Nuffnang Advertisement

Monday, February 12, 2018

Berabuk ckp omputih katanyer


Ramai gak tanya macam mana anak2 Kak Elly boleh cakap omputih dengan fluent sekali. Kalau kat ig atau kat youtube mmg cakap omputih memanjang. Caption pun tulis omputih. Tak macam mak bapak dia berani tulis dan cakap bahasa melayu jer...hahaha

Untuk pengetahuan semua anak2 Kak Elly ni Sekolah Kebangsaan biasa jer. Bukan Sekolah International. Kat rumah pun berborak cakap melayu jer. Tak berani akak nak bercakap omputih kan ada jer yg tak betul diorang tegur #matakeatas diorang kalau membahan no 1. Kak Elly tak pandai nyanyi lagu latest omputih pun kena kutuk kaw2. Tu yang gigih kat office buka youtube tgk lirik 80 kali. Bernanah telinga Peej....hahaha

Anak Kak Elly ni seawal 2 tahun kitaorang dah mula beli story book, dvd barney, barbie, Hi-5 lah macam2 lah semua version omputih. Mmg tak ada langsung buku melayu. Arwah bapak En Win yang jaga budak2 ni. Mmg bapak En Win akan bercakap omputih jer ngan budak2 ni. Jarang cakap melayu. Jadi diorang dah terbiasa.

Ramai yang cakap jangan benarkan anak2 tgk tv or ipad tak elok utk tumbesaran anak2 tapi bg Kak Elly benda2 ni lah yg banyak bantu dan improve kan english diorang. Tapi tulah lain orang lain cara mereka mengajar kot.




Yaya dalam sebulan mmg akan beli 2 story book omputih yang tebal giler tu. Dia join group untuk peminat2 novel omputih. Dari situ english dia semakin improve. Paberet movie mmg cite omputih jer. Haritu teman kan dia tgk Harry Potter tetiba dia pause cita tu. Lepas tu bukak computer and type. Rupanya dia tulis apa yang dia tak faham dan bertanya kepada peminat Harry Potter. Eh...rasa nak hantuk kepala kat dinding. Poyo sangat anak aku ni...hahaha

"Yaya kalau tengok cite omputih baca tak subtitle kat bawah tu". Lepas tu dia tanya Kak Elly balik "OMG..mama selama ni mama baca ker subtitle BM tu" Huh kalau ni lah kawan sekolah aku dulu mmg dah lama aku pulau kan. Terlalu poyo dan eksyen ya.

Novel yang ada perkataan best2 dia akan catit dalam satu buku khas. Yaya ni suka menulis, dia dah mula tulis novel sendiri tapi tak dibenarkan baca lagi sebab belum habis dan Kak Elly confirm tak faham apa yang dia cerita kan nanti...hahaha.

Yaya more tu menulis tapi agak kurang dengar dia bercomunicate. Dia kurang bercakap lebih kepada menulis. Amat2 berbeza dengan adik.

Tapi walaupun terror English keburukan nya BM yaya terlalu teruk. Kalau baca karangan Yaya rasa boleh gelak guling2. Ayat buku betul. Tak ada langsung ayat2 puitis. Jadi kena kerja keras sikit utk perbaiki BM Yaya. Guru tuisyen pun kadang2 tergelak2 dengan bahasa Yaya. 


Cita2 Yaya nak belajar kat Overseas dan ingin menjadi seorang penulis buku omputih. Serious giler poyo. Macam tak boleh terima cita2 macam tu kalau dengar kat sekolah dulu boleh kena kutuk kalau ada kawan macam ni. Rupanya sekarang kena kat anak sendiri..hahah

Dia dah tahu apa nak buat supaya cita2 tercapai. Nak ambik sastera english form 4 nanti. Nak ambik exam IGCSE tahun depan supaya peluang belajar kat sana cerah. Kak Elly sokong jer lah walaupun rasa macam nak cekik diri sendiri bila dengar apa yang dia nak belajar....hahah 



Adik tak suka langsung membaca. Adik lebih kepada Youtube dan cuba ikut slang omputih bercakap. Dia main hentam jer tapi lama kelamaan semakin improve.

Confident level dia agak tinggi berbanding Yaya. Dia berani buat video cakap omputih ala2 berabuk tu. Serious Kak Elly tak tahu mana dia berlajar. Tak suka membaca, tak suka tgk movie, tak ada group pun utk berchatting ttg novel...hahaha. Adik boleh habis kan masa seharian buka youtube dan tgk cara2 omputih bercomunicate dan lepas tu dia akan tiru.

Kalau Yaya masa banyak dihabiskan dengan novel tapi Adik habis kan masa dengan buat video2 di youtube. Hebat ada youtube sendiri. Kak Elly jarang buka tapi ramai yang cakap dia suka berceloteh kat Youtube dan share benda2 yang dia suka. Lantak lah asal kan jangan search benda2 yang tak elok.

Adik tak bercita2 tinggi macam Yaya. Dia cuma tahu nak cepat habiskan form 5 dan bantu mama dia office. Eh..simple sangat ni. Nak tolong mama promote Fame katanya. Kak Elly diam kan jer lah dulu. Tak nak push2 dia. Bagi dia peluang buat benda yang dia suka.





Ini lah ibubapa kedua anak perempuan kat atas tadi. Bapak orang Jawa dan mak orang Bugis...haha. Eh..aku mmg sentiasa kena hebat ya.

Anak2 rapat dengan En Win berbanding Kak Elly. Akak mmg garang dirumah dan suka membebel. Berbanding dengan En Win yang agak cool dengan anak2. Jadi dimata anak2 En Win ada lah bapak yang sporting..huh. Diorang tak tahu lagi tahap sporting mak dia macam mana. Rugi lah tak pandai menilai akak ni....hahahaha