Nuffnang Advertisement

Friday, March 23, 2018

Macam mana Fame boleh join Play up kat Fahrenheit88


Dulu kan kalau gi shopping mall, jalan kat tempat bahagian make up selalu berangan ada jenama sendiri. Lepas tu berangan jadi kaya dan popular sebab ada jenama sendiri. Berlari2 orang suh sign kat kotak make up tu. Sambil jalan tu nanti Kak Elly tersenyum2 jer. Memang dari kecik kuat berangan. Nak jadi pengacara lah, pelakon lah, pembaca berita lah. Semua yang glamer kalau boleh nak jadi...hehehe




Ingat lagi first time dapat email dari Parkson untuk meeting. Telan2 ailio aku ngan Peej. Tak tahu nak pergi ker tak? Tapi berani kan diri pergi jer waktu tu.

Sampai kat sana kitaorang kena masuk meeting room yang agak besar. Lepas tu ada 3 orang yang berpangkat besar masuk join meeting. Terus rasa nak pitam. Terus discussion bermula dengan cakap orang putih giler berabuk. Bukak LCD projector siap explain itu ini. Aku ngan Peej tak bercakap sepatah pun sebab terlalu terkejut....hahaha

Habis meeting baru lah kitaoran beranikan diri tanya. Kenapa Fame terpilih utk join Play Up. Manager tu jawab "Fame salah satu local produk yang famous" terus aku ngan Peej kembang2 hidup.

Rasa macam tak caya ya. Kitaorang ni jenis bekerja jer. Tak sangka ada orang yang memerhati Produk Fame. Waktu masuk paper NST haritu pun terkejut ya. Fame top 15 Local Brand on Instagram. Kalau gi mana2 jumpa mua atau founder lain pun diorang akan cakap 'Best kan Fame dah famous'

Alhamdullilah...tapi serious kitaorang tak tahu kitaorang ni sebenarnya dah tahap mana. Macam Kak Elly cakap kan tadi, kehidupan setiap hari hanya menjual dan bekerja. Jadi kitaorang jarang tahu tentang dunia luar. Kitaorang tahu produk yang dikeluarkan laku, itu jer....hahahaha

Terima kasih lah yang support Fame selama ni. Kalau tanpa korang fame tak akan sampai tahap ni.



Nampak display ni pun Kak Elly senyum2 ya. Perghhh sebijik macam kat tempat2 yang  mall jual barang make up tu. Macam mimpi menjadi kenyataaan...gitu.

Play up ni bukan sahaja ada di Fahrenheit88 tapi ada kat jugak kat Johor, Paradigm Mall dan coming soon di Times Square.




Sebelum berangan Kak Elly berpanjangan dan korang pun di dalam awangan marilah lah kita cite booth kat Fahrenheit88 ni

Sapa2 yang free, weekend jalan2 kat Pavillion tu meh lah singgah kat Fahrenheit88. Fame ada harga promo dan ada colour baru dan make up remover yang korang boleh test kat situ.


Beli lebih dari RM100.00 korang boleh putar 'Wheel of Fame' ni utk dapatkan hadiah percuma. Share lah ngan kawan2 dapat hadiah percuma nanti.



Datang tau, dari 23 March - 5 April. Dari 10pagi - 10 malam. 


2 comments:

SueGinola said...

Tahniah FAME team!!...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

display rak tue sangat cantik...