Nuffnang Advertisement

Thursday, March 16, 2017

CARI DUIT.....


Alhamdullilah....Produk Fame Cosmetics dah jadi bualan sana sini. Marketing pun dah semakin meluas. Kak Elly nak ajak reader2 Kak Elly diluar sana, meh kita sama2 cari duit tambahan. Tak ada modal boleh mulakan dengan dropship jer dulu. Mana ada kerja yang mudah. Korang kena ada usaha dan rajin jer untuk memperkenalkan produk yang dijual. Insyaallah dari segi marketing HQ akan membantu memberikan gambar2 yang menarik.

Nak raya ni wei semua orang nak lawa...hahaha. Tak susah pun jual cosmetics. Bawak kat office tunjuk kat rakan2 dan insyallah ramai jer berminat nanti. Harga Fame harga mampu milik. Jadi agak mudah untuk dijual.


Kita banyak koleksi warna2 lipstick yang mengikut trend terkini. Murah dan sangat berkualiti. Fame banyak testimoni di ig yang korang boleh ambik untuk tujuan marketing. Ramai dah stokis2 dan agent2 kita tersenyum dengan hasil jualan produk Fame. Kalau tak caya apa kata korang cuba dengan menjadi dropship jer dulu. Tgk macam mana kehebatan menjual produk Fame.

BB Cushion membantu menjimatkan masa. Sesetengah wanita tak ada masa pun nak pakai foundation ataupun loose powder. BB Cushion ni sangat2 mudah digunakan. Lepas dap2 BB Cushion ni korang dah boleh make up seperti biasa. Paling best mesra wuduk sangat mudah untuk dicuci.

Mascara dari Fame mengandungi Fiber dimana ia boleh melebatkan dan memanjang bulu mata. Banyak video dan gambar yang kita share di ig supaya korang boleh gunakan untuk tujuan marketing. Rasanya tak susah untuk berniaga. Dari duduk diam lepas habis berkerja apa kata korang rajin2 kan diri up gambar2 yang menarik. Insyaallah rezeki tu akan ada kalau korang rajin dan tidak berputus asa.

Eyeliner berbentuk pen, sangat hitam dan mudah untuk dibentuk. Macam mascara jugak banyak gambar kita share di ig untuk tujuan membantu korang dari segi marketing. 

Dari segi marketing HQ akan promote produk Fame di Fb Ads, Live update dari Mua2, TV dan Majalah2. Korang kena rajin komen dan promote jer. Mudah sangat nak cari duit ni. Kena usaha dan rajin jer. 

Whatsapp 013-376 0466 for more info untuk jadi Stokis, Agent ataupun Dropship. Jom sama2 kita tambahkan pendapatan keluarga.





Wednesday, March 15, 2017

Siaran Langsung AL HIJRAH


Peej ngan Filla keluar cari barang. Laju2 tulis blog walaupun melambak kerja atas meja. Jadi bila duk sorang2 tak rasa bersalah sangat menulis blog ni....hahaha

Rasanya semua dah tahu Kak Elly memang incharge bahagian marketing. Bahagian promote produk, deal dengan customer or client memang Kak Elly akan handle. Jadi bila kitaorang ambik keputusan untuk masuk kat TV jadi Kak Elly lah yang akan kedepan.

Dulu waktu remaja memang Kak Elly suka jer benda2 glamer ni. Selalu tengok orang masuk TV, majalah dan memang ada cita2 nak jadi macam tu. Mesti bangga bila dapat masuk TV. Bercakap pulak pasal produk sendiri. Fuyoooo tak boleh bayangkan kalau dapat masuk TV satu hari nanti dan bercerita tentang kerjaya.

Tapi tu waktu remaja ya. Memang semangat nak glamer membuak2. Sekarang tak lagi, rasanya lebih kepada tanggungjawab sebagai pengasas produk dan sebenarnya tugas ni sangat2 menakutkan...hahaha. 



Al Hijrah hanya bagi masa 6 minit untuk Kak Elly bagi semua info mengenai produk Fame. Yesssss...6 minit kena bercakap tanpa henti. Terus akak stress dan takut. Dah lah kalau bercakap Kak Elly suka terhenti2 dan banyak aaaa...aaaa...huaaaa pitam bila fikirkan.

Nak tak nak kena buat homework dan practice bercakap depan En Win walaupun Kak Elly tahu dia tak dengar pun...hahaha. Dah lah Kak Elly ni lembab kalau bab hafal2 ni. Takut wei, tapi semangat kena kuat demi memperkenalkan produk Fame.

Ingat lagi waktu remaja Kak Elly ada pergi interview jadi pengacara Nona bila orang tu cakap action jer satu jer perkataan keluar dari mulut Kak Elly 'Nona' lepas sebut Nona terus akak senyap jer lepas tu. Benda yang Kak Elly hafal tu hilang serta merta. Takutkan....huaaaaaa. Dah lah Al Hijrah ni Siaran Langsung kalau lupa macam mana. Takut wei...hahaha



Seawal 6.30 pagi dah start make up. Kak Elly akan start live pukul 9.30am. Waktu ni rasa gemuruh tu ada jugak. Tapi rasanya Kak Elly dah bersedia dari segi mental dan fizikal. Cewah....hahahaha.

Waktu ni korang cakap lah kena buat itu ini memang tak masuk ya dalam kepala. Tak payah nak tambah itu ini last minute mmg akak tak akan dengar.



Siap sedia susun produk sebelum Live



Tapi tak berdebar sangat waktu ni. Mungkin confident tu dah start datang dalam jiwa raga ni...gitu



Orang yang selalu ada bersama Kak Elly. Kak Elly memang seorang yang suka share semua benda dengan suami. En Win seorang pendengar yang baik. Dia lah tempat Kak Elly luah kan perasaan bila tengah stress, sedih, gembira atau marah.



Pengacara hari tu Raja Fara dan Elfira Loy. Nasib diorang santai dan sporting jer waktu tu. Tak rasa takut sangat. Sebelah Kak Elly tu Ferra. Mua yang banyak support Fame dari mula Fame diperkenalkan. Ferra akan share pengalaman menggunakan Fame. Sebelah Ferra pulak model untuk kita tunjuk kan kehebatan Fame BB Cushion



Alhamdullilah Kak Elly bercakap non stop. Sepatutnya masa diberikan hanya 6 minit tapi disebabkan diorang tak boleh mencelah Kak Elly berjaya cakap hampir 11 minit...hahaha. Kak Elly keluarkan segala input2 yang ada dikepala. Share semua tentang produk Fame. Terasa hebat sangat ni...hahaha. Lepas ni mesti Al Hijrah contact Kak Elly untuk ganti tempat Raja Fara...kahkahakah



Ferra pun banyak membantu memberi segala details mengenai produk Fame. Sangat2 bagus penerangan yang Ferra berikan.



Demo produk


Alhamdullilah Live haritu sangat2 berjaya. Kitaorang dapat feedback yang sangat2 memuaskan. Whatsapp masuk beratus2 waktu tengah siaran. Sampai stress staff nak reply. Alhamdullilah permulaan yang baik untuk perkenalkan produk Fame. 



Thanks Ferra u alwiz support Fame


Us

Kami kena jadi lebih kuat lagi. Terlalu banyak pesaing diluar sana. Bersaing cara sihat untuk menaikan nama Fame Cosmetics. Alwiz think positive untuk berjaya. 













Saturday, March 4, 2017

ROBI


Kalau ingat balik zaman kanak-kanak permainan yang Kak Elly paling suka patung kertas yang boleh tukar-tukar baju dengan handbag tu. Waktu tu memang best sangat lah. Kalau main dengan kawan siap bertukar2 dialog. Kejap kang tukar baju dinner, tak sampai 5 minit tukar baju tidur....hahaha. Tapi tu lah zaman dah berlalu anak2 Kak Elly pun tak pernah tengok patung kertas tu.

Bila zaman dah berubah permainan pun semakin canggih. Baru2 ni Kak Elly bawak balik Robot Robi untuk anak2. Hebat sangat ya Robi ni siap boleh bercakap Manglish (Malay/English). Tak tipu ya. Robot ni boleh menari dan menyanyi. Canggih sangat kan. Robi ni ada lebih kurang 250 phrases dan Robi ni boleh berinteraksi dengan manusia. Bahasa Cina pun Robi boleh faham. Hebat sangat kan teknologi dari Japan. Tak sabar nak tunjuk kat anak2 mesti diaorang teruja sebab Kak Elly waktu bawak balik pun dah tersenyum2 dalam kereta...hahah




Berkotak-kotak Kak Elly bawak balik. Memang nak luangkan masa dengan anak2 sama-sama pasang Robi ni.




Bila tunjuk kat anak2 semua kelam kabut nak pasang. Bukan anak2 jer suami Kak Elly pun teruja. Macam kurang percaya pulak ada robot secanggih ni. Huaaaa nak cepat2 pasang lepas tu nak tengok Robi ni menari.



Seronok pulak rasanya dapat luangkan masa bersama2. Kak Elly dengan suami memang agak busy. Jadi bila berkumpul macam ni dan masing2 berlumba-lumba nak pasang robot jadi kecoh dan ceria.




Kak Elly ni memang lembab sikit kalau baca arahan. Terkial-kial nak pasang. Danea dah tergelak2 tengok sebab penat dia bagi arahan Kak Elly tak faham. Kak Elly nak lekatkan badan dan kepala Robi pun lembab. Akak dah tua tak berapa pandai benda2 canggih ni...hahaha



Nasib En Win tolong buatkan. Seronok juga sekali sekala dapat berkumpul dan main bersama. Spend quality time dengan anak. Menguji minda jugak untuk pasang Robi ni. Budak2 memang suka lah permainan yang canggih macam ni. Seronok dan dalam masa yang sama banyak benda kita boleh belajar.

Jom layan video Robi menari dan berinteraksi dengan manusia!!



Robi ni korang boleh dapatkan di 7-Eleven, Borders, Cold Storage, Hamleys, Jason Food Hall, Kinokuniya, Mercato, MPH, myNEWS.com, Pansing, Popular, RadioShack, Timer, WHSmith, FPX payment (melalui website).

Kak Elly nak ajak korang datang ramai-ramai bawak anak2 sekali ke Roadshow Robi pada 10th -12th March 2017

Launch Event dan Roadshow

Date: 10th-12th March 2017

Venue: One Utama (High Street)

Untuk keterangan lebih lanjut korang boleh hubungi 03-2168 3738 ( Mondays - Fridays, 9am - 6pm)

Email
service@deagostini.my 


Rugi kalau korang lepaskan peluang ni. Ada 100 Robi yang akan perform and dance in sync to music. Boleh bayangkan keseronokan anak2 korang nanti. Bukan itu jer ada bermacam2 aktiviti juga disediakan masa event tu nanti. Korang berpeluang interact dengan Robi, customized games untuk ibubapa dan anak2, ada Robi giveaway, Robi balloons dan Robi Machandise.

Jadi jangan lepaskan peluang. Ingat tau 10th - 12th March 2017 :). 










Wednesday, March 1, 2017

Forgive and Forget


Minggu ni luangkan masa jumpa kengkawan lama. Bergelak ketawa bila cerita kisah dulu. Cepatnyer masa berlalu. Cepatnyer kehidupan seseorang itu berubah. Kawan datang dan pergi. Bersilih ganti hanya kenangan yang akan disimpan selama-lamanyer. Minggu ni Kak Elly agak emo sikit. Biasa lah perempuan kalau period cenggini lah keadaannya. Anak tunggu depan pintu pun sedih...huhu.

Borak2 dengan kawan lama semalam nama Hawa kat cafe. Banyak topik yang keluar. Dari satu topik ke satu topik. Tetiba terkeluar topik yang buat Kak Elly terpukul dan tersedar. Topik Forgive and Forget. Dia kata ada satu couple ni nampak sangat romantik dan bahagia. Terlalu bahagia sampai dia terfikir pernah tak couple ni bergaduh besar. Actually couple yang dia cerita ni kawan Hawa jugak lah. Dia berani kan diri bertanya kepada isteri pasangan tu. "Korang ni romantik sangat lah. Pernah tak korang bergaduh besar?. Kepochi gaks lah Hawa ni...hahahaha macam akak jugak.

Selamba jer bini dia jawab 'Suami dia pernah melakukan kesilapan yang paling besar, kesalahan yang kalau perempuan lain rasanya tak boleh maafkan'. Tapi saya mengambil pendekatan FORGIVE AND FORGET. Kalau dia menyesal dengan apa yang dilakukan apa salahnya kita Forgive tapi makesure kita Forget jugak sebab kalau kita tak Forget kehidupan tidak akan sama macam dulu. Tapi kalau kita Forget, insyaallah kita akan jadi lebih bahagia.

Kak Elly ni jenis Forgive tapi jarang Forget kesilapan yang orang lakukan keatas Kak Elly. Kebenaranyer kita tak akan tenteram sampai bila2 sebab parut yang ditinggalkan dari sesiapa yang membuat kesilapan masih kekal dijiwa Kak Elly dan sampai bila2 benda tu akan berbekas dan Kak Elly ingat kesilapan yang dilakukan sampai bila2.

Tapi bila dalami apa yang 'bini ' tu cakap banyak betulnya. Cuba maaf kan seseorang dengan sepenuh hati dan lupakan kisah lama. Tapi makesure dia sedar dengan kesilapan yang dilakukan. Rasanya kehidupan kita tenteram rasanya. Hmmmm kena ubah sikap macam ni. Kak Elly ni jenis mudah memaafkan tapi susah untuk lupakan. Bila malam teringat2 jer kesilapan orang yang buat kita sebab Kak Elly jenis yang suka pendam dan dendam.

Satu topik yang sangat bagus dalam perbualan semalam. Topik yang insyaallah Kak Elly akan cuba ubah dalam diri ni. Doakan :)