Nuffnang Advertisement

Thursday, March 8, 2018

Makan2 birthday


Kak Elly mmg seorang yang suka sambut birthday...kahkahkah. Bila nak dekat tarikh nanti debar2. Tak tahu kenapa sebab Kak Elly rasa tarikh kelahiran ni satu benda yang sangat istimewa untuk diri Kak Elly. Kak Elly akan sedih kalau orang tak ingat atau wish. Jadi sehari sebelum birthday Kak Elly akan called abah dengan mak ingat kan diorang sebab Kak Elly confirm diorang tak akan ingat tarikh2 ni sbb anak terlalu ramai. Adik beradik semua Kak Elly akan whatsapp untuk ingatkan diorang....hahahaha

Filla dengan Peej sampai sekarang masih tak faham konsep Kak Elly yang terlalu suka kan birthday. Bagi diorang birthday jer apa yang best dan perlu excited sangat. Of course lah i excited sebab ini tarikh Kak Elly dilahirkan.

Dah jadi kebiasaan bila birthday Kak Elly akan ambik cuti dan Kak Elly akan paksa En Win ambik cuti sekali supaya dapat luangkan masa bersama. Kak Elly akan pakai baju baru dan akan pastikan anak2 jumpa Kak Elly tepat kul 12 malam. Jangan nak ngada2 alasan mengantuk ya...hahaha

Kak Elly tak tahu orang lain tapi ini lah Kak Elly yang sangat suka bila birthday. Suka dengar orang wish, suka orang yang terdekat dengan kita hugs, kiss dan happy untuk kita. Dah tua2 ni tak harapkan hadiah pun. Paling2 penting orang sekeliling yang rapat ada dengan Kak Elly.




Pagi2 dah keluar breakfast. Usia dah meningkat. Bersyukur dengan apa yang telah diberikaNya. Kak Elly bersyukur diberikan kesihatan yang baik, mendapat keluarga dan rakan2 yang sentiasa membahgiakan Kak Elly. Hidup Kak Elly sebenarnya suka pentingkan kebahagian orang lain dari diri sendiri. Biar Kak Elly susah asalkan dapat bahagiakan keluarga dan kawan2. Itu pun dah beri Kak Elly kebahagian.

Kak Elly susah nak cakap 'No' bila orang mintak pertolongan. Hakikatnya sebenarnya Kak Elly lagi susah. Kak Elly seorang perancang yang baik. Kak Elly suka merancang dan akan pastikan buat sampai berjaya. Seorang yang sensitive, mudah menangis dan mudah memaafkan orang. Keluarga menjadi keutamaan. Terlalu sayangkan keluarga dan sanggup berkorban apa sahaja. Diri sendiri selalu akan jatuh tempat kedua. Suka tengok orang berjaya dan gembira.

Seharian Kak Elly habiskan masa bersama suami dan anak2. Gi Spa adalah perkara wajib. Makan dinner bersama anak2 juga adalah perkara wajib. Walaupun selalu keluar makan tetap akan rasa special bila birthday.



Next day keluar ngan kengkawan. Disebabkan kawan2 diatas ni tak pandai nak buat dinner terkejut2..haha. Jadi Kak Elly dah cakap awal2 nak makan apa dan dimana. Eh...booking pun Kak Elly yang buatkan. Hebat kengkawan kat atas ni tak pandai langsung terkejut kan akak...muahahaha. 



OMG!! Tomahawk ni mmg teringin dari dulu. Mmg selalu tengok ig Nora Danish lepas tu telan2 ailio. Jadi masa birthday lah kita boleh paksa kengkawan belanja.

Rasa memang terlalu sedap sampai makan tak sampai 15 minit licin. Terlalu sedap yang tak boleh digambarkan dengan kata2. Kunyah sampai pejam2 mata. Tak tipu, sumpah sedap nak mampus.

Dari segi harga mmg tak nafikan agak mahal. Macam gambar Tomahawk atas ni dalam RM900++. 





Dua menu appetizer kat atas ni pun terlalu sedap. Semua lah sedap. Siapa nak book korang blh check kat Ig @N97 . Tapi ada masa ya. Korang tak leh lepak lama2. Dia bagi 1 1/2 jam untuk makan. 



Kak Elly punya birthday dengan Kak Peej beza seminggu jer. Next week makan lagi. Permintaan Kak Peej nak makan Shin Nihon kat Sri Hartamas.

Perghhh ini pun terlalu sedap ya. Satu kapal daging kitaorang order. Harga dalam RM700+. Kalau ambik kapal kecik murah lah sikit. Daging ni korang kena bakar sendiri. Huaaa masih terbayang2 kesedapan daging ni.


Geng kuat makan. Terlalu laju ya kitaorang makan. Dalam 15 minit semua licin. Bila makan semua focus tak bercakap2. Macam budak kecik berebut2...haha


Korang kalau ada masa gi tgk ig @fillanie sekarang. Ada diskaun untuk travel kit untuk hari ni sahaja. Sempena 'Women's Day'. Cepat korang.....

4 comments:

mama tisya said...

menu Tomahawk tu ada google juga...mmg ratusan..oh ada limited time ye...laju btul mkn ..15 minit licin ye hehe..yg daging atas kapal ada tgk kwn ig juga p mkn...bila birthday dirai kwn2 mmg seronok...

Amy Hilmirda Daud said...

Happy Birthday ...
makanan tu semuanya nampak sedap :)

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

selamat hari lahir kak ely..semoga sihat , bahagia dan Berjaya selalu.. semoga dipanjangkan umur dalam keberkatan Ilahi

Hans said...

tomahawk tu nampak sedapnya