Nuffnang Advertisement

Monday, March 19, 2018

Preparation utk Raya


Seawal bulan 12 kitaorang dah mula meeting utk pastikan order dan stock raya mencukupi. Dalam masa yg sama tetap ada projek2 yang lain berjalan macam biasa.

Barang semakin banyak dan tekanan semakin tinggi. Pekerja semakin bertambah. Mencabar ya busniess ni...hahaha. Ingat mula2 business dulu order lepas tu jual jer. Rupanya paling2 mencabar yang duduk bahagian marketing. Ada barang pun tapi tak boleh jual pun blh buat sakit jantung tu.



Staff dah mula kumpul database dalam masa yang sama prepare order dari customer dan jawab whatsapp. Tak tahu lah macam mana tekanan yang diorang rasa agaknya. Boss yang dalam bilik ni pun tiap2 hari tertekan. Order kena makesure sampai dalam masa yang ditetapkan.

Selalu jugak lah bagi diorang semangat. Biasa lah ada masa mood up and down. Kadang2 ada yang menangis2 sebab tekanan kerja yang luar biasa. Selagi boleh selesaikan kan kita cuba buat yang terbaik. Selalu makan bersama2 dengar keluhan dari staff.

Duduk seharian menjawab whatsapp dengan uruskan order. Tekanan dari kitaorang lagi suh siapkan order stokist dan agent. Jadi Kak Elly sentiasa kena faham dan bertimbang rasa.

Salah tetap lah kena marah. Tapi sikap timbang rasa tu as a boss tetap kena adalah.



Tiap2 Jumaat mmg akan buat kiraan stock. Supaya tak terlepas pandang dan untuk elakan sebarang kejadian curi. Staff semakin ramai jadi tetap kena ada sikap berhati2. So far alhamdullilah semua staff Fame baik2.



Bulan 3 kita dah mula ambik part time staff untuk bantu lipat kotak dan tampal sticker. Kitaorang tak boleh tunggu kilang buat semua ni. Mmg stock tak akan sampai lah sampai raya nanti. Jadi bila barang sampai staff part time akan mula jalankan kerja mereka.

Hampir 3 tahun kitaorang buat macam ni. Kadang2 Kak Elly dan team akan turun padang. Sama2 buat jika dateline semakin hampir.

Nasib kitaorang baik selalu dapat part time staff yang tidak memeningkan dan sangat cekap dengan kerja yang diberikan. Now Fame dah ada sorang staff yang uruskan website, ig, fb, photoshoot. Sangat2 membantu dan meringan kan beban.

Insyaallah kalau Fame berjaya sama2 kita akan kongsi rezeki nanti :).


Ada 4 exhibition kitaorang join bulan Puasa nanti. Fame akan berada di Kedah, Melaka dan dua lagi di Kuala Lumpur. Bulan puasa nanti masa dengan anak2 akan terhad. Setiap minggu mmg tak akan ada dirumah. Kak Elly dan team akan turun padang bantu staff di exhibition nanti. Tak boleh bayangkan betapa penat nya nanti.

Nasib suami faham. Kadang2 En Win akan datang bagi support. Kalau tanya Kak Elly seronok tak berniaga ni? jawapan nya berniaga ni kena kental dan bersiap sedia dia apa yang akan terjadi. Banyak menangis dari gembira. Tapi jangan sesekali kita mengalah. Rezeki tu akan sentiasa ada jika kita berusaha. Jatuh dan bangun tu adat berniaga. So far Fame masih bertahan walaupun macam2 cabaran yang kitaorang hadapi.




Insyaallah hujung bulan ni, korang dah boleh dapatkan colour baru dengan size biasa. Siapa yang tak beli travel kit korang boleh dapatkan colour Ruby, Diva dan Mocha dengan size biasa. Harga pun hanya RM29.00 sahaja.

Fame keluarkan produk terbaru Fame Eye & Lip makeup remover. Ni pun korang boleg dapatkan hujung bulan ni :) 




No comments: