Nuffnang Advertisement

Wednesday, March 28, 2018

Tercapai gak cita2 akak...


Siapa yang dah lama follow blog Kak Elly mesti tahu Kak Elly terlalu suka benda2 klasik ni. Baju, pinggan mangkuk, peralatan rumah,  barang perhiasan mmg akan buat Kak Elly boleh jadi giler. Tak tahu kenapa terlalu suka. Suka dia yang boleh buat mulut tersenyum jer. Tak tahu lah kalau korang pernah ada perasaan macam tu.

Ada cita2 nak rumah kampung yang penuh dengan barangan lama. Nak bukak butik jual baju2 dan perhiasan klasik. Tapi tak tahu lah ada ker orang yang suka barangan lama ni macam Kak Elly ni. Suka jer syok sendiri kan. Raya tema mmg tak akan lari setiap tahun. Kain batik dan baju klasik. Anak2 semua pun dah terbiasa dan diorang redha...haha

Nasib  En Win pun seorang yang suka benda klasik jugak. Jadi kalau gi sesuatu tempat tu nampak benda2 klasik kitaorang akan teruja. Nampak tin biskut dulu2 pun boleh jadi satu kegembiraan ya.

Korang mesti tahu yang Kak Elly idam2 kan gambar macam dulu2. Rumah kampung ada jendela dan tangga. Tapi nak gambar duduk depan rumah kampung dengan anak2 tapi muka tak senyum. Orang dulu2 kan jarang senyum bila bergambar. Nak gambar macam tu lah. Lepas tu nak frame kan jadi gambar hitam putih gantung kat hall rumah. Cita2 ni masih tak dapat nak buat lagi atas sebab tak ada rumah kampung yang nak pergi...hahaha



Waktu survey kawasan kampung utk drama pendek Fame terus teruja. Terus hati berbunga nak ambik gambar dengan En Win sebagai kenangan walaupun anak tak berminat nak ikut #matakeatas. Maka berdua lah kitaorang tergedik2 bergambar. Huaaa sukanya sebab boleh bayangkan nak gantung kat rumah nanti.

Waktu suarakan nak bergambar kat kampung tu, Peej macam tak boleh terima. Dia kata aku giler...haha. Eh...biarlah. Nasin Filla ngan Radie rajin melayan tau.




Perghhh....buat pulak colour gambar dulu2 seronoknya bila tgk balik nanti kalau usia dah semakin tua. Kak Elly nak jadikan gambar ni kenangan untuk anak2 nanti. Asyik gambar moden jer biar sekali sekala gambar klasik macam ni.



Tapi tu lah bila tunjuk kat anak2 diorang tak berminat langsung nak tengok ya. Cuba kalau artis omputih asyik omg jer....



Takpe anak2 tak berminat tgk sekarang nanti korang sedih ya bila tengok gambar mama ngan papa tergedik2 bila kitaorang tak ada nanti. Waktu tu nanti korang tenung jer gambar ni.



Ewah...bukan main gambar pegang dagu yang berlapis tu. En Win mmg kalau suruh berlakon suka lebih2 sikit sampai aku stress ya. Tapi tulah bila tgk gambar2 macam ni terus rasa nak senyum jer...giler syok sendiri

Koranggggggg....jangan lupa follow ig @fame_cosmetics, 2nd April ni untuk tengok drama pendek raya dari Fame Cosmetics buat pertama kalinya dengan hastag #yaakusuka

Nanti aku korang share tau.....


4 comments:

Mrs Pip said...

sweet la korang ni ... gambar last tu paling win la...

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

sweet sgt tapi sebak pulak bila ada ayat papa mama dah tak ada tu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

tergelak baca...

Lynda Che Lah said...

Cantiknya gambar Kak Elly..Lakonan Encik Win berjaya lah ni kiranya. Klasik habis