Nuffnang Advertisement

Monday, December 11, 2017

Kembali bersiaran


Hebat ni kembali bersiaran. Cerita percutian dengan keluarga Fame pun tak tulis lagi terus melompat ker cerita lain. Tapi rasanya cerita percutian tak share kot camera pun tak bawak. Gambar2 semua dah share kat ig. Tak ada apa pun nak share sebab masing2 bawak anak jadi masing2 busy melayan kerenah keluarga masing2.

Kehidupan macam biasa. Sentiasa busy dengan meeting dan kerja2 kat office. Hari ni baru ambik PA untuk bantu Kak Elly. Itu pun belum bagi lagi tugasan. Biar dia selesa dulu dan belajar dengan staff kat sini.

Banyak jugak perancangan dah diatur sampai tahun depan. Bulan ni jer 3 kali Kak Elly akan masuk TV, lepas tu ada exhibition di Mood Republik, kena turun Kedah untuk jadi speaker. Share pengalaman berniaga dengan surirumah. Year End Sale pun tengah berjalan. Produk baru insyaallah Rabu ni akan keluar. Calendar dan Notebook sedang dijual untuk Fame Lovers. 

Hujung tahun memang cuti dibekukan. Staff semua dah clear cuti bulan November haritu. Kitaorang pun tak kemana cuti sekolah ni. Nasib haritu dah bawak diorang gi Gold Coast. Kalau tak memang rasa bersalah lah. Alhamdullilah dapat staff yang sangat2 bertanggungjawab. kalau kitaorang busy diaorang lah banyak membantu. 

Sabtu lepas dapat jugak curi2 masa jumpa Stokist Fame. Dah lama tak borak2 dan share pengalaman masing2. Tanpa diorang pun Fame tak kemana. Stokist, Agent dan dropship memang banyak membantu dari segi jualan. Nanti kita jumpa semua ya.
  


Kita mulakan dengan gambar eksyen dulu...ahaks





Ini lah tulang belakang kitaorang. Orang2 kuat Fame Cosmetics. Diorang bersama Fame sejak awal lagi. Tak terbalas jaga diorang ni. Fame hanya mampu berikan yang terbaik, berkongsi rezeki dan perbaiki segala kelemahan.

Kitaorang ni bukan terror berniaga sangat. Tapi cuba perbaiki kelemahan. Belajar sana sini mencari ilmu. Jumpa orang yang lebih berpengalaman. Dengar pegalaman orang lain dan jadi kan sebagai guideline supaya kita boleh ikut.

Kunci dalam pernigaaan ni jangan malas dan jangan malu untuk belajar. Biarlah orang nampak kita bodoh tapi perlahan2 kita akan belajar sesuatu. Paling2 penting jangan kedekut Marketing kerana itu lah yang menentukan penjualan produk kita. Kalau berniaga tapi takut nak keluarkan duit marketing agak susah lah kita nak kuatkan sesuatu produk untuk orang kenali.


Jangan takut dengan persaingan. Biarlah kiri kanan jual benda yanga sama yang penting kita tahu kekuatan produk kita dan tahu bagaimana untuk menaikan branding supaya orang sentiasa ingat. Kalau berniaga jer tapi branding tak kuat pun susah jugak. Kak Elly nak buat sampai bila nak beli lipstick jer terus orang terfikir, tercari 'FAME'....gitu. Tapi mmg susah lah. Itu yang kena cari ilmu sampai orang tak pandang brand lain. #senangcakap #buatsusah

Ramai jugak tanya, kenapa Fame tak ada billboard. Bukan tak nak pasang billboard tapi kita nak kukuhkan branding dulu. Nama dah kuat baru best pasang billboard sebab bila orang nampak billboard tu nanti orang tahu apa produk kita dan kenal brand kita. Baru lah berbaloi. Jadi kita bagi orang tahu dulu pasal Fame. Tapi nak capai tahap tu bukan mudah. Kena betul2 viral tu baru letup. Nak viral pun biar lah benda2 yang positive. 

Alhamdulilah...selain Zalora, Fame dah masuk Parkson. Bukan mudah sebab bermacam2 paper work korang kena submit. Dah lah meeting haritu aku ngan Peej takut giler. Tapi kitaorang dah selesaikan dengan jayanya. Now peej handle Zalora dan Kak Elly handle Parkson. Ini pun salah satu cara untuk perkukuhkan branding.

Dalam perniagaan jugak kita kena percayakan rezeki. Jangan sesekali kita takut dengan pesaing or orang sekeliling. Kalau kita rajin insyaallah rezeki akan sentiasa berpihak kepada kita. Tak perlu negative2 ni. Tak perlu nak menjatuhkan dan memburuk kan nama produk lain untuk menonjolkan produk kita. Buang masa jer. Betul tak?

Perghhh...dah macam pakar motivasi dari tadi tulis pasal business jer. Kak Elly share ilmu Kak Elly ada. Jadi siapa minat berniaga boleh refer kat sini. Suka jer bantu or kongsi ilmu yang ada supaya sama2 dapat rezeki. Tak baik kedekut ilmu ni.





Insyaallah...Rabu ni kita dah mula jual Fame Matte Lipstick. Kita akan keluarkan 4 colour dulu. Lagi satu colour insyaallah lagi 2 minggu. Colour kali ni semua letup dan sesuai untuk semua jenis kulit. Boleh follow ig @famecosmetics kalau nak tengok model pakai.

Lip Matte Cream dan Matte Lipstick ni dua benda yang berbeza walaupun dua2 Matte. Dari segi bentuk memang jauh berbeza lah. Untuk orang yang berusia macam Kak Elly ni akan prefer pakai Matte Lipstick berbanding Lip Matte Cream. Matte Lipstick ni tak ada cermin pun boleh tonyoh jer kat bibir..hahaha

Paberet colour Kak Elly, Hot Coral dan Be Mine. Perghh letup bibir pakai...hahaha






Fame dah start jual Calendar dan Notebook. Tapi kita tak keluarkan banyak. Khas untuk Fame Lovers. Korang kena dapatkan kerana quality memang sangat2 bagus. Calendar lengkap dengan segala cuti2. Paling best blh tulis segala appt.

Cepatkan dapatkan sebab very2 limited. Boleh tgk kat IG segala info harga dan design.

Ok lah korang. Nak sambung kerja... 



5 comments:

Norliza Nordin said...

cantik kaler lipstick tu

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

lamanya tak update blog.. tertunggu entry reno bilik tueee

Idaghe Hernadez said...

Adakah anda memerlukan perniagaan atau pinjaman peribadi yang layak dari $ 3,000 - $ 50,000,000? Kredit buruk atau Kredit yang baik, tidak ada perbezaan dengan kami. 3% permohonan diluluskan dalam 72 Jam. Untuk memohon, berhubung dengan kami
melalui e-mail:
idaghehernadez@gmail.com
Whatsapp +13176681073
Encik Lonnie Hernadez

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Belum brkesempatan lagi singgah belek fame di Parkson JB Paradigm

Hayati Ghazali said...

Gitu la manusia, nampak kita senang sikit, mula la amik kesempatan sedangkan dia tak tahu kesusahan yang kita dah tempuh....dan yang paling bangsat, hutang tak reti nak bayar....senang kan hidup diorang, susah sikit pinjam kat orang...eh..membebel pulak saya...hehehe...actually saya simpati sebab saya lebihkurang senasib dengan Elly, sekarang jiwa saya dah kental, tak mau dah kasi pinjam kat orang, susah kita orang bukan tau....