Nuffnang Advertisement

Wednesday, May 23, 2018

Bercuti


Selamat berpuasa uols. Lama dah tak update blog. Macam plan haritu bila kerja semua selesai dan PRU14 pun selesai jadi Kak Elly decide bawak anak2 bercuti kat Grand Lexis, PD. Ingat nak luangkan masa dengan anak2 sambil mandi2 kat swimming pool.

Tapi rupanya Kak Elly terlupa yang anak2 dah membesar. Tak heran langsung dengan Swimming Pool. Kak Elly ambik hotel yang ada dua bilik dan private pool. Itupun bergaduh2 suh mandi. Diorg terperap jer dalam bilik. Bila tanya tak happy ker holiday ada swimming pool. Paling sedih diorang cakap kalau shopping lagi best....huaaaa. 

Kak Elly seorang ibu yang masih tak boleh lupa kenangan dulu. Bila anak2 berebut dan tak sabar nak terjun kat swimming. Pukul 11pm masih belum keluar lagi dari pool dan Kak Elly lupa yang anak2 Kak Elly dah remaja. Diorang lebih kepada muzik dan fashion sekarang.

So sad...siapa yang masih ada anak kecik makesure korang enjoy lah masa yang ada. Mandi dan bermain lah sepuas2nya dengan anak2. Now anak2 Kak Elly dalam fasa suka tempat bercuti yang diorang boleh bershopping. Suka kan konsert dan tengah sibuk tgk latest baju di internet. Dah tak heran langsung percutian yang ada swimming pool ni. Rindu zaman dulu2 yang diorang terjerit di swimming pool. Panggil naik makan pun tak nak. Dah tak dapat nak nak merasa macam tu lagi :(

Kak Elly emo jer kat sana bile tgk swimmimg pool tu tak ada orang mandi pun. Itu pun waktu petang setelah dipaksa. Hmmm...kena terima hakikat yang anak nak membesar dan keinginan pun dah lain.

Kalau dulu berhimpit2 tidur satu katil tapi sekarang bilik dah asing. Rasanya tak selesa duduk satu bilik sebab anak2 Kak Elly dah besar. Tapi tu lah rindu bergurau kat katil dan tgk diorang tidur keletihan bila penat bermain.

Rindu terjerit2 suh naik untuk suap kan diorang makan. Rindu nak gomol2 diorang. Rindu nak dukung diorang..huaaaa. Now cara bercakap pun dah macam orang dewasa. Lebih kepada tanya tentang pelajaran dan aktiviti diorang.




Bila tengok gambar ni balik buat Kak Elly semakin rindu bila terkenang zaman dulu. Perlu kah Kak Elly mengandung lagi...

Nooooooooooo...hahaha

No comments: