Nuffnang Advertisement

Friday, April 6, 2018

Behind the Scenes #yaakusuka


Memang tak sabar rasanya nak share kat korang gambar2 behind the scenes. Biarlah orang kata syok ngan produk sendiri..haha. Serious gambar2 ni buat Kak Elly tersenyum dan rasa penuh kepuasan. Kitaorang nak masuk 3 tahun berniaga jadi mmg dah tahu bila nak prepare utk barangan raya. Tahun ni Raya kita nak buat satu kelainan. Cuba beranikan diri untuk buat konsep raya yang orang boleh ingat sampai bila2. 

Kak Elly di sorang pecinta benda2 klasik dan tradisional. Jadi tahun lepas Kak Elly suarakan hasrat Kak Elly kepada team utk membuat gift atau hadiah yang berbentuk tradisonal untuk raya tahun ni. Alhamdullilah, pandangan Kak Elly diterima. Kitaorang mula bekerja seawal bulan 10 tahun lepas. Berbincang dari segi konsep, colour, packaging dan bermacam2 lagi. Team mmg bekerja keras untuk keluarkan raya gift tahun ini. Set ini direka dalam bentuk exclusive untuk dihadiah kan kepada diri sendiri ataupun orang2 tersayang dan disinilah hastag #yaakusuka akan disebut2.

Apa yang kita mahukan bila orang membeli atau mendapat gift Fame Special Edition akan dapat kembalikan  nostalgia memakai kebaya di pagi raya. Kak Elly berharap tradisi ini tidak hanyut ditelan zaman. Kak Elly lebih suka anak2 muda masih kekal memakai batik, baju kebaya, baju kurung atau baju kedah di pagi raya. 

Alhamdullilah...dalam bulan 2 segala packaging dapat dilaksanakan dengan jayanya. Next dah mula fikirkan dari segi marketing. Apa nak buat orang selalu sebut dan ingat pasal Fame Raya Special Edition. Setelah berbincang kitaorang decide utk buat video klasik lama. 

Jalan cerita yang macam mana yang kita mahu kan. Macam mana nak kait kan video dan hastag #yaakusuka.  Bukan kerja yang mudah untuk menjadikan sesuatu produk itu disukai. Dalam masa yang sama kita kena fikir boleh ker Stokist dan Agent menjual nya. Serious berniaga bukan senang ya. Kang korang buat cantik2 tak ada orang beli lagi pening ya.

Ambik masa yang lama jugak untuk kita bincang tentang jalan cerita, lokasi, pakaian agar tidak lari dari konsep yang kita mahukan. Kita ingin kekal kan konsep klasik didalam cerita itu nanti. Settled semua perbincangan barulah mula pencarian rumah kampung yang bersesuaian dan lagu yang kena dengan konsep yang dimahukan. Videographer, stylish, model dan mua semua kena bekerjasama dalam satu team.

Settled semua tu, tugas Kak Elly kena susun setiap babak yang kena dibuat. Satu pengalaman yang sangat2 best. Selalu asyik ptohoshoot jer kali ni cuba buat video diluar pulak. Ini lah dinamakan kepuasan. Kat bawah ni Kak Elly nak share gambar2 behind the scenes yang diambik semasa video ini dibuat.























Kenangan yang paling manis. Nanti Kak Elly share gambar2 launching Fame Raya Special Edition ya. Korang tak nak baca pun tak apa. Just nak simpan kenangan kat blog ni.

1 comment:

Rahayu said...

Saya suka baca blog kak ely. Cepat2 update yer tak sabar nak tengok 😀