. Zaman Sekolah kan ada group2 budak cool. Kau tak cool dan tak cantik tak boleh join ya...hehehe 



Ini group Kak Elly waktu game. Nyampah tau semangat diorang menakutkan. 'Kita kena menang Kak'...'Kita boleh Kak'. I tak boleh ya orang cakap2 macam tu sbb Kak Elly jenis yang cepat panik dan berdebar2. Walaupan games tu cuma masukan bola bawah kerusi...hahaha. Tapi hebat kitaorang juara permainan ni.



Tengah2 tu Cikgu Linda. Cikgu kesayangan ni. Kitaorang belajar banyak benda tentang perniagaan dan acct dengan Cikgu Linda. Garang tapi sangat jelas bila mengajar. Sangat2 bertabah dengan murid2 yang memeningkan...hahaha. Sangat2 membantu untuk kitaorang hasilkan kertas kerja yang terbaik. 



Ni kat Hot Spring, Bentong. Kebanyakan student kat sini ada lah Barber, Fashion, Saloon  dan Cosmetics. Relax jer time rehat boleh main potong2 rambut. 

Semua sporting peserta Mara ni. Terus rasa macam masuk College ala2 Beverly Hills 90210 dan of course I yg pelakon Brenda tu...muahahaha



Ni kursus last week. Kitaorang belajar cara 'Keterampilan dan Komunikasi berkesan'. Sangat2 best sebab kita boleh tahu karakter setiap orang dan paling menakutkan bila tahu karakter Kak Elly sendiri dan semuanya tepat. Bila dah faham dan pelajari dari kursus ni, sekarang kitaorg tahu karekter pelanggan jenis macam mana. Mmg terbaik lah kursus yang Mara sediakan. 

Cuba korang lihat barisan atas kerusi tu. Org hebat jer dapat duduk depan ya....hahahah 


Tuan Rizal Rashid....perghhhh senyuman menusuk dikalbu...hahaha. Tuan Rizal ni kalau bercakap tersenyum jer buat hati kau senang jer. Tak rasa 3 hari belajar ngan Tuan Rizal ni. Banyak benda yang kitaorang dapat.


Peserta2 Mara ni ada dari Ganu, Penang, Kedah, Johor jadi macam2 bahasa boleh dengar. Kitaorang dah semakin rapat dan berani dah bergurau senda. Insyaallah tgh tunggu utk next course nanti.

Tapi yang paling penting kitaorang dapat banyak ilmu dan mula sedar betapa pentingnya mencari ilmu sebelum kita memulakan sesuatu. Rancang sebelum bertindak. Bukan bertindak baru nak merancang. Terima kasih kepada Mara dan tenaga pengajar. Aku ngan Peej dapat ilmu yang sangat berguna.

No comments: