Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 6, 2018

Mak2 yg sibuk bila raya


Hi uols...selamat berpuasa. Baju Raya dah beli ker belum? jangan lambat2 kang tak dapat yang lawa...haha. Kak Elly mmg dari dulu akan prepare awal sebab baju kurung jarang Kak Elly beli yang dah siap. Selalunya akan hantar tailor sebab lebih selesa bila pakai dan Kak Elly prefer pakai kurung biasa atau baju kedah jer. Jadi bila hantar jahit dapat lah cari kain yang kita suka dan selesa sikit. Anak2 punya pun Kak Elly akan hantar tempah. Biar diaorang pakai kurung tradisional jer. Tak yah nak peplum2 sangat...muahahaha. Dah 2 tahun tak sedondon pagi raya. Masing2 ada warna kesukaan. Lantak lah situ janji korang happy. 

Walaupun tak sedondon tapi kain tetap Kak Elly akan pilih. Diorang cuma cakap nak warna apa jer sbb Kak Elly terlalu suka pilih kain. Tak boleh tgk dan cepat teruja. Mesti korang tak caya kan Kak Elly dah cari kain dari bulan 12 haritu. Sebulan beli sepasang atau 2 pasang. Anak2 seorang Kak Elly belikan 2 pasang dan Kak Elly jer ada 5 pasang...muahahaha. Dah semua cantik. I cannot tahan ya. Sabtu lepas ada exhibition kat Kedah jadi mintak En Win ambik kan kat tailor dia punya bising macam orang giler. Apo yang banyak sangat ni maaaaaa....

Mak2 biasa lah cepat teruja. Eh...baju En Win pun i pilih kain ya. Mmg pergi pilih dengan dia tapi i yang decide sebab macam Kak Elly cakap tadi, Kak Elly terlalu suka kan kain. Ingat tahun ni nak berniaga kain lah...hahaha. Duit peruntukan untuk tailor mmg dah sediakan awal supaya tak tekejut dan terkedu nanti. 

Tapi satu jer lah dari dulu fesyen Kak Elly akan sama. Kurung pesak, Baju kedah or kebaya loose bersama dengan kain batik. Terlalu suka benda yang tak telan dizaman. Anak2 pun dah terbiasa jadi diorang tak pandai pakai yang moden2 ni. Kesian korang dapat mak yang old fashion ni. Dulu muda2 suka lah baju lace dan manik2 ni. Tapi sekarang kurang selesa pakai manik2 ni semua.





Paper bag yang Kak Elly pegang tu bukan I punya #matakeatas . Sejak bulan puasa mmg every weekend Kak Elly akan ada exhibition. Nasib ada cuti Wesak Day jadi sempat lah beli baju raya untuk budak2. Anak2 dah remaja. Kak Elly cuma boleh tentukan baju kurung jer. Baju jalan pandangan akak tak diterima lagi dik. Masing2 ada peruntukan. Kalau beli murah dapat lah korang baju banyak. Kalau gi pilih yang mahal sikit lah baju korang. Tiada belas kasihan ya sebab mama dan papa bagi sama rata.

Kalau dulu bila pilih baju anak Kak Elly yang paling sibuk. Dah pilih tunggu pulak depan fitting room tgk diorang peraga kan. Sekarang eksyen dua beradik tu. Mama kena tunggu depan kedai jer sampai diorang habis pilih. Bila bayar jer diorang panggil masuk...muahahaha.

Ingat lagi dulu kecik2 kalau dapat baju raya asyik tengok jer. Tak sabar nak pakai. Kalau mak sibuk masak kat dapur curi2 masuk bilik sebab nak cuba kasut dengan baju. Kak Elly ingat zaman tu dah berlalu rupanya anak Kak Elly pun excited. Malam2 diorang cuba baju yang beli dan buat macam fashion show kat bilik. Terus hati i berbunga.




Dah 3 minggu berturut2 ada exhibition. Macam biasa kitaorang akan turun padang sama jaga booth. Alhamdullilah sentiasa ada sambutan. Suka bila orang tahu dan kenal pasal Fame Cosmetics.

Penat jangan cakap lah. Kadang2 aku ngan Filla macam orang giler terjerit2 bila time happy hours. Haus wei bulan puasa ni...haha. Bila jerit lagi 5 minit happy hour kelam kabut orang pilih. 




Bukan nak glamer macam Dato Aliff makan kat lantai tapi mmg tak ada meja nak makan kat airport Kedah ni. Lagipun waktu ni kitaorang tak sure kedai makan buka ker tutup kat airport jadi decide bungkus awal2 KFC. Sengaja simpan gambar ni sebagai kenangan. Biar anak2 tahu bukan senang mak dia cari duit.




Balik jer Kedah ambik cuti sehari uruskan benda2 penting. Order bahan2 blend kat Pasar Taman Tun jadi tak penat lah mak nak masak nanti. Order Rendang jugak. Sambil2 tu beli lauk kat pasar Hantar baju raya gi dobi untuk cuci dan gosok. Gi hantar baju alter. Yaya dah kurus pulak. Singgah Cold Storage beli barang2 toiletries. Tinggal kan rumah dengan En Win bukan dia peduli pun sabun tinggal sikit ker. Main belasah jer diorang ni.

Buat spring cleaning baju budak2 tak boleh pakai letak tepi. Banyak yang elok lagi. Boleh bagi kat anak buah. Tukar cadar, cuci dapur. Sampai nak meletup rasa pinggang. En Win tu boleh harap jaga budak2 dan sediakan makanan. Benda lain bebel lah 10 kali dia buat dek jer.

Kuih raya mintak adik buatkan. Upah jer senang. Jangan nak charge kakak kau ni mahal2...haha. Jadi mak2 ni mmg semua benda kena fikir. Ni terfikir macam nak beli set cawan pulak...muahaha. Matilah laki jeling. Eh...tapi bila kawan dia dtg sibuk bising cawan tak cukup. Jadi jangan bising kalau i beli ya.




Ok lah penat berceloteh. Jom datang Jumaat, Sabtu atau Ahad ni ker Mood Republik, PWTC. Cari booth No 3132, Berniaga selama 72 jam. Suka hati korang lah nak datang pukul berapa. Pagi shift Kak Pilla sampai kul 3 petang. Lepas tu Kak Elly sambung sampai 10 malam. Lepas tu pass pulak kat Kak Peej sampai Subuh.

Jangan risau kitaorang sentiasa ada untuk beramah mesra dengan korang. Harga jangan cakap lah mmg tak dapat di online ya. Lebih berbaloi dan jimat. Ajak mak, kakak, kawan dan adik beradik  ya.

No comments: