Nuffnang Advertisement

Friday, May 12, 2017

PELIK PERANGAI MANUSIA NI


2 minggu ni mood kelaut sikit. Kak Elly kan makan pil perancang jadi bila terlupa makan 2-3 hari pil tu, period akan jadi tak menentu. Datang sikit2 macam tu. Jadi Kak Elly stop dulu makan pil tu tunggu normal period balik baru sambung balik makan pil. Tapi tu lah hormon dalam badan jadi macam giler sikit. Pening kepala tak menentu. Lepas rasa bengkak dan sakit jer bahagian atas ni. Tak selesa macam mengandung pun ya gaks. Tapi akak tak mengandung ya. Jangan nak buat spekulasi...hahaha. Ini kalau En Win dengar gembira ya sebab period tak datang2..huh.

Ok terbabas pulak dari tajuk. Baru2 ni Kak Elly dapat tangkap seorang ni. Tapi dia tak tahu pun Kak Elly dah tangkap dia..hahaha. Maksud Kak Elly tangkap perangai dia yang pelik. Dia seorang pembaca blog yang setia, pengikut tegar FB dan IG. Selalu Like gambar2 Kak Elly. Tapi hakikatnya dia tak suka tengok Kak Elly, kutuk perniagaan Kak Elly, kutuk cara pakaian Kak Elly dan DALAM MASA yang sama jugak dia suka tiru pakaian Kak Elly dan beli produk yang Kak Elly jual. Korang faham tak apa yang Kak Elly maksudkan. Dia benci yang terlampau tapi dalam masa yang sama dia mengikuti...hahaha. Pelik kan!! 

Bagi Kak Elly pelik lah. Habis dia racun fikiran orang sana sini tentang produk yang Kak Elly jual tapi setiap keluaran baru dia orang pertama yang membeli. Setiap aktiviti Kak Elly dia tahu. Kalau Kak Elly beli handbag siap check harga bag yang Kak Elly beli supaya dia dapat bahan untuk bergossip. Setiap apa yang Kak Elly lakukan akan menjadi bahan gossip. Pelik kalau tak suka kenapa follow. Motif????

Kalau akak ni baca dan terasa dengan apa yang saya tulis ni, hentikan lah perangai memburuk2 saya ya. Terima lah saya seadanya. Ini lah kehidupan saya. Tak baik mengata tentang orang yang kita tak berapa kenal pun. Tambah2 cerita untuk menjadi sedap dan selalu bersangka buruk dan sampai kan dekat orang lain cerita yang tak benar tu berdosa kak ya. Rasanya saya tak kacau pun kehidupan akak sampai buat akak benci dalam masa yang sama akak suka dengan saya jugak. Ini mmg perangai pelik. Kalau sekali lagi saya dengar akak cerita buruk tentang saya rasanya saya perlu berdepan sebab saya sangat kenal akak. Cuma saya malas nak besar2 benda kecik. Tapi macam saya katakan tadi ini last warning sebab saya tahu akak akan baca entry ini. Cukup2 lah benci saya sebab saya tak pernah lansung kacau kehidupan akak. Jalani kehidupan macam biasa tanpa perlu membenci orang lain. Rasanya perasaan kita akan lebih aman.

Sekian, terima kasih.




7 comments:

Lulu Matzam said...

memang pelik bin ajaib betol kan...

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

ok memang pelik..lagi kelakar boleh kantoi..

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

orang macam ni pun ada.. benci tapi rindu kot, hahahaha

ItaYaniN said...

ssh nk jd mcm kak elly...idola ramai
hehe
sy salu percaya org yg salu dok kutuk2 kita tu sbnrnya dia adore kita..sbb dia nk jd mcm kita tapi tak dapat..so dia "cuba" la burukkan kita kt blkg..pdhal dlm masa yg sama dia masing meng'idola'kan kita..
apa2 jela..sy pun pening apa sy ckp ni..hahaha
tp sy ttp suka kak elly..suka bc blog kak elly walopun kekdg dah bersawang baru nk update tp sy ttp setia menanti..gitewww...haha..
all the best kak elly!

ItaYaniN said...

ssh nk jd mcm kak elly...idola ramai
hehe
sy salu percaya org yg salu dok kutuk2 kita tu sbnrnya dia adore kita..sbb dia nk jd mcm kita tapi tak dapat..so dia "cuba" la burukkan kita kt blkg..pdhal dlm masa yg sama dia masing meng'idola'kan kita..
apa2 jela..sy pun pening apa sy ckp ni..hahaha
tp sy ttp suka kak elly..suka bc blog kak elly walopun kekdg dah bersawang baru nk update tp sy ttp setia menanti..gitewww...haha..
all the best kak elly!

Aty Fared said...

betul lah kak.. memang blogger ni biasa berhadapan ngan orang2 macam ni.. tak tau apa motip die.. bencinta macam tu kekdah nya.. benci tapi cinta giteeeww... heheh.. tabah lah kak.. :) tu tanda nya kehidupan dan apa akak ada lebih dari orang lain atau orang2 mcm tu.. -bukan saya cakap tapi pakar motivasi cakap - :)

Idaghe Hernadez said...

Adakah anda berminat untuk menyertai illuminati besar, di sini adalah kehidupan yang
mengubah peluang ke dalam dunia yang
kaya, anda akan diberi $ 10,000 setiap dua minggu sebagai keahlian
berkat, peti masuk yang kuat dan terkenal kami kini di sini
atau hubungi e-mel rasmi Illuminati pada
illuminati.priest@mail-on.us
Peti masuk, atau menghantar permintaan rakan
Whatsapp +13176681073