Nuffnang Advertisement

Tuesday, May 9, 2017

DAH LAMA TAK CELOTEH


Dah lama tak borak kat sini. Kang akak cakap busy mesti sambil baca mata korang keatas...haha. Hakikat akak mmg dah tak larat dengan kerja kat office ni. Peej bebel2 suh Kak Elly cari assistant. Tapi Kak Elly kedekut dan selalu tak percaya orang boleh handle tugas Kak Elly...hahaha. Insyaallah slowly kena cari gak pekerja yang boleh tolong Kak Elly. Marketing ni bukan jumpa orang sana sini jer tapi kena selalu tahu latest produk dan strategi marketing. Kerja memang tak pernah habis lah. 

Setiap weekend kitaorang ada benda kena settlekan. Sampai anak2 Kak Elly tanya "mama ada tak Sabtu ni" sekarang aktiviti anak2 semua En Win tolong handle. Rasa bersalah sangat kat anak2 dan suami. Sampai nak cakap kena kerja weekend pun dah takut nak suarakan. Jadi kitaorang decide gi bercuti ramai2. Luangkan masa bersama2 sebab lepas ni lagi banyak kerja nak kena buat.




Memang luangkan masa dengan diorang jer. Tak bergambar pun. Asyik makan dan berenang jer budak2 ni. Puas mandi swimming pool gi pulak mandi laut. Tapi anak Filla paling terror. Dari 10 pagi sampai 7 malam berendam.



Tak boleh lah tgk gambar Si Shontos ni nanti mesti tersenyum sekali. Kesayangan Ben ni. Sontos baru berendam sekejap kat swimming pool laju jer suruh naik "dah berbirat bibir anak aku tu". Padahal aku tgk elok jer Si Shontos ni suka. Sekejap2 nanti dia cakap "ni kesayangan aku ni Ly" iyo Ben 80 kali dah cakap.



Seronok budak2 ni dapat bercuti. Last bercuti hari tu gi Maldives bulan 12 lepas. Lama giler tu...hehe. Dapatlah berehat 3 hari 2 malam. Cukup lah tu kan. Insyaallah Raya nanti baru cuti lama sikit.



Macam biasa balik jer cuti kerja dah menanti. Produk terbaru dari Fame. Alhamdullilah casing dah sampai. Dah hantar ke Kilang pun untuk proses Material. Kotak dan Sticker semua dalam proses. Insyaalah awal Ramadhan boleh start jual rasanya.



Tengah sibuk2 uruskan itu ini dapat berita yang sangat mengembirakan. Fame terpilih untuk masuk dalam online website Zalora yang ada hampir 6 Million follower. Bayangkan beribu brand diorang pilih Fame Cosmetics dalam Section Beauty. Buat masa ni ada 2 brand from Malaysia iaitu Simplisiti dan Sugarbelle. Terus rasa hebat sangat bila dapat tahu regional team kat Singapore yang approved Fame Cosmetics.

Tapi bukan kerja yang mudah. Banyak paperwork, gambar dan exam kena ambik. Oling yang handle sebab aku ngan Filla tak pandai sangat IT ni. Cuma tolong dari segi gambar dan benda2 yang diperlukan.



Settled Zalora kita sambung belajar kat Sifu Jamal pulak. Mendalami ilmu FB Ads. Pukul 6 pagi dah keluar sampai rumah pukul 2 pagi. Kak Elly ada kelemahan sikit. Akan mengantuk lepas makan lunch. Terus rasa macam student. Sempat lah tidur2 ayam 1/2 jam. Juling mata tahan mengantuk. Banyak gaks ilmu yang dapat tapi rasanya macam tak cukup jer belajar sehari. Kitaorang decide sign up apprentice Sifu Jamal selama setahun. Aku ngan Peej akan pergi. Rasaya bulan ni ada 2 kelas kena pergi. Setiap kelas ambik masa 3 hari dari 8.00 pagi sampai 11 malam. Bertabah lah ya. Awal2 dah cakap ngan En Win supaya dia faham nanti.



Minggu lepas kitaorang buat seminar motivasi untuk agent dan stokis. Bagi diorang semangat sikit untuk buat sales raya nanti. Share tips untuk berjaya. Alhamdullilah hampir 70 orang join haritu. Ada jugak yang datang dari Penang, Kuantan dan Johor.



Seronok dapat berjumpa selalu tengok kat komen jer. Ini dapat beramah mesra dengan diorang. Kalau target kita tercapai tahun ni mungkin boleh buat motivasi diluar. Insyaallah....



Alhamdullilah banyak yang kita dapat share hari tu. Berapa target jualan, cara marketing, apa produk yang akan dikeluarkan sepanjang 2017, apa marketing HQ masa akan datang, Top stockist, rewards dan bermacam2 lagi



Kitaorang akan cuba berikan terbaik untuk team. Walaupun hakikatnya letih sebenarnya sebab macam2 kitaorang kena belajar. Bagi masa setahun jer lagi baru kitaorang berani lepaskan tugas2 yang di pikul. Lepas tu inyaallah kita akan kedepan jalankan marketing dengan lebih baik lagi. 



Balik seminar terus gi jumpa Mak. Birthday Mak 6hb Mei. Sayang mak sangat2. Alhamdullilah dapat luangkan masa makan bersama2. Habis satu muka mak aku cium. Tersenyum jer Mak. Semoga mak diberikan kesihatan yang baik dan dipermudahkan segalanya.











1 comment:

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Amiiinnn Ya Robbal Alamiiinnn.