Nuffnang Advertisement

Thursday, July 6, 2017

Gold Coast Day 1


Selamat Hari Raya uols. Cite raya tak ada yang menarik sebab sama jer setiap tahun. Balik Melaka lepas tu baru balik rumah mak dan abah. Cuma abah kelakar lebih tahun ni. Tak caya tgk video kat ig. Asyik mengusik mak jer...haha

Raya kedua Kak Elly curi masa untuk bercuti. Itu jer masa yang ada. Kalau dulu boleh jer bercuti bulan 12. Tapi sekarang bulan 12 banyak benda nak kena buat. Ada exhibition, Year End Sales dan macam2 lagi.

Kitaorang decide pergi Gold Coast. Actually Gold Coast Kak Elly dah pernah pergi tahun 2010. Waktu tu Yaya umur 7 tahun dan Ameera 5 tahun. Budak2 yang request nak gi Gold Coast sekali lagi sebab diorang terlalu suka tempat ni dan anak2 Kak Elly masih ingat memori waktu gi sana. Cuti ni pun untuk anak2 jadi kita ikutlah cadangan diorang.



Kalau korang ambik Air Asia terus akan turun kat Gold Coast. Tapi kali ni nak jalan2 kat Brisbane dulu. Jadi check kat Expedia, flight yang paling murah waktu tu Singapore Airlines. Dari KLIA korang akan transit kat Singapore lepas tu baru ker Brisbane. Perjalanan ambik masa dalam 7 jam. Transit waktu pergi lama gak kena tunggu dalam 2 jam 30 minit. Tapi balik transit 50 minit jer. Pandai2 lah korang pilih flight kat Expedia. Make sure korang kena tengok masa. Kadang2 tu transit dan perjalanan ambik masa yang lama. Jadi kena survey betul2.



Kitaorang sampai Brisbane pukul 10 pagi. Kak Elly memang dah book siap2 kat website car rental. So far yang terbaik Hertz lah. Siapa yang nak sewa kereta kat overseas makesure korang kena ada International License. Senang jer apply kat JPJ. Korang kena bayar dalam RM150.00. Boleh guna setahun. Tapi korang kena jugak bawak driving license Malaysia sebagai bukti. Bayaran hanya menggunakan credit card sahaja. Makesure credit card waktu book kat webiste sama dengan korang akan bayar kat counter nanti. Jangan pepandai bawak credit card lain mmg x akan diterima. Makesure nama orang yang book dan nama credit sama sebab korang tak boleh suka2 guna credit card isteri ya. Nak guna credit card isteri boleh tapi driving license pun kena nama isteri. Faham tak apa yang Kak Elly cuba sampaikan ni....hahaha




Ambik kereta SUV R4. Selesa nak letak luggage semua. Harga RM450.00 sehari (termasuk insurance). Rasanya berbaloi sebab transportation kat sini agak mahal. Lagipun senang nak bergerak sana sini. Undang2 kat sini agak ketat jugak lah. Makesure korang ikut.

1. Pakai tali pinggang termasuk passenger kat belakang
2. Ikut had kelajuan
3. Parking mengikut satu arah

itu jer akak ingat....hahaha



Perjalanan Brisbane ke Gold Coast ambik masa dalam satu jam sahaja. Cantik jer highway kat sini. Oh ya korang boleh book GPS jugak. Jadi senang nak jalan sana sini.


Kak Elly book Snergy Apartment di Broadbeach. Ambik 2 bedroom apartment. Alhamdullilah waktu check in diarong upgrade ke 3 bedroom apartment. Perjalanan 10 minit jer untuk ker Surf Paradise. Tapi kalau korang tak nak duduk apartment Kak Elly cadangkan korang duduk area Surf Paradise senang nak shopping dan banyak kedai makanan halal. Kak Elly book apartment supaya senang nak masak2. Di Surf Paradise melambak hotel korang boleh pilih.




Kat area apartment yang Kak Elly duduk ni banyak gaks tempat makan, shopping mall dan paling best permandang pantai. Waktu gi ni tak berapa sejuk sangat. Chill2 jer cuaca. 13 - 16C.




Hari pertama tak ada aktiviti pun. Just jalan2 area hotel dan Surf Paradise. Memang kali ni bercuti tak nak rushing pergi sana sini. 



Muda pulak muka husband I tak ada misai...muahahaha




Tujuan bercuti ni pun nak celebrate anniversary yang ke 15 tahun. Hebat kan sambutan anniversary kat overseas...muahaha. Dah tak boleh lagi honeymoon berdua. Baru cakap nak berjalan jer lelaju budak2 jerit nak ikut. kalau dulu boleh jer tinggal kat rumah mak mertua. Sekarang jangan harap lah.









Romantiknyerrrr #lovebanyakdalamhati #anakbengangkenaambikgambar
\



Rasa cun pulak gambar ni. Tu yang up banyak kali walaupun tempat yang sama. Lantak lah korang mata keatas sambil baca...haha. Kalau korang skip rugi ya sebab banyak info nak bagi ni.



dah penat berjalan lepak kopi2 kat San Churros. Tempat ni korang wajib pergi dan makesure korang makan segala chocolate dan churros kat sini. Terlalu sedap ya.




Dah kenyang baru lepak pantai. Pasir kat sini sejuk dan halus. Best jer.




Budak berdua ni bergaduh jer. Memasing dah besar. Kalau Yaya beli barang adik tak boleh ikut beli benda yang sama. Gambar IG kena sorang2 gambar berdua tak cool. Menyirap jer aku nengok. Tengah jalan kang aku dengar Yaya jerit. Adik pijak kasut dia sampai hitam. Aku malas nak ngamuk sebab kejap lagi korang tengok elok jer bergelak.




Area Surf Paradise



Wow laki siapa ni? bertuah lah bini dia...muahahaha




Waktu kitaorang pergi memang semua tempat tengah sales menggila. Murah. Semua $10 jer. Memang borong banyak baju untuk budak2 kat sana. Kak Elly borong baju tidur. Kat sini mahal sangat kat sana RM35.00 dah dapat sepasang yang cantik.






Budak2 ni tak ada kerja lain. Padahal baru melantak chocolate tadikan. Ni beli lagi. Tapi murah lah kat sana. 

Nanti Kak Elly share Day 2 ya. Berdoa lah sama2 agar akak rajin...hahah

4 comments:

Irfa said...

Bestnya travel
Lap airmata sambil bca huhu

Chekgu Azrine said...

best dan terbaik..one day inshaAllah nak jugak pegi sini..doakan ye kak elly

Norliza Nordin said...

syioknyee jenjalann

Mrejoy said...

wah..bestnya coklat tu..sedapppp.