Nuffnang Advertisement

Thursday, July 13, 2017

Gold Coast Day 2 & Day 3 (Movie World, Sea World, Dream World)


Memang rancang percutian ni untuk khas untuk anak2. Tebus balik kesalahan kitaorang berdua yang terlalu busy bekerja. Sabtu dan ahad pun kadang2 tak ada masa untuk luangkan. Rasa bersalah jangan cakap lah. Especially bulan puasa hari tu dengan balik keadaan stress sampai anak2 nak tanya soalan pun takut. Very bad kan.

Orang tengok berniaga ni macam goyang kaki lepas tu duit masuk. Hakikatnya sampai tak cukup tidur memikirkan cara2 nak naik kan sales dan maintain kan business. 

Haritu balik dari Maldives ada duit balance yang tak guna. Jadi cepat2 Kak Elly guna duit tu untuk book flight. Jadi tinggal uruskan duit transport, hotel, makan dan jalan2.

By March Kak Elly dapat selesaikan semua bayaran kecuali duit makan dan shopping. Selalunya duit shopping Kak Elly akan ketepikan dalam RM1000.00 sorang untuk anak2 beli apa yang diorang inginkan. Tapi jarang habis sebab anak2 Kak Elly lebih excited nak naik roller coaster. Senang kalau buat budget awal2. Jadi kalau ada lebihan duit boleh simpan untuk percutian akan datang. Untuk Kak Elly dan En Win kitaorang tak ada budget untuk shopping pun sebab Raya banyak nak guna duit.





Hari Kedua kitaorang pergi Ke Movie World. Ticket Movie World, Sea World dan Dream World semua Kak Elly beli secara online. Mudah tak beratur nanti.

Nota Penting: Bagi yang tak ada transport pergi ke Taman Tema macam ni. Kak Elly cadangkan korang pergi ke Travel Agent Holiday Tours untuk mintak diorang sediakan package untuk pergi ketempat2 yang famous di Gold Coast. Diorang akan arrange kan ticket dan transport disana nanti. Rasanya harga sangat2 berpatutan. Transport akan ambik korang kat hotel nanti. Maknanya korang hanya uruskan flight sahaja. Sampai sana biar Holiday Tour uruskan. Kalau korang tak sewa kereta dan nak naik public transport terlalu mahal. Jadi cadangan Kak Elly korang ambik package terus. Dulu waktu pergi tahun 2010 mmg ambik package jer terus. Jadi senang korang prepare duit awal2.
  



Dah besar anak2 Kak Elly. Nak ambik gambar pun susah. Poyo sangat budak2 ni. Kalau dulu fikir macam mana nak besarkan diorang sekarang Kak Elly kena fikir masa depan anak2. Dari segi pelajaran Kak Elly dah kena fikir dari sekarang. Walaupun dua jer anak rasa nak muntak gak bila nak fikir macam2 perkara.

En Win jenis sempoi dia bukan jenis orang yang berfikiran jauh. Dia jenis redah jer apa yang akan terjadi. Tapi Kak Elly jenis orang yang suka letak target apa yang nak dibuat lagi 5 tahun akan datang. Sebab tu lah Kak Elly mudah stress...haha




Ini jer lah Kak Elly berani tangkap gambar sana sini. Nak ajak main Roller Coaster mmg tidak lah.




Eh....akak lagi




Anak Kak Elly ni dua2 perangai tak sama langung. Danea lebih cool dan agak poyo. Jenis semua benda nak bertanya. Very sensitive, suka bergaya dan seorang yang suka menyendiri. Adik jenis aggressive. Tak reti duduk diam. Dia tahu apa yang di ingikan dan agak degil.

Sekarang budak berdua ni tak ngam langsung. Bergaduh jer. Kalau duduk kat belakang kereta tu sampai aku terpaksa menjerit suh diorang senyap. Bergaduh benda2 bodoh. Penyanyi kesayangkan lah, pakaian lah, tarian lah. Eh...malas aku nak layan. 




Kak Elly mmg sampai2 jer kena menunggu diorang habiskan segala permainan. Lantak lah situ janji semua gembira




Alhamdullilah Kak Elly dapat suami yang sangat2 memahami. Walaupun ada jugak lah bergaduh perkara2 kecik. Tapi kejap jer berbaik balik. En Win ni jenis sempoi dan boleh bertolak ansur. Dia boleh handle anak2 kalau Kak Elly terlalu busy. Jarang lah merungut sebab masing2 faham tugas masing2. Dah 15 tahun perkawinan kitaorang harap sampai ke Jannah.




Semua permainan kat dalam ni budak2 main ya. Sakit jantung aku duduk kat bawah tu. Tapi diorang relax jer macam tak ada perasaan. Kak Elly suka imagine benda yang bukan2. Takut ikat tak kuat lah, nanti boleh terpelanting lah. Stress ya kat sana. 




Kak Elly memang rekemen korang bawak anak2 datang sini. Tapi makesure hati korang kental bila tengok diorang main game2 kat sini. Confirm anak2 korang gembira kalau datang sini.





Kak Elly lepak kat Movie World dari 10 pagi sampai 2 petang. Lepas tu terus gi Sea World pulak. Perjalanan ada lah dekat 30 minit dari Movie World ke Sea World.

Gold Coast ni masa paling sesuai korang pergi bulan 6 - 8 cuaca agak sejuk sikit. Bulan lain agak panas.






Sama jugak Sea World game semua roller coaster. Tapi jangan risau banyak jer permainan utk kids below 5 tahun. Cuma Kak Elly tak pergi jer lah.




Day 3 - Kitaorang pergi Dream World

Kat sini game lebih menakutkan. Sampai nak tengok pun rasa jantung berdebar2. Giler ker apa jenis games macam nak membunuh tu. Turun laju2, lepas tu terbalik lah, stop tengah2 tempat tinggi ni. Adui...giler lah diorang ni.




Geng rapat ni...huh



Tengah lepak2 sementara tunggu budak2 ni main akak nampak cat ni. Terus peluk2...hahaha






Suka kau ya 



Si Toyib ni pun boleh tahan bersuka ria








Ni paling tak sanggup tengok







Hari kedua dan ketiga mmg khas untuk budak2 lah. Panas gak bontot menunggu diorang habis main. Makanan halal mmg susah sikit nak cari kat dalam ni. Korang boleh bawak bekal sebab masuk mana2 taman tema diorang tak check pun.

Insyaallah nanti Kak Elly share lagi ya. Ini pun rajin sebab Kak Elly bosan buat kerja. Tiba2 rasa nak berceloteh.


No comments: