Nuffnang Advertisement

Thursday, May 11, 2017

PREGO MOTHER'S DAY


Sejak mempunyai anak baru lah Kak Elly tahu betapa besarnya pengorbanan seorang ibu. Betapa susahnya membesarkan anak2. Tanggungjawab yang sangat berat dan besar. Macam mana penat pun seorang ibu tanggungjawab kena dilaksanakan.

Mak Kak Elly ada 6 orang anak dan mak seorang surirumah sepenuh masa. Dari pagi hingga malam tak seminit pun mak berehat. Ada jer kerja dilakukan. Bukan senang hendak membesarkan 6 orang anak. Tak pernah kat atas meja tu tak berlauk, tak pernah tak ada baju untuk pakai, tak pernah tempat tidur tidak berkemas. Besarnya pengorbanan seorang ibu rasanya tak terbalas sampai bila2. Sekarang mak kurang sihat. Dah tak larat berjalan. Bila bercakap atau menulis tentang mak mesti Kak Elly rasa sangat sedih. Sedih mengenangkan mak semakin dimamah usia.

Setiap tahun kitaorang akan celebrate 'Mother's Day' bersama-sama. Tahun ni mungkin akan sambut dirumah sahaja. Masak masakan kegemaraan mak nanti.

Kehidupan Kak Elly setiap hari agak sibuk. Jadi nak masak masakan berat memang  jarang lah...hahaha. Sempena 'Mother's Day' ni Kak Elly dan cuba Sauce terbaru dari Prego. Nak masak sesuatu yang simple, sedap dan senang dimasak. Semudah 1,2,3 jer. Pasta ni memang kegemaraan anak-anak. Jadi stock sauce Prego ni memang sentiasa ada jer dalam almari. Siapa yang follow IG Kak Elly mesti tahu seminggu sekali mesti menu Pasta wajib ada.

Untuk ibu yang sibuk macam Kak Elly ni Prego banyak membantu memudahkan kerja seorang ibu...hahaha. Bahan-bahan yang digunakan untuk memasak pun tak perlu banyak. Tersenyum jer bila dapat whatsapp dari anak2 nak makan Pasta. Kerja jadi mudah dan cepat. Paling penting Prego adalah HALAL.



Sempena Hari Ibu ni Kak Elly nak cuba sediakan Sauce terbaru dari Prego iaitu "Chessy Alfredo". Eh..baca pun dah telan air liur...haha. 



Cuba tengok bahan kat atas tu cuma Udang, bawang besar holland, bawang putih dan sedikit lada putih. Waktu masak ni boleh telan2 ailio sebab haruman dia boleh buat jantung korang berdebar-debar..hahaha. Dah lah semudah 1,2,3 jer cara memasak. Prego Sauce sendiri dah sedap. Nak jadi super sedap korang kena tambah juga bahan2 yang lain. Jangan malas ya!



Tadaaaaaa....sedapnyer. Korang kena cuba. Makan panas2. Serious sedap sangat.

Disebabkan terlalu mudah masak Prego ni, Kak Elly cuba sauce terbaru yang kedua.



Prego Lada Hitam



Ni lagi senang nak buat Spiral Prego yang telah direbus, bawang besar Holland, Sosej dan Prego Lada Hitam  



Ini favourite Ameera. Licin pinggan dia makan hari tu



Tak sampai 1/2 jam dua makanan siap terhidang.



Sempena Mother's Day ni anak2 cakap mama dah penat masak. Biar kitaorang hidangkan dan suapkan mama. Eh...pandai ambik hati mama ni. Kak Elly tak boleh macam ni tau, terus rasa nak nangis. Terasa sangat diri dihargai. Bukan susah nak ambik hati seorang ibu ni. Anak2 makan sampai licin pun dah boleh buat hati seorang ibu berbunga-bunga.



Siap berdiri nak suapkan mama. Tak payah bagi bunga atau card. Ini pun nak mengembirakan mama bila anak2 dan suami ada bersama. Walaupun menu hari tu Prego jer tapi cukup mengembirakan hati mama bila masakan habis licin dimakan. Sedap sangat sauce terbaru ni. Makesure korang cuba tau.



Kak Elly nak ajak korang join ramai-ramai Contest Mother's Day bersama Prego. 

Senang jer korang Contest terbuka kepada semua suami yang berusia 25 - 45 tahun. Suami dan anak (16 tahun keatas) kena masak untuk ibu sempena Mothe's Day. Kalau nak dapatkan resepi korang boleh click kat sini  https://www.prego123.com.my/recipes 


 Click FB Prego Malaysia untuk maklumat lanjut tau.




No comments: