Nuffnang Advertisement

Tuesday, September 19, 2017

Impian...


Siapa yang follow blog Kak Elly mesti tahu impian Kak Elly dari dulu nak rumah konsep ala2 Rizalman. Impian ni sejak Kak Elly duduk Keramat lagi. Asyik google gambar lepas tu senyum sorang2 bayangkan rumah tu rumah Kak Elly...hahaha. Itu jer beri kebahagian sebab Kak Elly tahu Kak Elly tak akan mampu nak buat pada waktu tu.

Bila pindah Ukay Perdana dah bertekad nak buat sikit2. Tapi ID yang tak bertanggung jawab tu bila tunjuk gambar konsep meletup tapi bila buat tak meletup langsung. Tapi redho jer lah sebab waktu tu pun dah berbunga ada rumah baru. Jadi tak kisah sangat lah.

Kak Elly jenis yang suka tanam impian nak insyaallah Kak Elly akan cuba capaikan sikit demi sikit. Tahun ni tekad nak buat konsep tu bahagian bilik Kak Elly dan anak2 dulu. Duit tak ada nak buat semua. Jadi buat sikit2 dulu...muahahah. En Win cakap jual dua bag blh buat bawah sekali. Eh....suka2 suh jual bag #matakeatas





Huaaaaa tengok gambar ni 80 kali pun tak apa. Terus hati berbunga2, walaupun dapat buat bilik jer. Hati tetap keriangan. Nak buat wainscoting satu bilik nanti. Nasib lah suami Filla tu ID jadi dia faham apa yang Kak Elly nak. Tiap2 hari Kak Elly menggangu kehidupan Radie sampai dia stress...hahaha. Sabar2, tunggu jer aku nak buat apa. Huh....kang salah macam mana. I risau tau......

Atleast balik kerja masuk bilik boleh tersenyum keriangan. Tempat lain tunggu simpan duit dulu. 






Tingkat atas rumah Kak Elly ada hall kecik. Jadi guna hall tu untuk jadikan wardrobe. Jadi bilik Kak Elly akan jadi luas sebab wardrobe dah letak asing...huaaa. I like idea u Radie #berikantepukan






Hari tu ada Home Exhibiton kat PWTC. Masing2 nak buat rumah jadi kitaorang bertiga pergi sekali bersama penasihat Radie. En Win tak nak ikut dia cakap mesti kitaorang lembab nanti. Mmg lama giler kot kat dalam tu dekat 9 jam korang. Macam2 benda dapat deal haritu dengan harga yang murah.




Radie nampak kerusi terus suh Kak Elly beli untuk letak dalam bilik. Jadi En Win boleh baca suratkhabar kat sini. Huh...nyampah.




Last week ambik cuti untuk berkemas sebelum renovation start. Ingat kan sikit jer kena buat. Rupanya banyak giler kena pack sebab takut berabuk. Katil semua Kak Elly jual sebab nak tukar yang baru...ahaks. Baru lah boleh ikut konsep Rizalman..hehe




Semua cabinet dan almari kena bukak. Nak tukar 100% konsep bilik.  Serious ingat sikit rupanya dah jadi banyak. Telan2 kira duit. Kak Elly ambik masa lama nak kumpul duit. Kali ni tahan nafsu sikit beli handbag




Bukan nak puji company sendiri. Tapi MG Movers mmg terbaik lah. Korang tengok cari dia balut barang. Sangat perfect. Jadi siapa nak pindah atau nak renovate rumah ambil lah MG Movers sebab kerja korang akan menjadi sangat2 mudah. Contact 013-3828938 (Firdaus) utk dapatkan quatation. 




Nampak tak??? bagus kan. Semua benda balut supaya tak berabuk nanti.





Weekend hari tu gi Ikea cari box untuk simpan barang2 supaya nampak kemas. Bilik budak2 tak banyak sangat buat. Cuma buat wainscoting dan tukar study table. 




Tunjuk gambar ni kat Radie, "Elly jgn beli apa2 dulu, sabar tunggu aku". Eh...garang sangat ID ni. Orang tengok jer...huh 




Semalam dah start renovation. Giler berabuk satu rumah sampai tak tahu nak tidur mana. Tak sangka teruk rupanya. Bertahan lah selama 2 minggu ni. Tidur lah dalam habuk....





Insyaallah lagi 2 minggu Kak Elly tunjuk hasil bilik ya. Moga impian tercapai kali ini....hahaha


Next





Ini target hujung tahun depan. Eh....lama sangat tu kan....hahahah

Friday, September 8, 2017

Adik lelaki kawin


Dah lama giler rasanya kitaorang tak buat kenduri kawin. Ada lah dekat berbelas tahun. Bila adik lelaki nak kawin tahun ni rasa seronok. Macam2 nak buat. Tapi macam biasa orang lelaki ni mana dia pedulik. Tahu nak kawin jer. Benda remeh temeh dia tak nak fikir. Hantaran semua dia bagi orang buat. Dia kata tak yah susah2 korang datang jer majlis nanti.

Dia bagi bapak Kak Elly duit yang lain dia tak nak tahu. Eh...dah giler budak ni. Korang bayangkan esok nak nikah dia tak balik2 rumah sampai kul 2 pagi sebab gi tengok bola kat stadium. Baju Melayu dah tergantung tapi songkok, butang baju melayu, singlet ntah mana2 dia letak. Kitaorang sampai pagi tu tengok baju melayu tu tak tebuk lagi lubang untuk letak butang baju melayu. Membebel mulut adik perempuan aku. Muka dia selamba jer macam tak bersalah...huh. Tanya hantaran mana, selamba jer dia jawab dah ada kat sana. Nanti sampai ada orang hantar kat kita. Menakutkan betul lah adik aku ni. Macam mana lah rupa hantaran tu.




Korang tengok baju warna peach stokin biru. Eh...apahal budak ni. Samping pinjam jer laki aku punya. Dia kata tak ada duit nak beli...hahaha. Dah berbuih mulut suh datang rumah try samping tu takut besar tapi tak muncul2. Badan dah lah kurus mmg besar lah samping tu. Bergulung2 jadinya. Eh...nak muntah lah.

Lepas tu tanya dia lagi "duit saksi semua dah sediakan" selamba dia jawab "belum, jap lagi baru nak gi bank. Tapi kalau awak nak bagi pun boleh jugak". Meletup jantung aku dengar. 

Aku kan suka tengok video2 orang kawin ni. Selalu terbayang jer benda sweet2 jer. Tapi adik aku kawin sempoi bebenor ni. Tanya semua tak ada...haha





Walaupun kelam kabut sikit pagi tu. Kak Elly sekeluarga tetap penuh bergaya...ahaks. Hahahahaha




Untuk nikah tiada tema. Baju colourful. Kitaorang sekeluarga jer hari tu pergi. Itu pun dah kecoh. Masing2 nak tunjuk vogue. Dah besar betul anak2 buah Kak Elly ni. Terasa macam sebaya jer...hahaha




Ni lah adik beradik Kak Elly. Seorang tak dapat datang, yang no 4 bawah Kak Elly. Perempuan jugak. Ini lah satu2 nya adik lelaki. Teringat dulu kecik2. Bergaduh jer rebut mainan. Cepat betul masa berlalu kan. Semua dah besar, semua dah ada anak2. Tetiba sebak pulak tengok gambar ni.




Huh...anak kesayangan ni. Nak motor dapat, nak duit dapat. Semua lah dapat. Bangun gi kerja semua makanan dah terhidang untuk dia. Tahu pulak menangis lepas nikah cari mak aku. Memang kena gelak lah dengan kitaorang. "eh...Wan nangis lah" hahaha tak sensitive langsung.



Ok part ni kelakar. Waktu ambik hantaran untuk bagi sebelah perempuan, tetiba2 bapak aku jerit. Eh...kasut ni kau salah ambik. Ni belah perempuan punya untuk bagi kita. Kau buta ker ambik kasut ni. Sekali adik lelaki aku jawab "Abah ni kasut perempuan lah". "Eh apa teruk sangat kasut ni. Bukan perempuan pakai kasut tinggi ker?" hahahaha. Bongok lah adik aku ni. Ada ker kasut ni jadi hantaran. Macam nak mampus kitaorang gelak.





Nampak tak muka Yaya takut kat belakang tu. Dia penakut sikit kalau suh buat benda yang dia tak biasa ni. Lepas tu aku suh berdiri nak tangkap gambar, buat boomerang lah. Stress jer muka dia.




Part ni pun best. Kitaorang sekeluarga jer penuh kat ruang tamu tu. Tetiba wan jadi panic. 3 kali dia lafaz tak lepas. Kitaorang siap bagi sokongan kat belakang tu. "relax wan, u can do it". Tok kadi jawab sah jer terus kitaorang jerit Alhamdullilah berserta tepukan...hahah. 




Alhamdullilah selamat semuanya. Nasib duit mas kawin ada.




Kitaorang mmg jenis happy go lucky. Nasib bini adik aku ni pun brutal. Keluarga perempuan tu tengok jer perangai kitaorang.




Amboi abah suka na dapat menantu. Menantu pun blh tahan gak gembira. Eh...mana bapak aku belajar buat tangan love tu.




Esoknya persandingan sebelah perempuan. Decide pakai baju sama. Kain mmg Kak Elly yang cari. Konsep batik lah. Mengamuk diorang "kalau si Elly yang pilih mmg batik lah kain ni". Siapa suruh pilih I bahagian cari kain.




Ok lengkap semua keluarga. Kitaorang tak pernah tahu Wan pilih songket colour apa. Asal tanya jer dia kata rahsia. Amboi, kuning di Raja kau pilih ya.




Amboi mak tangan peplum...haha. Baju mak ngan abah adik aku uruskan. Habislah dia peplum kan tangan mak aku. Lantak lah situ janji letupkan mak..hahaha




Keluarga akak....




Kali ni ramai sikit. Bapak dan mak saudara semua datang.








Pandai gaks adik aku pilih colour songket. I like nampak raja2 sangat.







Merenjis anak kesayangan.



Eh...bapak aku buat lagi lah tangan macam tu. OMG mak mana belajar pulak tangan macam tu...haha




Kak Elly dah pesan awal2 kat Wan. "Wan kau jangan ngada2 panggil aku merenjis. Kalau ada nama aku kau siap ya aku buat hal". Tengah makan tiba2 nama Kak Elly kena panggil. Eh..budak ni mmg cari pasal. Korang tau tak Kak Elly buat apa depan pelamin...hahaha. Rilek jer sampai depan tu Kak Elly bersilat ya. Terkejut pengantin...muahahaha. 







Us...semua mereng dan kecoh. Tapi tak boleh lawan mereng pengantin perempuan lagi.




Muahahaha...Selamat Pengantin Baru. Semoga kekal hingga ke Jannah.