Nuffnang Advertisement

Tuesday, July 3, 2018

Kegilaan....


Semalam borak2 ngan Peej pasal kegilaan kepada sesuatu benda. Peej mmg x boleh langsung tengok barang gadget dan kereta. Dia akan survey dan tgk dengan teliti benda2 gadget ni. Nanti dia cerita kat aku dan Filla. Lepas tu kitaorang tak faham satu benda pun apa yang dia cakap...hahaha.

Benda2 canggih dan memerlukan kepakaran mmg Kak Elly kurang minat. Kalau phone pun segala apps kurus ker buat gambar jadi cantik ker semua Kak Elly x pandai ya. Especially part edit2 video ni. Sangat menakutkan nak belajar benda tu semua. Sampai hari ni pakai gopro pun masih tak faham2 nak record...hahaha



Kain mmg kegilaan Kak Elly. Boleh stress kalau tgk kain yang cantik2. Dia punya debaran tu tak tahu lah nak cakap. Terlalu teruja dan Kak Elly boleh habis kan masa berjam2 tgk kain sahaja. Melambak lagi kain kat rumah belum berjahit dan Kak Elly masih membeli lagi. Macam kain kat atas ni mula2 tgk gitu2 jer sebab dah lepas raya jadi tahan nafsu tak nak membeli.

Tak boleh tidur ya asyik teringat jer. Lepas tu terbayang2 kalau pakai kain tu akan jadi cantik macam mana. Esok pagi2 terus beli...hahaha. Giler lah membuak2 perasaan tgk kain. Tak pernah ada kesalan dan ia memberi satu kepuasan yang sangat best...hahaha

Tolong doakan impian Kak Elly nak bukak kedai kain, kedai sulaman berjaya... :)



Ini pun kegilaan yang boleh buat Kak Elly tak keruan yang tak senang duduk kalau tengok. Sulaman Nyonya. Jangan lah bagi Kak Elly masuk kedai kat GE Mall, Butik Ang Eng. Kak Elly akan belek satu2 baju kat situ. Kalau gi Melaka lagi teruk ya. Korang jalan lah mana2 Kak Elly boleh duduk kedai sulam nyonya tu seorang diri.

Cuma sulaman ni agak mahal. Kalau yang cantik dan sulaman yang halus akan cecah beribu. Pernah sekali Kak Elly buat baju kurung anak2 yang bersulam berharga RM800.00 tapi kepuasan tu tak boleh nak cakap. Sampai sekarang Kak Elly simpan dan jaga elok2. Baju sulaman paling mahal yang Kak Elly ada rasanya dalam RM2800.00. Walaupun ramai kata pembaziran tapi bagi orang yang minat macam Kak Elly ni rasa satu kepuasan yang tak boleh digambarkan. En Win kalau dengar ayat macam ni menyampah betul...hahaha

Kak Elly mmg simpan dan gantung semua baju sulaman yang Kak Elly beli. Setiap tahun mesti beli satu untuk simpanan. Macam2 jenis sulaman yang ada. Tapi sulaman nyonya yang terbaik sebab sulaman nya halus dan sangat2 lawa.



Ini lagi satu kegilaan iaitu Embroidery. Tapi agak pelik sebab Kak Elly suka tengok jer tapi tak membeli...haha. Suka warna putih dan suka tengok embroidery yang corak dia bunga2 kecil yang banyak lubang2 tu. Especially alas meja dan cadar embroidery. OMG dia punya kepuasan dapat pegang dan tengok pun jadi lah. Pernah tengok set cadar fully embroidery dalam RM800.00. Kalau beli pun rasanya tak akan pakai sebab warna putih tapi akan simpan untuk dilihat sahaja...hahaha. Tapi embroidery ni Kak Elly boleh mengawal nafsu walaupun terlalu2 suka. Gambar ni pun kat Elly boleh tenung dalam 1/2 jam sebab akan buat stress dan beban kat kepala ni hilang.



Wangian Lavender memang suatu kelemahan yang sangat2 teruk.  Terlalu suka kan bau lavender. Body wash, lotion, body mist, candle kalau boleh semua nak lavender. Masuk lah L'oocitane ke, bath and body works ke, victoria secret ker mmg Kak Elly akan tuju tempat wangian lavender. Walaupun ada benda yang sama Kak Elly akan tetap akan beli.  Tak tahu apa jenis penyakit ni tapi tak boleh tengok. Untuk elakan pembaziran Kak Elly akan jalan laju2 dan tak toleh langsung kedai wangian ni. Jangan termasuk mmg habislah duit.



Last handbag...muahahaha. Dulu memberontak jiwa tapi sekarang boleh kawal sikit sbb tgk bag2 kat dalam almari tun pun kurang pakai. Mungkin dah tua dan anak2 dah besar duit pulak banyak nak guna jadi kegilaan terhadap handbag masih boleh dikawal.

Tapi ada juga masa2 kegilaan tak boleh dibendung. Terpaksa jual bag yang ada untuk beli bag baru dan mangsa pembelinya adalah kerengga kurus...hahaha. Macam bag LV kat atas ni dah setahun bertahan tapi macam tak tahan jer. Tengah fikir ni bag mana nak jual. Teruk betul jadi perempuan ni kan. Macam2 nafsu ada.

Banyak jer kegilaan lain tapi itu sekadar kegilaan lah dan ia masih tahap Kak Elly boleh control
1. Cincin dan gelang berlian
2. Barang deco rumah
3. Make up

dan macam2 lagi lah2....

No comments: