Nuffnang Advertisement

Wednesday, June 14, 2017

RINDU...


Ya Allah rindunya nak menulis kat sini. Rindu nya nak luahkan macam2 benda kat korang. Dah lama tak share resepi bulan puasa. Masa sekarang ni sangat2 terhad. Masa yang terluang habiskan untuk anak2. Kerja semakin busy. Setiap hari ada sahaja benda baru yang kena diselesaikan. Kadang2 rasa tak nak bercakap seharian. Bulan puasa ni extra keletihan. Tapi sebagai ibu tanggungjawab tu kena laksanakan. Hari2 masak sekali sekala jer makan luar. Tapi tu lah En Win ni aku tak tahu apa tenaga ada kat badan dia, setiap hari selepas pukul 10pm dia mesti ajak lepak sana sini. I stress ya tapi ikut jer lah kesian pulak keluar sorang2. Hakikatnya rasa nak menangis jer.

Alhamdulillah baju anak2 untuk raya dah disediakan, Insyaallah raya nanti kitaorang sekeluarga akan bercuti. Curi masa sikit waktu cuti raya ni. Memang nak rehat secukupnya. Last bercuti waktu gi Maldives bulan 12 haritu. 




Weekend haritu kan cuti 3 hari jadi ambik peluang shopping dengan anak2. Bawak sekali En Win gi kedai tailor ambik baju kurung Kak Elly dan anak2. Terperanjat beruk En Win sekali keluar 4 paper bag....hahaha

Biasalah ada 3 orang perempuan kat rumah kan. Bebel mulut dia apa pasal banyak sangat. Kak Elly memang ada kelemahan bila tengok kain2 ni. Lagi pun kalau hari raya gi rumah mak dan bapak saudara Kak Elly mmg prefer anak2 pakai baju kurung. Jadi Raya pertama hingga ketiga memang Kak Elly sediakan baju kurung. Sehari tukar dua baju. Jadi pandai2 lah korang kali kan berapa helai.....muahahaha



Shopping baju ngan kasut jugak untuk travel nanti. Excited budak2 nak bercuti. Pitam En Win keluar masuk kedai perempuan...haha. Anak2 Kak Elly bukan jenis cerewet diorang ok jer baju apa pun tapi Kak Elly jer kesian beli lah mahal sikit supaya tahan lama. Penat cari duit untuk anak2 jugak. 

Cuma belum sempat lagi bawak abah ngan mak shopping. Insyaallah settle kat Mood Republik turn diorang pulak. Kesian diorang masing2 sakit kaki tak larat nak berjalan. Selalunya baju melayu dengan  baju kurung adik aku Hetty akan urusakan. Kak Elly akan beli kasut dan baju2 harian dan barangan dapur, pasar untuk sambutan raya nanti. Siap2 tukarkan duit raya untuk abah bagi kat orang yang datang dirumah nanti. 

Selalunya hari raya waktu bermaaf2an suasana akan sedih tapi keluarga kitaorang penuh keriangan jarang kesedihan...hahaha. Kak Elly kalau mintak ampun ngan En Win pun gelak2. Walaupun hakikatnya waktu peluk tu rasa hiba jer tapi tahulah En Win tu mana reti sedih...nyampah.

Tengah tulis2 ni teringat pulak kuih raya. Eh...Kak Elly tak order pun lagi. Tak nampak pulak orang promote kat wall FB. Pitam lah mana nak cari pulak ni...haha





Ni pulak suasana kat office. Setiap hari kena pastikan order dihantar. Kena pastikan whatsapp berjawab dan follow up. IG kena update. Kak Elly akan monitor melalui desktop kerja2 staff. Faham kadang2 staff busy kena buat itu ini jadi kena support each other.

Minggu ni busy uruskan barang untuk exhibition. Ada kelainan pada booth Fame kali ni. Korang jangan tak datang tau harga runtuh Fame nak bagi. Dari 16 - 18 June di Mood Republik, PWTC. Booth No 3132. Shopping akhir sebelum raya ni...hehe

Ok nak sambung kerja balik. Tak tahu lah bila next entry pulak. Doakan semoga rajin ya.