Nuffnang Advertisement

Friday, June 22, 2018

Raya 2018


Raya tahun ni tak ada apa yang berubah. Sama macam dulu. Cuma Kak Elly berkemas rumah awal hari Rabu dah susun kuih raya dan cantik2 kan rumah sbb Khamis nak menolong mak memasak nanti.




Perempuan ni dapat beli tray pun dah gembira ya. Ingat nak tukar langsir baru tapi tak sempat sebab buat keputusan last minit jadi orang tak nak ambik tempahan dah. Jadi dapat beli carpet itu pun atas desakan Filla dan Peej. Diorang cakap kalau ada carpet baru rumah berseri....hahaha.

Jadi semua meracuni fikiran masing2. Dah semua beli carpet lepas  tu tayang gambar kat whatsapp. Lepas tu bangga dan memasing perasaan penuh kegembiraan. Duit hasil titik peluh katanya kerja kat exhibition...hahaha.

Malam tu beli malam tu jugak pasang. Menyirap jer laki aku. Eh..biarlah baru lah dapat tidur dengan tenang. Kalau tak mesti i teringat2 carpet belum pasang.

Hari Khamis tolong mak masak. Mak dah tak larat sangat sekarang ni. Tapi semangat nak memasak tu ada. 8 ekor utk buat ayam sambal jer. Lagi seekor untuk buat kuah kacang. Rasa nak patah pinggang mencuci dan mengoreng ayam. Nasib bahan2 semua Kak Elly dah beli blend. Abah pulak teringin nak makan serunding udang kering. Buatkan lah jugak untuk abah.

Sementara mak mengoreng ayam, Kak Elly pulak buat serunding. Tgk mak tertidur kat tepi dapur. I cannot ok. Kesian tgk dah tua tapi paksa diri nak memasak. Terus suh dia rehat dulu. Kak Elly habiskan semua kerja. Lepas tu aku pulak pengsan kepenatan.

Patut lah Chef Wan tu mengamuk kat anak2 buah dia dulu. Budak2 sekarang mmg x blh harap lansung termasuk anak2 Kak Elly. Mengamuk sekejap kat whatsapp group family semua senyap tak berani bersuara.  




Rasa lega sebab dah berkemas rumah awal. Kak Elly tak masak apa2 pun kat rumah. Mmg terus tuju rumah mak mertua. Rendang Kak Elly beli yang dah masak bagi kat mak dengan mertua. Kira macam i masak jugak lah...haha.

Sejuk hati tgk anak2 pakai macam ni. I kan suka tradisional macam ni, Nasib tak membantah. Tapi ada gak lah orang mengata kata kesian kat anak2 tak dapat pakai baju moden. Anak2 aku tak kisah kau pulak yang sakit hati tu kenapa. Siap sound pakaian Kak Elly macam duk rumah. Apo yang busuk hati sangat. Memasing punya keselesaan. Kau suka moden pakai jer jangan paksa orang ikut apa yang kau suka pakai. Kau nak pakai peplum sampai dada pun tak ada orang peduli sebab itu pilihan kau dan kau rasa cantik. Jadi pakai lah dan jangan pertikaikan pakaian orang lain.

Siapa yang dah lama follow blog Kak Elly akan tahu jiwa Kak Elly ttg pakaian tradisional ni. Biarlah opah2 janji Kak Elly suka dan selesa. Anak2 pun selesa dengan pilihan Kak Elly. Biarlah orang cakap fesyen Kak Elly sentiasa sama setiap tahun tapi yang penting baju ni Kak Elly suka.

Ramai tanya mana Kak Elly dapatkan kain2 untuk buat baju kurung untuk Kak Elly dan anak. Kak Elly terlalu suka dan cinta kan kain2..haha. Bulan 10 nanti ingat nak pergi Chennai dan cari kain cantik2 dan Kak Elly janji akan belikan untuk korang kalau yang berminat lah. Nak share ttg minat kat Elly tentang kain nanti. Kalau rasa berkenan korang kirim jer lah nanti yek. Boleh sama2 cantik...hehe Kalau jadi lah. Nanti apa2 Kak Elly update korang yek.




Sebelum bergerak rumah mertua. Bersalam dulu antara keluarga kecil kami. Ini lah uniknya hari raya kan.


Anak Kak Elly ni tak reti sedih. Macam tak pernah buat kesalahan besar. Ker budak2 sekarang ni brutal. Kak Elly salam En Win meleleh2 air hingus sbb sedih sangat. Budak2 pandang jer. Diorang macam tak ada hal tgk Kak Elly nangis sbb bagi diorang tangisan Kak Elly tu dah biasa...haha



Keluarga kecil kami. Dah 3 tahun berturut2 tak sendondon. Memasing dah pandai memilih colour kesukaan. I ok jer janji suami jer kena sama dengan i. Anak2 tak sama pun tak apa ya.



Bergambar kenangan dengan mertua. Mak pun cucu tak ramai. Ada 3 orang jer. Janji meriah tu kurang lah sikit.




Ni keluarga sebelah Kak Elly. Meriah ya. Ni anak2 buah yang kena marah semalam kat whatsapp sebab tak nak menolong. Nasib laju2 korang mintak maaf dengan I.

Itu jer kemeriahan Raya pertama kitaorang. Paling penting bermaafkan.

No comments: