Nuffnang Advertisement

Thursday, April 26, 2018

Nak share gambar event #yaaskusuka

Sebenarnya beratus gambar photographer ambik tapi malas nak pilih korang tgk jer apa yang ada ni ya...hahaha.

Actually event 'Raya Special Edition Set' ni tak ada pun dalam list marketing tahun ni. Kitaorang decide nak terus jual dengan tunjuk video raya tu jer. Seminggu sebelum jualan bermula kita duduk balik dan fikir cara marketing yang betul. Tetapi pepandai pulak seorang budak marketing bagi suggestion utk buat event dan jemput semua Mua, Fame Lover, Stokist dan Agent. 

Macam lipas kudung buat kerja. Cari tempat, buat jemputan, buat speech lagi, cari segala benda utk hias. Alhamdullilah ramai yang nak sponsor event ni dan jemputan ramai giler nak datang walaupun hari Khamis. Waktu decide nak buat event tu paling merisaukan jemputan tak datang sbb kitaorang buat hari Khamis. Tapi 3 hari sebelum event kitaorang pulak stress sebab ramai giler pulak nak datang. Tempat dah lah kecik. Tapi kitaorang tawakal jer agar semua berjalan dengan lancar.



Seawal pukul 3.00 petang orang dah mula datang. Konsep hari tu tradisional supaya kena dengan konsep yag kitaorang nak sampaikan.

Main event ni nak tunjuk produk dan mainkan video #yaakusuka. Korang bayangkan ramai dah datang ni tapi video tak boleh link dekat projector. Berpeluh ketiak ya sbb tujuan panggil orang sebab nak tunjuk video. Serious takut nak mampus. Bila dah boleh link suara pulak tak boleh keluar. Dekat pukul 4pm baru masalah settled. Bayangkan aku layan tetamu sambik hati debar2.



Makin ramai orang datang makin kitaorang berdebar. Make up pun cair sebab berpeluh ketakutan.


Suasana kat dalam ni macam open house raya. Kitaorang mmg pasang lagu raya utk naik kan suasana agar lebih meriah.



Meja semua letak kain batik dan frame kitaorang letak gambar perempuan pakai kebaya



Bergambar dengan Emma Mustafa dan rakan2 Mua. Susah nak jumpa Emma ni sbb busy sangat. Kenal Emma ni pun 2 tahun lepas semasa Kak Elly ada photoshoot dengan Majalah Nona. Alhamdulilah kekal berkawan sampai sekarang.



Sementara tunggu event bermula kita ada sediakan makanan petang utk menjamu tetamu yang datang




Kali ni event mmg santai. Tak sediakan kerusi pun. Tetamu berdiri sambil berkenalan satu sama lain. 



Sebahagian agent dan stoist yang datang haritu



Busy haritu melayan orang sana sini. Walaupun hakikatnya tak pandai bermesra..haha. Kak Elly ni jenis susah nak ingat nama orang. Kenal muka tapi nama selalu tersalah. Peej cukup takut kalau aku tegur orang. Ntah apa2 nama aku panggil. Nanti Peej bisik...'Elly kau salah orang lah'. Eeee...takut.



Dalam pukul 4pm event bermula. Memang Kak Elly lah yang akan berucap. Filla ada penyakit kalau suruh dia berucap dia akan kemurungan seharian dan tetiba dia boleh muntah. Peej memang awal2 berniaga dia dah cakap tak suka benda2 macam ni. Kak Elly ni pun bukan berani sangat tapi terpaksa lah sbb seorang muntah, seorang lagi tak keluar suara...hahaha



Saat mendebarkan bila video dimainkan. Fuh...nasib semua ok. Tapi bangga lah berjaya buat video best. Kitaorang asyik puji video ni best. Hakikatnya tak tahu lah orang luar suka ker tidak. Syok sendiri mmg penting ya agar konpiden level menjadi tinggi...haha. Sendiri buat, sendiri puji dan sendiri bangga. Hebatkan.



Anggap jer lah diaorang terperanjat dengan video yang hebat ni walaupun hanya 1 minit 30 saat sahaja.



Settled mainkan video baru lah dua orang model yang langsing turun menunjuk  Fame Raya Special Edition kepada tetamu yang hadir. Lawanya baju hijau tu. Tapi kalau Kak Elly pakai akan kembang tu kiri kanan. Ni bentuk badan Kak Elly 20 tahun lepas ya.



Tetiba bangga balik tgk gambar ni. Alhamdullilah apa yang kitaorang rancang dari tahun lepas dapat dilaksanakan. Harap akan laku nanti...hehehe. Warna mmg sesuai utk semua kulit. Korang akan dapat special box, premium ang pow, special mirror dan 2 colour baru dengan hanya RM85.00 sahaja.





Antara mua2 yang hadir haritu. Thanks korang always support Fame. 


Selesai Event kitaorang ada buat cabutan bertuah haritu.




Alhamdullilah...syukur ya Allah event berjalan dengan lancar. Thanks kepada Team fame bekerjasama utk menjayakan event ni. 




Bagi yang belum dapatkan Set Raya ni cepat2 beli tau. Bagi kepada orang tersayang. Reward kepada diri anda, suami beri kepada isteri, hadiahkan kepada rakan2 anda, hadiahkan kepada ibu ataupun adik beradik. Insyaallah #yaakusuka 

Boleh dapatkan di website Fame Cosmetics click jer link tu. atau whatsapp 013-2755197.



No comments: