Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 2, 2018

Happy New Year Uols


Selamat Tahun Baru Uols. Semoga azam 2017 semua tercapai. Kalau tak tercapai masuk kan balik dalam azam 2018, tak ada siapa nak marah pun...hahaha. Mula jer tahun baru maknanya Kak Elly dah mula dengan perancangan yang baru yang perlu dibuat dan disusun. Tak tahu lah kalau En Win pernah ada azam atau perancangan macam ni. Rasanya macam tak ada pun..haha. Dah 16 tahun kawin tak pernah dengar dia cite pasal azam tahun baru. Memang blh terkejut beruk kalau tetiba dia cakap ' I rasa tahun ni macam nak bawak u honeymoon lah' rasanya Kak Elly boleh pengsan 80 kali.

Selalunya Kak Elly yang akan rancang dia akan mengikut sahaja. Cakap macam mudah kan tapi perancang yang selalu pening kepala. Kak Elly tak tahu suami orang lain tapi suami Kak Elly mmg tak pernah ada perancangan. Dia jenis malas nak fikir kehadapan. Dia akan fikir apa yang akan terjadi hari ni jer. Tapi nasib dia agak kurang baik kerana dapat Kak Elly yang selalu membebel dan akan fikir perancangan yang perlu dibuat dalam masa 3-5 tahun akan datang. 

Korang jangan tak caya kain baju melayu dan baju kurung semua dah beli untuk raya...kahkah. Senang siap kan awal2 sebab Kak Elly tahu akan busy bila raya nanti. Kak Elly dah fikir nak gi mana hujung tahun dan mula buat budget. Jadi senang untuk Kak Elly tahu berapa perlu simpan setiap bulan. Bila perlu buat booking, bila kena susun itinerary.

  Kak Elly dah fikir Sekolah untuk Yaya supaya tahu berapa banyak yang perlu dicari dan disediakan. Selalunya bulan 10 Kak Elly dah fikir untuk siap sedia ambik guru tuisyen untuk tahun berikutnya. Gilerkan...kahkah. Kak Elly bukan orang yang last minute baru  nak fikir. I blh stress kalau last minute perancangan.

Tahun ni banyak jugak dalam wishlist 

1. Beli Curtain Hall
2. Travel
3. Buat Toilet
4. Beli Meja makan utk rumah abah
5. Planning Sekolah Yaya

Pitam kan beli curtain pun dalam wishlist...hahaha. Ya kena masuk kan dalam list sebab curtain sekarang mahal nak mampus. Perancangan nak buat sliding door tapi disebabkan malas nak berabuk rumah dan renovate ni bukan sikit2 guna duit jadi tukar jer curtain buat sementara waktu. Tahun lepas mmg target renovate rumah jadi tahun ni renovate tak akan masuk dalam list lagi.

Travel dah bincang dan decide untuk kemana hujung tahun ni. Jadi kena simpan duit mulai sekarang. Bulan 6 dah boleh start book flight. Bulan 8 accommodation, Bulan 9 transportation bulan 10 dan 11 duit belanja dan duit makan. Nak harap En Win buat perancangan ni mmg tak berjaya lah. En Win lagi 2 hari nak pergi baru sibuk tanya. Lantak lah janji bg duit dekat I.

Haritu waktu renovate Kak Elly besarkan toilet master bedroom. Tapi besarkan jer lah. Buat masa ni belum buat apa2 lagi. Tiles pun tak letak lagi. Mandi kat bilik air sekarang sebelah cantik sebelah tak cantik...haha. Ingat nak letak jacuzzi. Hebat kan impian. Tapi rasanya kalau ada budger baru buat. Kalau tak cukup kita bawa ke tahun 2019. Tak berapa penting sangat lah. Lagipun yang mandi kat situ Kak Elly ngan En Win jer. Tapi tetap letak kan dalam wishlist supaya tahu ada benda yang perlu dibuat.

Perabot lama rumah Kak Elly semua bagi kat abah kecuali meja makan. Suka betul dapat macam2 barang. Siap cakap kau jangan mintak balik nanti...hahaha. Dah janji ngan Abah dan mak dekat raya nanti belikan diorang meja makan baru. Itu yang masuk kan dalam list supaya senang ketepikan budget.

Wishlist kelima cari sekolah yang terbaik untuk Yaya tingkatan 4 nanti. Jadi Kak Elly kena pastikan result dia pun kena bagus. Yaya mmg lain sikit dari adik. Dia tahu apa nak buat. Dia tahu bidang apa dia suka. Nak ambik A level lah. Jadi Kak Elly dah survey2 Sekolah yang bagus dan berapa budget yang diperlukan. College pun Kak Elly dah kumpul info sikit2. Itu yang buat En Win pitam kalau Kak Elly dah start merancang. Biar lah mak2 mmg macam ni. Nak terbaik untuk anak2.

Ini lah wishlist Kak Elly untuk tahun 2018. Of course dalam perniagaan mmg harap berkembang dengan lebih maju lagi. Azam dalam perniagaan pun banyak jugak tu apa nak buat dan apa yang perlu dikeluarakan.

Harap impian tahun ni tercapai. Harap dapat kumpul duit dengan jayanya. 








No comments: