Nuffnang Advertisement

Monday, September 24, 2018

Berkecamuk

Hari ni bangun pagi2 macam hati tak best. Banyak benda dalam fikiran. Dalam masa yang sama terlalu rindu mak dan abah :(. Risau dengan Yaya lagi seminggu nak exam PT3. Kecewa dengan diri sendiri yang telalu busy. 

Tak tahu nak bahagi masa macam mana. Utk mak dan abah, anak2, suami dan diri sendiri. Tetiba rasa down sangat hari ni. Rasa macam susah nak senyum tu. Rasa nak mintak En Win hugs cakap 'don't worry semua ok'

Tak suka perasaan macam ni sebab Kak Elly seorang yang bersemangat, ceria dan kelakar. Masuk office pagi ni tgk bill melambak atas meja terus rasa lagi down. Harap perasaan ni cepat lah pergi jauh2.

Tetiba rindu nak peluk anak2 yang dah semakin membesar ni. Nak diorang tahu apa yang mama buat ni semua utk diorang. Tgk wajah staff yang Kak Elly marah minggu lepas sebab sale agak menurun terus rasa sedih dan bersalah sbb diorang pun ada perasaan.

Semalam badan terlalu letih sampai tertidur 4 jam. Bangun2 terus rasa blur dan waktu tu perasaan sedih tu datang. Nak kata period lama lagi. Pagi tadi called mak tanya pasal kesihatan mencurah2 air mata.

Kadang2 bila ada sosial media boleh rasa muak pulak sbb sana sini tunjuk kelebihan. Di mana aku pun terpengaruh nak tunjuk kehebatan. Tak suka juga kehidupan macam ni sbb Kak Elly seorang yang sangat simple. Blog pun dah jarang sangat share pasal kehidupan diri dan anak2.

Tak nak lah sambung tulis lagi. Rasa akan menangis teresak2 ni kalau teruskan. Jiwa Kak Elly sangat berkecamuk sekarang ni.

No comments: