Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 19, 2017

Impian...


Siapa yang follow blog Kak Elly mesti tahu impian Kak Elly dari dulu nak rumah konsep ala2 Rizalman. Impian ni sejak Kak Elly duduk Keramat lagi. Asyik google gambar lepas tu senyum sorang2 bayangkan rumah tu rumah Kak Elly...hahaha. Itu jer beri kebahagian sebab Kak Elly tahu Kak Elly tak akan mampu nak buat pada waktu tu.

Bila pindah Ukay Perdana dah bertekad nak buat sikit2. Tapi ID yang tak bertanggung jawab tu bila tunjuk gambar konsep meletup tapi bila buat tak meletup langsung. Tapi redho jer lah sebab waktu tu pun dah berbunga ada rumah baru. Jadi tak kisah sangat lah.

Kak Elly jenis yang suka tanam impian nak insyaallah Kak Elly akan cuba capaikan sikit demi sikit. Tahun ni tekad nak buat konsep tu bahagian bilik Kak Elly dan anak2 dulu. Duit tak ada nak buat semua. Jadi buat sikit2 dulu...muahahah. En Win cakap jual dua bag blh buat bawah sekali. Eh....suka2 suh jual bag #matakeatas





Huaaaaa tengok gambar ni 80 kali pun tak apa. Terus hati berbunga2, walaupun dapat buat bilik jer. Hati tetap keriangan. Nak buat wainscoting satu bilik nanti. Nasib lah suami Filla tu ID jadi dia faham apa yang Kak Elly nak. Tiap2 hari Kak Elly menggangu kehidupan Radie sampai dia stress...hahaha. Sabar2, tunggu jer aku nak buat apa. Huh....kang salah macam mana. I risau tau......

Atleast balik kerja masuk bilik boleh tersenyum keriangan. Tempat lain tunggu simpan duit dulu. 






Tingkat atas rumah Kak Elly ada hall kecik. Jadi guna hall tu untuk jadikan wardrobe. Jadi bilik Kak Elly akan jadi luas sebab wardrobe dah letak asing...huaaa. I like idea u Radie #berikantepukan






Hari tu ada Home Exhibiton kat PWTC. Masing2 nak buat rumah jadi kitaorang bertiga pergi sekali bersama penasihat Radie. En Win tak nak ikut dia cakap mesti kitaorang lembab nanti. Mmg lama giler kot kat dalam tu dekat 9 jam korang. Macam2 benda dapat deal haritu dengan harga yang murah.




Radie nampak kerusi terus suh Kak Elly beli untuk letak dalam bilik. Jadi En Win boleh baca suratkhabar kat sini. Huh...nyampah.




Last week ambik cuti untuk berkemas sebelum renovation start. Ingat kan sikit jer kena buat. Rupanya banyak giler kena pack sebab takut berabuk. Katil semua Kak Elly jual sebab nak tukar yang baru...ahaks. Baru lah boleh ikut konsep Rizalman..hehe




Semua cabinet dan almari kena bukak. Nak tukar 100% konsep bilik.  Serious ingat sikit rupanya dah jadi banyak. Telan2 kira duit. Kak Elly ambik masa lama nak kumpul duit. Kali ni tahan nafsu sikit beli handbag




Bukan nak puji company sendiri. Tapi MG Movers mmg terbaik lah. Korang tengok cari dia balut barang. Sangat perfect. Jadi siapa nak pindah atau nak renovate rumah ambil lah MG Movers sebab kerja korang akan menjadi sangat2 mudah. Contact 013-3828938 (Firdaus) utk dapatkan quatation. 




Nampak tak??? bagus kan. Semua benda balut supaya tak berabuk nanti.





Weekend hari tu gi Ikea cari box untuk simpan barang2 supaya nampak kemas. Bilik budak2 tak banyak sangat buat. Cuma buat wainscoting dan tukar study table. 




Tunjuk gambar ni kat Radie, "Elly jgn beli apa2 dulu, sabar tunggu aku". Eh...garang sangat ID ni. Orang tengok jer...huh 




Semalam dah start renovation. Giler berabuk satu rumah sampai tak tahu nak tidur mana. Tak sangka teruk rupanya. Bertahan lah selama 2 minggu ni. Tidur lah dalam habuk....





Insyaallah lagi 2 minggu Kak Elly tunjuk hasil bilik ya. Moga impian tercapai kali ini....hahaha


Next





Ini target hujung tahun depan. Eh....lama sangat tu kan....hahahah

7 comments:

alia farhan Said said...

Kak elly...kita pun suka rumah rizalman...tpu duduk rumah burung ni husband kata nnt anak sesat dlm konsep rizalman tuu...😂😂😂
Tpi serius suka jugak konsep rizalman

Nurzakiah Hanum said...

cantiknyaaaaaaaaaaaa

Soobeey said...

Tak sabar nak tengok hasilnya lepas dah siap renovate nanti.. Mesti cantik yang amat.. =D

nurin khairi said...

Hi sis..nurin sini dari blog nurinkhairi. Nak tny sis ckp pasal ID tu buat xlawa..kesimpulannya guna khidmat that ID or somebody else? Been wanting to use ID tapi tak tau if maybe i should buat sendiri je slow2 deco rumah. Sbb sloowwww sgt ni jadinya..busy keje (alasan)

nurin khairi said...

Hi sis..saya nurin from blog nurinkhairi. U ckp ada ID yg tunjuk gmbr cantik tp bila buat x cntik..so conclusion nya sis pkai khidmat id tu ke? Coz dah lama terfikir nk amik id tapi x tau la if i should just buat je pelan2, tp dah sloowww sgt ni..busy keje (alasan)

Azura Aziz said...

all the best kak elly. smua org punya impian kan.. eh, lama tak dgr cerita kak elly tau ;)

norasiahnasir said...

WOW KAK ELLY..BOLEH TOMPANG TIDO NNT..

JGN LUPA SYER..SUKA TGK ORG LAIN BAHAGIA NNT TERBAHAGIA SEKALI...HUHUHU