Nuffnang Advertisement

Sunday, August 26, 2018

Apa itu IGCSE?

Yaya ni sebijik macam perangai Kak Elly suka plan apa yang nak buat. Apa yang kena dahulu kan dulu. En Win dengan adik tak pernah ada rancangan. Go with the flow omputih cakap. Tak pernah rancang nak buat apa. Sebab tu Kak Elly tak pernah harap En Win rancang atau arrange holiday sbb dia tak akan tahu nak buat #tepukdahi.

Awal tahun Yaya ada mention pasal IGCSE ni tapi Kak Elly buat dek jer sebab tak faham. Apo lah benda tu kan. Dia ada lah explain sikit2 tapi still Kak Elly ambik acuh tak acuh jer. Sampai lah minggu lepas dia tanya dah survey ker belum? terus Kak Elly panik. Apa benda IGCSE tu? Cuba google tapi faham sikit2 jer.

Apa kebaikan dan kelebihan IGCSE ni still Kak Elly tak tahu. Jadi semalam up kat fb dan ig mintak pertolongan kawan2 yang tahu dan minta diorg explain dan dlm masa yang sama Kak Elly google untuk faham kan lagi. Mana lah perempuan kampung ni tahu setakat exam SPM akak pandai lah.

Alhamdullilah ramai yang bantu dan sekarang Kak Elly dah faham sangat2. Now Kak Elly nak share pulak dengan korang yang tak tahu apa itu IGCSE.

Kalau sesiapa yang hantar anak ker International School atau Mrsm mungkin akan tahu IGCSE ni. Ibubapa dah diberi pendedahan awal tentang IGCSE ni. Cuma ibu bapa yang hantar anak ke sekolah biasa mungkin tak tahu dan kurang faham. Kalau Sekolah biasa PMR dan SPM tapi International School ni big exam diorang IGCSE ni.

Selalunya kalau anak korang belajar di Mrsm IGCSE ni akan bermula seawal tingkatan 2
Form 2 (checkpoint utk igcse)
Form 3 (PT3)
Form 4 (IGCSE)
Form 5 (SPM)

Memang tough lah anak korang nak belajar. Focus kepada 3 subjek
Maths (Maths dan Add Maths)
English 
Science (Bio, Fizik, Kimia)

Tapiiiii kelebihan korang ambik IGCSE ni kalau result korang bagus blh terus buat persediaan untuk fly overseas, boleh keluar terus dari MRSM  utk buat A Level. Korang juga blh apply contoh IIUM guna result IGCSE ni jer (depend course tapi local Uni jarang tengok result IGCSE ni melainkan korang ada cita2 nak ker overseas ini salad satu bonus point...gitu. 

Ada juga yang dapat result bagus diorang terus fly dan tak ambik SPM pun. Cuma kalau korang nak kerja Kerajaan still kena ambik lah SPM. Kalau tak nak tak perlu ambik SPM ni.

Berbalik ker cerita Yaya. Dia mmg dari dulu ada cita2 nak belajar overseas. Kak Elly dengar pun telan ailio. Terus dalam kepala simbol $...hahaha. Tapi as a parent kena lah support apa juga yang anak ingin capai. Walaupun hakikat nya macam tak mampu tapi kita cuba lah usaha kan. Jadi dia mmg nak sangat ambik IGCSE ni. Nak masuk international or private school mmg x mampu lah. Jadi Kak Elly cuba survey ambil tuisyen di luar. Bila survey intake bulan September ni dan kelas pada waktu malam. Mmg tak boleh lah sbb Yaya tak lama lagi nak exam PT3. 

Jadi apa yang kitaorang perlu buat ambik Home Tuisyen ajar one to one selepas PT3 nanti. Agak mahal jugak lah. Exam bulan 10 tahun depan tapi tak decide lagi nak ambik kat mana. Kena cari cikgu yang bagus dulu. Cuma bagusnya ambik IGCSE ni blh cover utk belajar SPM jugak tapi depend subjek yang korang pilih lah. Kata lah Yaya dapat good result utk IGCSE  kitaorang tetap akan suruh dia ambik SPM jugak. Cuma kelebihan ada di situ kalau nak sambung study di overseas nanti.

Tak harap apa2 pun cuma nak bagi Yaya peluang mencuba. Untuk 5 subjek yg nak ambik pun kitaorang belum pilih lagi. Esok Kak Elly akan pergi tuisyen centre utk dapatkan more information dan buat pemilihan subjek yang sesuai dengan cita2 Yaya.

Jadi kalau korang rasa IGCSE membebankan anak2 korang boleh jer terus ambik SPM. Pilihan sentiasa ada ditangan korang. Kak Elly pun sebab Yaya nak sangat cuba dan ada keiginan nak pergi lebih jauh jadi tak salah bagi peluang. Dia yang mintak jadi dia sendiri yang akan pikul tanggungjawab ni.

Harap penjelasan Kak Elly tentang IGCSE dapat membantu korang ya.






No comments: