Nuffnang Advertisement

Monday, August 14, 2017

Kisah hidup


Amboi tajuk tak menahan...muahahaha. Lama giler tak menulis bukan main hari2 semangat nak menulis macam2. Masuk office tengok meja penuh dengan benda2 yang kena follow up terus lupa nak menulis.

Serious sekarang baru Kak Elly rasa macam mana jadi orang penting dalam company. Penting maknanya kalau Kak Elly, Peej & Filla tak bergerak, tak bertindak macam mana duit nak masuk. Takut kan dengar tanggungjawab tu. Banyak benda nak kena fikir. Every month ada target kena capai supaya gaji staff, kwsp, pcb, api, air, insurance dan macam2 lagi dapat dibayar.

Tak pernah terfikir sejauh ni. Giler lah kalau fikirkan balik. Padahal dulu duduk office dengar arahan boss jer. Sekarang Kak Elly yang kena bagi arahan staff buat itu ini. Jaga staff pun bukan perkara yang mudah. Macam2 perangai. Kalau suh buat kerja seminggu jer ikut arahan lepas tu diorang akan lupa dan back to normal balik. Everytime kena monitor. Tapi tak boleh lah 100%  salah kan staff. Kita sebagai ketua kena selalu guide benda2 yang diorang kena buat sampai kita boleh lepaskan tanggungjawab tu.

Aku ngan Peej ada2 masa kitaorang akan rasa down dengan beban kerja yang terlalu banyak. Belum lagi jumpa orang sana sini yang mana kitaorang tak biasa pun untuk bercomunicate dengan orang besar2. Kitaorang bukan founder yang suka melawa dan suka kedepan untuk promote diri. Kitaorang lebih selesa dibelakang tabir dan biarkan orang kenal produk tapi bukan founder. Tapi tu lah bila orang nak jumpa terpaksa jugak kitaorang kedepan...gitu.






Raya pun dah sebulan lebih berlalu. Baru sempat nak tepek gambar kat sini.  Tahun pertama Fame Cosmetics buat open house. Kali ni buat meriah sikit untuk kita sama2 meraikan dengan agent2 dan tetamu2 yang banyak support Fame selama ini. Alhamdullilah semua berjalan dengan lancar dan suami2 sentiasa ada dibelakang kami untuk support setiap benda yang kitaorang lakukan. Kalau dah dapat gambar dari photographer nanti Kak Elly share ya.





Seminggu lepas Fame Cosmetics buat open house. Kak Elly pulak buat open house kat rumah. En Win anak sulung dalam keluarga jadi acara makan2 memang tanggungjawab En Win lah. Kesian kat mak mertua dah tak larat nak masak. Tahun lepas tak dapat buat jadi tahun ni memang panggil semua orang datang kerumah. Gambar kat atas ni keluarga En Win sebelah gombak. Panggil jiran2 datang jugak. Kawan2 sekolah anak panggil sekali. Rumah terbuka ni dari pukul 12 sampai laj 8pm. Lega rasa hati bila tahun ni dapat buat.



Lepas habis raya Kak Elly dengan Peej sibuk pulak masuk class. Bayangkan dalam sibuk2 uruskan syarikat terpaksa pulak belajar. Kalau tak berlajar macam mana nak tahu perkembangan semasa. Cara teknik terbaru. Kitaorang ambik class bersama Sifu Jamal ni setahun. Alhamdullilah banyak benda kitaorang belajar dan buka mata. Paling penting networking dengan orang sekeliling.

Dalam perniagaan ni kita tak boleh pentingkan diri. Jangan anggap diri tu dah terror. Padahal ada orang lebih bagus dari kita. Jangan kedekut kongsi ilmu. Berkawan supaya kita sama2 boleh kongsi pengalaman. Pengalaman setiap orang tak sama. Berfikiran terbuka. Walaupun orang itu pesaing kita tak salah untuk kita duduk bersama dan berkongsi pengalaman masing2. Itu ada lah cara yang betul dalam perniagaan.

Dalam kelas kitaroang diajar utk share masalah yang dihadapi supaya sama2 boleh fikirkan jalan penyelesaian walaupun dalam bidang perniagaan yang sama. Sentiasa percaya pada rezeki masing2. Paling penting jangan sesekali kita menjatuhkan produk orang lain. Support each other. Kawan jatuh kita sama2 bantu untuk menaikan semangat mereka kembali. Bukan dengan cara hentam sampai mereka tersungkur. Very bad u know....sebab kita sendiri tak tahu apa akan terjadi infuture. 






Tengah sibuk2 sempat jugak kitaorang keluarkan produk terbaru. Fame Cushion Blusher. Sepatutnya Fame Cushion Blusher dah keluar bulan puasa hari tu. Tapi kita ada masalah dengan kilang. Tak dapat capai kepuasan yang kita mahukan. Waktu bg sample bukan main prefect tapi bila barang yang di order sampai tak seperti sample yang ditunjukan. Bayangkan marketing semua dah berjalan. Kitaorang terpaksa stop kan production dan marketing. Tepuk dahi ya. Stress giler waktu tu sebab kita ada target untuk jualan bulan puasa. Banyak kerugian terpaksa kitaorang tanggung. Sekarang tengah tuntut ganti rugi.  Masing2 kena redha. Lepas raya kitaorang terpaksa cari kilang lain untuk dapatkan kualiti yang terbaik.

Alhamdullilah bulan July kitaorang dapat keluarkan Fame BB Cushion dengan kualiti yang lebih baik. Tak mudah berniaga ni. Nampak macam senang kan order lepas tu jual dan dapat duit. Kalau lah berniaga semudah tu rasanya ramai dah kaya giler rasanya.




Agak lama jugak kitaorang down pasal orang hentam sana sini pasal Ellfie Beauty. Tapi kitaorang tak henti2 berkerja keras untuk naik kan nama Ellfie Beauty kembali. Syukur ramai dah mula beli dan kembali kepada Ellfie Beauty. Kalau tiada masalah mungkin kitaorang tak akan berlajar dari kesilapan. Pengalaman membuka mata supaya lebih berhati2.




Setiap tahun mmg akan bagi reward kat stokist2 yang capai target. Tahun lepas kita bagi handbag LV dan tahun ni kita bagi diorang pilih Emas pulak. Tak lupa jugak kita ada bagi reward untuk 5 top agent. Ni pun tulang belakang kitaorang. Dari mula Fame ditubuhkan diorang sentiasa ada di belakang kami.





Selesai uruskan reward kitaorang ke China pulak untuk luaskan pandangan. Kali ni meriah sikit sebab Peej ikut. Jadi boleh lah berkongsi idea. Sambil menyelam sambil minum air dapatkan shopping barang2 rumah sikit. Agak menggila lah bila bershopping...muahaha. 




Balik dari China, aku ngan Peej settled kan penghantaran lipstick Fame collaboration bersama Tune Talk untuk projek KL Fashion Week. Insyaallah kitaorang akan sambung untuk next projeck nanti....tungguuuuuuu




Siapa sangka kan company kecil kami rupanya dapat bekerjasama dengan nama2 besar. Tak sangat diorang nampak kewujudan Fame Cosmetics. Tahun ni 2 projek besar yang kitaorang dapat capai dan kalau satu lagi projek berjaya kitaorang akan announce nanti. Itu pun blh tahan besar gak tu. Hopefully semua berjalan dengan lancar...ameen



Minggu ni jer Kak Elly free. Ambik cuti hari Jumaat hari tu spend time dengan En Win gi spa. Sempat lah kemas rumah buang segala barang yang tak guna dan expired. Hambek 8 plastic sampah digunakan. Punyalah banyak kertas2 yang budak2 ni simpan.

Target Kak Elly tahun ni nak capaikan impian untuk mencantikan rumah. Tapi kena buat sikit2. Duit banyak nak guna. Berangan tak salah kan...muahaha

Ok lah panjang dah ni menulis nanti free sambung lagi yek