Nuffnang Advertisement

Wednesday, October 11, 2017

Tak tahu nak mula dari mana....


Hari ni baru start kerja. Hampir 5 hari tinggal kan office untuk ke Sabah. Join Mood Republik exhibition. Nak perkenalkan lebih dekat produk Fame disana. Alhamdullilah sambutan sangat2 hebat. 

Masuk office macam2 benda nak kena buat. Semua urgent. Dari pagi non stop balas email. Ni berehat jap sebab nak luahkan perasaan kat blog. Sayang blog ni. Ni lah tempat Kak Elly luah kan susah dan senang kehidupan akak. Bila dapat menulis baru terasa lapang dada.




Haritu viral sekejap konon nya Fame Matte Lip Cream buat kat Thailand. Urut dada bila orang suka2 tuduh tanpa bukti. Untuk pengetahuan korang semua produk Fame telah mendapat kelulusan KKM dan semua produk telah kita hantar untuk Test Lab dan ianya selamat digunakan. Korang boleh tgk ig Fame kiotarang ada share gambar2 kilang. Hope lepas ni jangan lah share benda2 yang belum tentu ianya betul. Korang boleh dm dan bertanya HQ terus jika ada sebarang pertanyaan. 




Urus kan kewangan company bukan satu perkara yang mudah. Banyak benda nak kena tahu. Huaaa Kak Elly kena banyak belajar. Benda2 macam ni boleh buat kitaorang stress. Bila nampak duit dalam account banyak bukan main tersenyum tapi hakikatnya hampir separuh kena bayar kerajaan. Income tax, GST, PCB. Itu belum lagi duit marketing, salary staff, insurance dan modal yang paling besar ada lah produk.

Bila perniagaan semakin maju maka semakin banyak lah produk yang perlu dikeluarkan. Bila produk baru dikeluarkan maka modal juga semakin bertambah. Bila produk bertambah office pun terpaksa bertambah dan staff akan menjadi semakin ramai. Pesaing semakin ramai dan kitaorang kena kuat dibahagian marketing dan itu juga memerlukan modal yang agak besar. Kalau kedekut marketing mmg susah lah jualan akan meningkat.

Hari2 kitaorang bertiga susah hati memikirkan kelainan dalam marketing. Susah hati sampai tidur pun tak tenang. Bukan senang rupanya nak berniaga ni. Paling susah bila kita nak maintain kan sales setiap bulan.

So far belum pernah lagi kerugian tapi kitaorang kena terus berjuang untuk menaikan nama Fame dan macam2 perancangan yang kitaorang sediakan. Stress kan korang.....





Bulan ni Fame matte lip cream keluarkan 2 colour bariu iaitu Blush dan Envy. Dah tiga kali kitaorang terpaksa restock. Alhamdullilah kali ni sambutan agak luar biasa. Mungkin dah terror sikit buat marketing....muahahaha. Tak sia2 kitaorang gi belajar. Walaupun rasa nak hantuk jer kepala kat dinding bila time class.





Tengah sibuk2 ni sempat jugak luangkan masa untuk celebrate birthday kenit ni. Ringkas jer kali ni. Cake pun tak sempat nak tempah. Hadiah pun belum beli lagi. Sorry sayang, mama busy :( Nanti dah settle semua kita dinner best2 ya. Lepas tu kita cari hadiah. 



Kali ini En Win temankan ke Sabah. Berat hati tinggalkan anak2. Tapi tu lah nak cari pengalaman disana. Nak tgk apa peluang yang ada. Selalunya kalau Kak Elly busy En Win akan uruskan anak2. Tapi kali ni budak2 mak En Win yang jaga. Rasa bersalah tu jangan cakap lah. Tapi kuatkan hati pergi jugak.



Keputusan kitaorang ke Sabah memang sangat2 berbaloi. Fame booth kena serbu dan orang datang non stop dari pagi sampai malam. Kak Elly bukan remaja macam dulu. Tenaga pun dah tak sehebat dulu. Kadang2 tertidur keletihan kat booth bila masa rehat. Pengalaman yang sangat berharga walaupun hakikatnya badan dah tak larat nak buat semua benda sekali gus.




Sambil2 berniaga tu sempat lah buat marketing dengan mua2 fames di Sabah. Semuanya baik2 dan tahu pasal Fame. Alhamdullilah....



Tengah2 busy dapat whatsapp dari adik. Memang rasa bersalah sangat. Kitaorang mmg jenis selalu bersama bila waktu birthday. Ini lah masa nak gembira kan anak2. Ini 1st time adik sambut birthday tanpa kitaorang. So sad....



Rumah masih banyak belum settle lagi. Banyak benda nak kena uruskan. Curtain, wardrobe, furniture....macam2 lagi. Stress kan.......

Dari October sampai lah December jadual kitaorang penuh sangat dan ada banyak lagi yang kitaorang perlu lakukan. Macam mana nak masuk kan lagi dalam calender pun tak tahu lah. Kadang2 sampai tahap pandang jer computer sebab tak tahu nak mula dari mana dulu...I stress....huaaaaaaaaaaa



No comments: