Nuffnang Advertisement

Wednesday, December 27, 2017

Nak share supaya tak ada yang salah faham....


Amboi tajuk bukan main panjang lagi. Apa macam tahun ni, capai tak apa yang yang korang list kan. Tahun ni macam biasa nak kurus mmg bertahun2 tak tercapai. 2017 tahun yang sangat mencabar dari segi kewangan dan perniagaan. Banyak perancangan dibatalkan disaat2 akhir. Alhamdullilah banyak hutang hampir selesai. Target tahun ni  banyak juga yang tak tercapai. Insyaallah list ni akan bawak ketahun hadapan. Tapi tipu lah tak ada kegembiraan langsung. Anak2 agak berjaya dalam pelajaran. Rumah idaman dapat buat sikit2. Kesihatan kurang baik tahun ni. Tapi cinta dengan suami semakin membara...ahaks. 

Setiap kali jumpa orang semua ucap tahniah. Alhamdullilah ramai puji kata Fame dan semakin maju. Kebanyakan cakap kitaorang dah semakin kaya. Alhamdullilah semoga betul2 kaya macam Dato Vida...amin.

Tapi hakikatnya kitaorang masih makan gaji. Yang buat duit company bukan kitaorang. Rolling duit untuk produk sentiasa keluar masuk. Risau bila ada tanggapan dah kaya makin sombong dan kedekut. Kak Elly masih macam korang makan gaji setiap bulan. Tak pernah terjadi jualan meletop dapat gaji pun meletop2. Company pun tak ada lah berapa kaya. Setiap bulan banyak jer expenses nak kena bayar. Kitaorang pelik macam mana Dato Vida tu boleh jadi kaya raya dengan jualan produk....hahahaha

Dapat bayar sewa kedai, bayar gaji staff, bayar income tax, GST dan dapat cover semua benda pun dah kira sangat bagus tu. Takut betul dengan pandangan orang ni. Jual produk jer kaya, produk laku jer kaya. Tak uols kita masih ditahap cukup2 untuk cover expenses. Company baru nak naik jadi banyak yang perlu diperbaiki. Kak Elly pun tunggu bonus dari company.

Kak Elly sama macam korang. Share dengan suami bayar expenses. Duit rumah, insurance, kereta, tuisyen, perbelanjaan dapur, anak2 dan keluarga. Ada lebih sikit simpan utk holiday or handbag sebab itu jer reward untuk diri. Sedih bila orang nak pinjam bila kita tak dapat bg tuduh kedekut dan sombong. Hakikatnya kadang2 kitaorang pun pening nak pusing duit. Ada2 masa hujung bulan pun kena berjimat cermat.

Perniagaan pun tak setiap bulan maju. Jadi kena pandai rolling modal yang ada. Susah nak bagi orang faham yang kita ni sama jer makan gaji dengan korang kat luar sana. Banyak jer whatsapp nak pinjam duit tapi serba salah kalau tak dapat bagi. Hmmm..macam mana nak faham kan orang. Bila cakap tak dapat bagi mula lah tuduh kedekut, sombong dan tamak. Hakikatnya Kak Elly bukan macam tu :(. Of course kalau ada i bagi. Tapi orang tak akan percaya lah bila kata tak ada duit. Tipu lah tak ada duit cuma duit tu of course ada banyak benda yang nak dibuat. 

Banyak jugak yang kasi pinjam tapi tak berbayar. Tapi Kak Elly selalu permikiran positive yang mereka tengah tak ada duit dan agak susah. Jangan pulak pinjam tapi tunjuk holiday sana sini mmg boleh mendatangkan marah. 

Cuma apa yang Kak Elly nak sampaikan kat sini. Kak Elly macam korang jugak. Nak capai sesuatu simpan supaya dapat dicapai. Kak Elly bukan kedekut, sombong atau tamak. Kehidupan Kak Elly hanya nak gembirakan keluarga dan capai apa yang diinginkan. Kak Elly pun kena berusaha untuk capai sesuatu. Bukan goyang kaki jer duit boleh masuk. Itu yang kena faham kan. Duit berniaga masuk dalam company bukan pocket sendiri. Saya hanya makan gaji...:) 




No comments: