Nuffnang Advertisement

Tuesday, November 28, 2017

Kisah Adik UPSR


Ya Allah malas betul nak menulis kat blog sebab rasanya semua benda dah share dekat IG dan FB. Tapi tak sampai hati pulak bila adik cakap 'mama selalu tulis pasal Yaya jer. Pasal adik mama selalu tak nak tulis'. Terasa berat sebelah pulak. 

Nak tulis ni pun kena berhati2 sebab sikecik ni mudah merajuk...haha. Adik ni dari dulu Kak Elly susah sikit nak baca prestasi pelajaran dia. Kadang2 dia menurun agak teruk. Tiba2 bila exam hujung tahun dia menjadi seorang yang sangat bijak dan terus naik kelas pandai. Cikgu tuisyen dia pun pening. Selalu panggil Kak Elly untuk discuss. Mana tak takut bayar agak mahal tapi prestasi sekejap naik sekejap turun.

"Puan saya pun tak tahu nak cakap macam mana, hari ni saya bagi exam dia blh jawab semua. Minggu depan saya bagi lagi exam dia tak boleh jawab langsung'. Bayangkan cikgu pun pening dengan adik ni.

Yaya kalau nak exam lagi sebulan dia sendiri bangun pagi dalam pukul 4.30 untuk belajar dan buat latihan. Tak perlu disuruh. Adik pulak kalau tak ada tuisyen mmg dia tak akan belajar langsung. Adik jenis tak pandai belajar sendiri. Sebab tu Kak Elly sediakan cikgu home tuisyen untuk dia belajar setiap hari. 




Dah besar anak mama. Walaupun sakit jantung kalau berdepan dengan adik ni. Malas mandi dan malas potong kuku. Kerja Kak Elly setiap hari akan bau rambut, check bilik dan check kuku...hahaha. Pasal ni lah Kak Elly nak sangat dia duduk asmara supaya boleh berdikari. Kak Elly tahu mana kelemahan anak2. Tapi tulah si 'Papadom' tu mana tahu semua ni.

Kalau Kak Elly bising pasal rambut adik busuk. Nanti 'Papadom' ambik shampoo gi basuh kan rambut anak dia. Terlampau ni sayang anak...haha 



Haritu nampak cikgu share kat whatsapp group tentang application untuk masuk Kolej Yayasan Saad (KYS). Diam2 Kak Elly apply menggunakan trial UPSR adik. Cuba2 nasib sebab result adik ok2 jer. Cuma BI adik agak bagus. Memang nak sangat adik masuk sini. Diantara 10 sekolah yang terbaik. KYS ni actually private school. Yuran mmg agak mahal. Tapi bukan senang nak masuk walaupun berbayar. Diorang akan pilih betul2 yang berkelayakan. Dalam masa yang sama kalau bernasib baik dapat scholarship.

Alhamdullilah adik dipanggil untuk ujian kemasukan. Maknanya kalau tak lulus ujian ni, walaupun result bagus korang tetap tak boleh masuk KYS ni. Bergaduh jugak lah nak suruh pergi. En Win berkeras tak nak berjauhan dengan adik. 

"kita bagi adik pergi dulu untuk buat ujian ni, kalau dapat baru u dan adik buat keputusan. Kita cuba dulu". Tujuan Kak Elly nak bagi adik lihat sendiri asrama ni. Sampai2 kat KYS Kak Elly yang teruja. Adik tak langsung ya...nyampah.

Kak Elly dulu cita2 nak masuk asrama. Tapi bapak Kak Elly kerja kilang dia mmg tak pandai nak apply benda2 macam ni. Tahu lah orang dulu2. Cukup makan, cukup pelajaran dan elok lah tu. Tapi Kak Elly tak pernah salahkan abah dan mak. Anak ramai waktu tu. Memang tak cukup pun nak tanggung pelajaran Kak Elly.

2 minggu lepas ujian, Kak Elly terima email dari KYS. Alhamdullilah, adik lulus ujian kemasukan. Betul tak Kak Elly cakap adik ni tak boleh nak baca prestasi dia. Terror pulak buat ujian tu. Ramai jugak yang gagal. Satu Malaysia yang menduduki ujian, KYS hanya akan pilih 300 orang pelajar sahaja.

 Next interview untuk dapatkan scholarship pulak. Kena duduk 3 hari kat sana. Memang tak lah En Win lepaskan. Adik pulak memang tak minat duduk asrama. Sedih giler hati Kak Elly. Bukan senang nak dapat peluang macam ni. Sebagai ibu Kak Elly nak terbaik untuk anak2. Bukan bermakna tak dapat asrama tak bagus cuma Kak Elly nak anak2 lebih berdikari. Ini duk rumah manja bukan main. Baju kotor, part time maid ambik dan basuh. Toilet pun ada orang cuci, baju ada orang gosok, belajar bila disuruh. Jadi Kak Elly nak diorang buat benda ni semua. Dah penat menjerit suh buat itu ini. Macam Kak Elly cakapkan tadi, hanya ibu2 jer faham situasi ni rumah. Orang luar permerhati sahaja. Menilai tanpa tahu apa yang berlaku. Suka2 jer tuduh i ibu kejam nak hantar anak ke asrama.

Tapi tu lah nak paksa pun tak guna nanti anak ngan bapak stress. Adalah dekat seminggu pujuk suh dia masuk. Tapi 'papadom' pandai menjalankan hasutan....eeeee geram. Takpe hasutan akan berlaku di form 3 nanti....muahahaha



Dari segi pelajaran Kak Elly akan beri sama rata. Kalau Yaya Kak Elly sediakn home tuisyen. Adik juga Kak Elly akan beri benda yang sama. Dari darjah 4 result adik biasa2 jer. Jadi kitaorang dah boleh baca tahap pencapaian adik setakat mana. Memang dah bersedia dan tak nak berharap terlalu tinggi. Aslong tak ada D or E dah cukup buat Kak Elly.

Alhamdullilah adik dapat 2A, 4B. Itu dah buat kitaorang cukup happy. Waktu adik dapat result berlari dia jumpa Kak Elly. 'Mama...adik tak ada D " terus mama yang kaki melalak ni menangis. Kak Elly tahu macam mana dia workhard untuk berikan yang terbaik. Apa2 pun mama akan berikan dan sediakan terbaik untuk anak2. Sekarang tengah cub apply kan adik sekolah Prestasi Tinggi. Yaya tahun depan PT3. Bulan 12 dah start tuisyen untuk persediaan PT3. Nasib anak 2 jer jadi dapatlah sediakan lebih sikit untuk pelajaran anak2. Kalau 6 anak Kak Elly macam mana lah tu ya....hahaha 

Ok lah korang nak buat gaji. Nanti sambung lagi yek.


No comments: