Nuffnang Advertisement

Monday, May 7, 2018

Macam2 Hal



Ramai lah request suh cite pasal rumah. Tak nak dengar pasal business...hehehe. Mcm mana lah nak elak kan sebab kehidupan Kak Elly lebih banyak kat office dari rumah. Korang kena redha lah membaca sebab ini lah kehidupan Kak Elly sebenarnya. Dengan anak2 pun jumpa malam jer. Weekend lately ni selalu tak ada kat rumah :( 

Kat blog ni lah segala kenangan Kak Elly dapat simpan. Korang tak nak baca pun I tak marah. 2 bulan ni kerja memang non stop. Memang kena push kaw2 kerana keadaaan ekonomi tidak berapa baik. Ini bukan nak cerita sebab nak mengundi ya. Tapi ini lah hakikat sebenarnya yang kitaorang perlu tempuhi sebagai ahli perniagaan. Wow...ahli..hehehe.

Giler lah...personal income tax, company income tax, GST setiap 3 bulan membuat kitaorang kena bertahan. Kadang2 rasa penat sangat bekerja tetiba kena bayar berpuluh ribu. Sedih duit titik peluh terpaksa diserahkan. Mungkin yang tak rasa benda ni tak akan faham. Keuntungan GST diambik dari Sales bukan profit itu yang membuat rasa jantung ditikam2. Tak nak cakap lah pasal benda ni blh buat nak muntah dan terbayang2 muka sorang tu.



Bulan lepas mak called cakap mata sebelah kanan kabur. Pakai spek mata pun tak nampak. Risau lah pulak. Ambik cuti bawak mak gi check mata. Confirm mak ada selaput dekat anak mata yang buat kan mata mak tak nampak langsung. Jadi kena buat small operation dan tukar lens kat mata.

Sepatutnya esok dah boleh buat operation tapi mak punya bacaan kencing manis terlalu tinggi. Jadi Doktor suh kawal sehingga bacaan menjadi 9-10. Tu lah orang tua2 ni susah nak control makan sikit. Anak2 pulak tak ada untuk jaga. Memang diorang akan makan sahaja ikut tekak. 

Lepas balik check tu bawak dia gi makan. Ambik kan sikit nasi dan sup. Cakap hari ni last mak makan beras biasa. Esok start makan beras diabetics tu. Selamba jer jawab..eh tak sedap tu. Jadi terpaksa garang sikit nak buta ker nak makan tak sedap. Terus senyap..muahaha. Lepas makan tetiba mak cakap 'Elly tunggu mak kat kereta, nanti mak datang kat kereta ya' lepas tu aku tanya balik 'mak nak gi mana?'...'adalah kau tunggu jer kat kereta'.

Kak Elly tak sedap hati cuba intip kat belakang mak. Ya allah dia gi beli puding caramel pulak. Terus urut dada. Mak...mana boleh makan bahaya ni. Selamba jer jawab...sikit jer ni. 

Selama seminggu terpaksa control pemakanan mak. Tiap2 hari ingatkan. Pagi, petang, malam called tanya. Alhamdullilah berjaya turun kan bacaan kencing manis dan operation berjalan dengan lancar. Tapi still lah hari2 called ingatkan jangan ambik benda2 manis2.





Lepas settled semua urusan mak, Kak Elly ambik keputusan bercuti dengan Filla dan Peej. Memang nak rehat secukupnya. Awal2 dah cakap dengan diorang kali ni aku tak nak fikir pasal melawa ker apa. Mmg bercuti utk tidur. Lantak lah pergi makan tak ada secalit make up pun. Tak ada istilah beli baju baru untuk bercuti kali ni.

Semua berjanji tak nak bercakap pasal business pun waktu bercuti. Dah tak sanggup nak dengar. Just enjoy makan, music dan terbonkang tidur. Nasib Kak Elly baik, En Win tak pernah pun merungut setiap kali Kak Elly nak bercuti dengan kawan2.



Balik dari bercuti tetiba Kak Elly kena serang gastrik yang teruk. Dah makin teruk sakit ni. Decide gi serah diri kat hospital.

Doktor nasihat kan buat endoscopy. Tapi tulah bila memikirkan kerja melambak terpaksa postponed kan dulu. Insyaallah dah selesai segalanya duduk hospital pun tak apa. Kak Elly nak berehat dan pulihkan kesihatan.

Letih sebab setiap hari Kak Elly akan alami sakit ulu hati, perut keras dan sakit belakang yang sangat teruk.




Rasa badan dah ok sikit masuk office buat photoshoot colour2 matte lip cream dan produk2 lain untuk bantu naik kan sales. Berniaga ni kena sentiasa creative kadang2 boleh stress ya mencari kelainan. 



Minggu lepas turun padang ke Mood Republik, Melaka. Kitaorang ni founder yang akan sentiasa ada dimana2. Bukan jenis datang ke booth lawa2 dalam 1/2 jam lepas tu balik. Nooooo...dari 3 tahun lepas kitaorang akan sama turun padang bantu staff2. Tiap2 kali exhibition kitaorang akan bekerja lebih dari 12 jam. Letih jangan cakap lah. Tai kitaorang semangat jer bila tengok orang non stop datang ke booth. Satu kepuasan. Tapi tulah kalau kitaorang duduk kat cashier pembeli tak tahu pun kitaorang ni founder. Siap arah2 kan nak tengok itu ini. Lantak lah janji laku..hahah





Last week birthday Yaya. Hadiah Kak Elly dah beli awal2. Beli kan ticket konsert Dua Lipa. Melompat dia suka. 



Memang setiap minggu Kak Elly akan bekerja. Last week buat training untuk Stokist dan Agent sempena untuk jualan raya ni. Share pengalaman yang ada. Cara closing yang betul. Dengar masalah2 mereka dengan customer. Bagi diorang semangat sikit untuk pulun dan cari duit untuk raya ni. Alhamdullilah dah boleh nampak semangat masing2. Tapi tak semua dapat datang. Masing2 ada hal jadi teruskan jugak dengan date yang dipilih.



Hari yang sama birthday mak. Walaupun dekat tapi tak dapat jumpa sebab agak busy. Pepagi dah called sambil nyanyi. Boleh mak tak ingat langsung birthday dia. Mak Kak Elly ni jenis pelupa. Semua tarikh birthday anak2 dia pun mak tak akan ingat langsung. Kitaorang dah biasa dan tak kecik hati pun. Mak bukan jenis ada calendar yang catit semua tarikh birthday anak2 dia. Korang called bagitau lah sendiri...hahaha

Mak tak ada fb, tak ada handphone pun. Macam tu jugak dengan abah. Kehidupan mak mmg kat rumah jer buat tugas sebagai isteri. Jadi mak memang tak tahu pasal dunia internet ni. Tengok berita pun jarang sebab mak tidur awal. Jadi kalau bercerita benda2 penting ngan abah nanti mak buat dek jer...hahaha

Insyaallah...free nanti bawak mak makan sempena birthday. Sayang angat ni.
   


Ahad lepas sambung lagi kerja. First time buat Fame Open Day. Tak sangka orang non stop datang. Sampai bersesak dalam office tu. Syukur ramai suka kan produk Fame. Minggu ni jer Kak Elly agak free. Ingat nak bawak budak2 bercuti weekend ni. 

Bulan puasa ni mmg langsung x ada setiap weekend. Jadi harap sangat En Win dan anak2 tak ada hal minggu ni. Jadi boleh lah berehat.

Oh ya...bagi siapa yang tak dapat datang open day, korang masih berpeluang dapatkan Harga Combo dan Harga Tawaran Hebat . Check ig @fame_cosmetics




Yehaaaaaa....

No comments: