Nuffnang Advertisement

Tuesday, January 16, 2018

Anak2


Ya Allah cepat betul masa berlalu. Macam baru jer diorang bermain depan mata sambil Yaya isap puting. Kenangan hantar diorang sekolah tadika masih kuat di ingatan.

Sekarang dua2 dah sekolah Menengah. Dua2 dah ada bilik masing2. Dah tak nak duduk ngan mama lagi :( .



Hari ni baru selesaikan pertukaran Sekolah adik. Masuk kan dia satu sekolah dengan Yaya. Senang nak uruskan kan. Senang hati sikit sebab Sekolah perempuan...hahaha. Terpaksa beli buku baru, stokin dan jahit balik lencana. Semua uruskan hari ni. Esok dah boleh start sekolah baru.

Kak Elly kan sensitive sikit. Hantar anak sekolah Menengah pun nak sedih. Sayu jer rasa hati. Anak2 Kak Elly mmg ada dua perangai yang sangat berlainan.

Macam Yaya jadual kehidupan dia agak teratur sikit. Dia tahu apa yang nak buat. Pagi seawal pukul 5 dia dah bangun. Tak payah bangun kan pun. Dia akan bersiap sendiri. Sementara tunggu 6.20am dia akan ulangkaji pelajaran. Sampai En Win siap untuk hantar dia kesekolah. Dia tahu bahagi kan masa. Bila masa belajar dan bila masa membaca novel.

Kat bilik nanti penuh dia tampal "list thing to do'. Eh...tu perangai Kak Elly tu...hahaha. Sampai office nanti mula2 yang Kak Elly  akan buat tulis 'thing to do' dulu.

Balik sekolah, Yaya akan rehat sekejap dalam 2 jam lepas tu dia akan bangun mandi dan sambung belajar atau buat homework. Lepas dah settled semua baru tengok handphone sementara tunggu waktu tuisyen. Mmg senang sikit nak uruskan Yaya ni. Mungkin sebab dah besar kot.

Cuma Yaya ni agak poyo sikit lah..haha. Dia terlalu sukakan artis omputih. Teruja bebenor kalau cerita pasal artis. Sanjung bukan main. Cara pakaian semua nak ikut...nyampah betul. Tu yang dia tak suka bercerita dengan Kak Elly sbb mana lah aku kenal...hahaha. Ngan En Win jer diorang akan bercerita. Setakat Michael Jackson akak kenal lah.

Adik ni agak memeningkan kepala sikit. Dia tak pandai nak atur diri sendiri. Jerit mandi baru bergerak. Jerit belajar baru bukak buku. Selagi tak suh potong kuku mmg dia akan biarkan kuku tu panjang. Tak berapa pandai sangat berdikari. Yaya korang blh tgk pakaian dia akan kemas jer. Tapi adik main belasah jer...hahaha

Tapi adik ni Kak Elly ngan En Win sampai sekarang tak tahu tahap pelajaran dia macam mana. Kejap dia punya keputusan merundum teruk tetiba dia boleh jadi bijak dengan sekelip mata...hahaha

Cikgu home tuisyen dia pun akan berdebar2 menunggu keputusan. Kadang2 bila waktu tuisyen satu soalan pun dia tak boleh jawab. Tapi bila jawab exam semua betul. Pelik sangat ni. Ulangkaji sendiri mmg tak pernah lah. Kalau dia bukak buku pun Kak Elly rasa dia berangan jer....haha

Tapi adik ada satu kepakaran yang hebat. Dia terlalu pandai buat video dan edit video2. Terror giler ya. Mana dia belajar pun tak tahu lah. Weekend dia boleh duduk seharian dalam bilik utk edit segala video.

Tapi tulah masing2 dah besar. Masing2 terperuk jer dalam bilik. Tu sebab Kak Elly suka ajak diorang keluar bersama supaya dapat borak2. Kalau duk rumah mmg batang hidung pun tak nampak. Turun pun waktu makan jer. Terasa betul bila budak2 dah besar ni.

Kalau waktu bercuti pun dah rasa lain sangat. Kalau dulu masing kecoh jer nak bercakap. Sekarang kalau duk kat kereta masing earphone jer kat telinga. Dah pandai shopping dan pilih baju. Dah pandai pasang lilin kat bilik...hahaha

Mama doakan cita2 anak mama tercapai. Apa yang korang nak buat mama akan sentiasa sokong walaupun kadang2 menyakitkan hati sbb mama lebih suka anak2 mama berdikari di asrama. Tapi selagi ada En Win benda ni tak akan terjadi...hahaha








2 comments:

mama jariss said...

syok nyer..rasa macam dah lama tk baca cerita kak elly kat umh.. rindu... #terubat rindu.. pasni kak elly kena masukkan dlm cheklist harian akak tu...update blog...hihi

wahida said...

hihi..yaya dan adik dua perangai berbeza..lawak pasal adik tu..diam2 ubi berisi tu namanya..hihi..well wish u dipermudahkan semua urusan n hope 2018 bawak lebih kejayaan pada uolls..aminn